Wednesday, July 25, 2012

Basic yang susah

Assalamualaikum.. =)


A B C D E F G H I J K L M N O P  Q R S T U V W X Y Z

Basic yang mudah sebelum kita mengeja dan dapat membaca.

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Basic yang juga mudah sebelum kita dapat mengira.

Tapi,

NIAT

So far, inilah basic yang paling susah nak buat.

Dah lah susah nak buat lillahi Ta'ala, susah pulak nak jaga supaya tak terbabas.

Kerana apa?

Kerana hati ini seringkali berubah, pantang disentuh atau diabai, terus lain jadinya.






#Ya Allah, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu




.

Saturday, July 21, 2012

Never

.

I won't tell anybody about anything anymore

You can trust nobody but Allah


#tahan marah sampai menangis

.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem~

Assalamualaikum..
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
al-Baqarah: 183

Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayahNya, bertemu kita di bulan penuh barakah ini, Ramadhan. InsyaAllah.

Orang selalu sebut bulan puasa, bulan puasa. Sedikit sahaja orang yang menyebut bulan Ramadhan. Sedangkan Allah berikan Ramadhan sebagai nama bulan mulia ini. Maka, lazimilah menggunakan term yang betul. Lagi pun, the word ramadhan tu ada maknanye.

Sebenarnya bulan Ramadhan ni ada banyak lagi nama samarannya. InsyaAllah sepanjang entry ini akan diketengahkan nama manja Ramadhan  ;)

Baiklah, sedikit ulasan tentang ayat di atas.

Yang saya bold-kan itu adalah point utamanya.

Maknanya, objective puasa adalah untuk menjadi orang bertaqwa. Simple kan?

Tapi, takde lah sepanjang syahrul 'ibadah ni, kita puasa semata-mata.. Nama pun syahrul 'ibadah (bulan ibadah), setiap amalan-kerana-Allah yang kita lakukan digandakan pahalanya. Memang rugilah kalau kita rasa dengan puasa sahaja dah cukup kita beribadah.

Ibarat orang hulur RM100, tapi kita ambil RM10 je.

Jadi apakah bentuk ibadah yang kita boleh lakukan? Sama seperti bulan-bulan lain;

  • Mengaji al-Quran
  • Bersedekah
  • Berdoa
  • Membantu orang
  • Belajar (pergi kelas dll.)
  • Solat sunat tarawih
  • Qiamullail
  • dll..


Letakkan target kita sepanjang syahrul tarbiyyah (bulan mendidik (diri)) ni. Contohnya;

  • Khatam Quran
  • Ma'thurat pagi dan petang
  • Qiamullail (at least 2/3 kali seminggu)
  • Teliti makna ayat Quran
  • Pergi majlis2 ilmu agama at least seminggu skali


Apa yang penting, kita buat ikut kemampuan kita.

Jangan pulak awal-awal ni, kalau boleh semua benda kita nak buat. Tapi dah hujung-hujung nanti, masa-masa yang lebih barakah tu nanti kita dah liat. Sebabnya? Dah habis tenaga pecut awal2..

So, maintain the speed.

ramdan nights by funkyah

Meriahkan syahrul maghfiroh (bulan keampunan) ini dengan senyuman, zikir dan ibadah!

.

Monday, July 9, 2012

Kanak-kanak itu..

Assalamualaikum..  =)

Alhamdulillah hari tu berkesempatan menjadi committee untuk sebuah lawatan dari sebuah sekolah rendah elit ke UIA. Selain ingin melawat UIA ni, pihak guru meminta untuk menjalankan slot usrah bersama adik-adik dan penekanan khusus dalam bab solat.

Maka, dari 87 orang murid yang menyertai, terbinalah 10 group usrah yang diketuai oleh seorang facilitator setiap kumpulan.

Namun..

Tugas saya hanyalah di unit module dalam slot Ice Breaking. Tak cukup layak lagi untuk saya jadi facilitator yang ala-ala naqibah usrah itu.. hehe

Walaubagaimana pun,  sempat jugak lah saya curi-curi masa untuk borak-borak dengan adik-adik tersebut. Meneliti cara pergaulan mereka.

Tentu satu tanggungjawab yang amat berat untuk guru-guru sekarang. Yelah, handphone anak murid pun lebih canggih dari cikgu. Oh, itu standard la ye?

Tapi, siap bawak i-pad, galaxy tab.. Amboii.. akak pon takde benda-benda tu dik.. huhu

Bila berpeluang berbual dengan guru-guru, ternyata memang benar sangkaan saya, susah nak kawal kanak-kanak tersebut. Mereka telah terbiasa dimanjakan di rumah, nak apa semua dapat, maka di sekolah menjadi sesuatu yang sukar lah bagi guru-guru untuk mengawalnya.

Namun, seperkara yang agak obvious tentang budak zaman sekarang adalah sikap ingin tahu yang tinggi, mudah curious dan enthusiastic.

Lihatlah, nak didik budak zaman sekarang tak boleh lagi guna method zaman dulu. Tak sesuai sama sekali. Para dewasa zaman sekarang perlu menjadi lebih rasional, kreatif dan seimbang dalam mendidik anak kecil agar tidak terlalu keras (bimbang akan memberontak) tetapi tidak juga terlalu lembut (bimbang pijak kepala).

Fuhh.. berat tu! Namun insyaAllah jika diri kita dididik lebih dahulu, maka insyaAllah anak-anak kita juga akan terdidik sekali.

Seperti jawapan Luqman Hakim apabila ditanya oleh seorang sahabatnya bagaimana beliau mendidik anaknya;
"Aku mendidik anakku sebelum mereka lahir lagi, bahkan sebelum aku berkahwin"

Oh, macam mana tu?? Luqman Hakim jawab;
"Didiklah dirimu dahulu, jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan"


Pesanan Saidina Ali:
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.


ececeh.. tetibe post pasal anak, macam la cik penulis dah kahwin~ muehehe

Tak mengapa, inilah masanya nak cari ilmu, bagi anak-anak kita juga rajin mencari ilmu kelak. InsyaAllah ^^

trivia: sekolah tersebut adalah sebuah sekolah rendah perempuan sahaja

Nanti sy update gambar~


N : akak, akak jangan lari taw, kite suke akak. ni kakak ipar saye! (announce kat kwn2 dia)
aku : erk?? hahaha (persoalannya; suamiku nanti ade adik ke??)




.

Friday, July 6, 2012

Dirinya




Banyak perkara yang tak terucap secara formal, maka perbualan santai itulah menjadi medium perkongsian

Bersantai bersama dia yang ku kagumi, di mata saya, dia memang hebat

Terlalu banyak kata-katanya yang kalau boleh saya nak record kemudian play and replay repeatedly

Melimpah ilmu saya dapat

Mencurah-curah pengalaman yang mematangkan

Untuk menjadi sepertinya, jauh sekali dari kemampuan saya

Namun, saya impikan menjadi sekuat dirinya, setegar hatinya

Terima kasih Allah

Atas kesempatan yang tak terlintas pun di fikiran

Alhamdulillah ^^

*mengagumi jangan terlampau pula, bimbang-bimbang andai dia lakukan kesalahan, kita tak boleh terima, ingat, manusia tetap manusia, salah silap adalah sulaman kehidupan. yang penting jangan diulang.. walaupun saya mengagumi dia, saya lebih selesa bertindak sebagai sahabat yang lebih sempoi dan bebas berkata-kata~


#maaf tak dapat sertai beberapa program yang ditawarkan.sungguh saya nak, tapi belum rezeki mungkin 




.