Kad rayer!!
koleksi kad raya '08 hehe |
Hmm.. ayat tu lah yang biasa aku dengar sejak duk asrama dulu. 5 tahun duk asrama masa sekolah dulu, tu lah ayat yang seolah olah wajib didengari setiap kali minggu terakhir kat sekolah sebelum pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.
Seronok! Setiap tahun dapat kad raya! Sekali dapat tu, bukan 2, 3 keping, tapi banyak!
Memang adat orang duk asrama mcm tu kot. Korang dulu mcm tu tak??
Macam biasa lah, dalam kad raya, orang minta maaf, ucap selamat hari raya, jemput datang umah, pesan kuih raya siket, pesan jangan makan banyak sangat.. huhu
Begitu lah masa sekolah. Kawan2 tu rasa dekat sangat. Setiap hari jumpa, tapi tetap kad raya dikirim. Duduk sebilik dah, tapi kad raya, tetap diletak atas katil bercadar putih tu. Sampaikan kadang2 aku berharap pulak balik dari kelas ada kad raya atas katil.. hehe.. perasan mcm orang nak bagi sgt lah tu!
Ada sekali masa tu, form4 if I'm not mistaken. Di Dar Fatimah (dar timoh), kami wat peti surat guna kertas, tampal dekat pintu cermin ruang tamu. So, sape2 yang nak mengirim kad raya kpd ahli dar sendiri or friends from any other dar yang kirim kepada ahli dar kami, letak je dalam tu. Semua orang bila balik je dari kelas mesti intai dlm 'letterbox' tu.. Kot2 la ada sampul yang terukir nama dia. Termasuklah aku.
Ada jugak kiriman yang tak bernama. Hanya ada address je. Contohnya, dar mana, kelas mana, kedudukan dalam kelas, position katil dalam bilik and so the puzzle started.
Masa form5 adalah tahun paling banyak dapat kad raya. I believe everybody got the same. Yelah, senior year. Da nak grad dari sekolah. Da tak jumpa kawan2 yang sehidup semati dgn kita selama 5 tahun.
Cikgu2 pun mesti busy replying cards. Parah jugak jadi cikgu kan? Kalau 30 orang murid bagi kad raya, 30 jugak ke kalian reply? Aduhh.. memang parah! Pape pun, terima kasih cikgu!! Duit raya yang cikgu/ustazah bagi, saya tak sentuh lagi! Surprised? That's me. I appreciate anything comes from teachers, friends and relatives so much! Lagi2 yang jarang bagi.
yang ckgu2/ustaz2/ustazah2 bg |
Ahh.. rindu sungguh pada kalian. Rindu pada suasana di sana.
Hmm.. tahun lepas, da tak dapat kad raya. Tapi dapat kad hari guru.
Tahun ni, da tak dapat kad hari guru. Kad raya? Dapat satu! satu je? hello, its still kad raya.. n its special! ;)
Whatever pun, berapa banyak pun kita dapat kad raya, dapat atau tak, bersyukurlah. Mereka yang mengirimkan kad raya tu tentu mengingati kita. Walaupun kini kita dipisahkan jarak dan dihalang oleh masa, ingatan terhadap sahabat moga tak luput.
Rasulullah sangat mengasihi sahabat2 nya, kita pun kenalah ikut jejak baginda. Nabi Muhammad kan qudwah hasanah?
" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi saudaranya sendiri " HR Bukhari dan Muslim.
Ok lah, sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, saya Sukma Atiqah ingin menyusun sepuluh jari, maaf dipinta ampun dipohon. Segala silap salah terkasar bahasa, terover acted harap diampun..
p/s: yang exam jgn syok sgt beraye yer?? UPSR, PMR, SPM n dak2 CFS UIA! EXAM3!!
1 comment:
Assalamu'alaikum.
Sukma..
Minal 'aeidin wal faizin.
Maaf zahir dan batin.. ^_^'
Post a Comment