Thursday, May 3, 2012

BERSIH | Pada pandangan saya

Assalamualaikum..  =)

Isu BERSIH hangat diperkatakan. Saya juga punya pendapat sendiri tentang ini. Terlambat memberikan pandangan tak mengapa bukan?  Kerana saya pemerhati tegar.

Saya tunggu sehingga segala-galanya reda tetapi bukan bermakna saya berniat untuk menghangatkannya kembali. Sekadar pandangan orang muda dan sebagai orang muda yang bakal meneraju tampuk pimpinan akan datang, kita tidak seharusnya membangkang atau menyokong membabi buta. Kaji dan selidik dulu. Jangan bergantung kepada satu sumber, kerana obviously ia hanya membelahkan sebelah pihak sahaja.

Dan ini adalah setelah hasil kajian saya. 

Tahukah anda mengapa pernimpunan BERSIH itu diadakan? Kerana menuntut 8 hak keadilan yang sepatutnya diberikan sejak lama dulu dan terus diberikan sehingga kiamat.


sila klik untuk besarkan


Sekarang saya ingin huraikan secara ringkas satu point sahaja. SATU yang sangat berpengaruh tanpa menolak tepi tuntutan-tuntutan lain.

5) Akses media yang bebas dan adil
- Media sekarang ternyata berat sebelah. Kadang-kadang saya kasihan pada mereka yang tidak mampu mengakses media lain selain akhbar mainstream di Malaysia ini.
- Namun, secara logiknya, tidakkah orang berfikir kalau benar parti pembangkang begitu teruk perangainya seperti yang diwar-warkan, mengapa masih ada pemyokong? Kerana pada pemerhatian saya, akhbar tempatan hanya tahu menyebarkan yang buruk-buruk sahaja tentang parti bukan kerajaan.
- Saya juga pembaca akhbar mainstream, dan saya juga pembaca akhbar maya. Kerana saya orang muda yang perlu berfikir dengan waras dan mengambil kira semua pihak.

Baiklah. Kenapa perlu ada perhimpunan?

Dengan adanya perhimpunan ini, ia dapat menunjukkan yang tuntutan ini mendapat sokongan ramai dan bukan propaganda atau untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata. 

Mungkinkah penganjuran perhimpunan ini adalah rentetan permohonan mengikut procedure yang mungkin tidak dilayan??

Bagaimana pula dengan perhimpunan aman (Duduk & Bantah) yang dijanjikan tetapi berakhir dengan kekecohan malah didakwa kotor dan ganas?

Dakwaan itu saya tekankan, ianya adalah bersumberkan akhbar mainstream. Malah, pihak media hanya mengambil gambar (terutamanya) di penghujung masa perhimpunan, bukan dari awal sampai habis walaupun mereka berada di situ lebih lama dari peserta sendiri.

Dalam isu ini, pertama yang dijanjikan adalah sebuah perhimpunan aman bukanlah sekadar omongan kosong kerana pihak Bersih telah pun mengeluarkan garis panduan kepada peserta yang mengikutinya. (Boleh lihat di SINI)

Maka, andai ada segelintir yang ingkar itu, rasanya normal bukan? Sedangkan orang berkuasa boleh pecah amanah, hukum Allah pun jadi mainan, apatah lagi hukum manusia. Memang dalam hal ini, peserta lah yang bersalah. Pada saya, yang berbuat kesalahan sahajalah yang patut ditahan, bukannya semua mendapat tempiasnya.

Secara logik akal juga, kita takkan mampu mengawal kesemua peserta yang jumlahnya terlalu besar. Pasti ada saja spoiler nya. Tidak dinafikan. Maka tak perlulah di-highlight-kan pada segelintir ini. Kita kena tengok majoriti jugak.

Seterusnya tentang provokasi yang digembar-gemburkan. Jujur saya katakan, saya tidak berani untuk bersuara lebih kerana saya tidak berada di tempat kejadian. Saya hanya mengumpul maklumat dan mendapat berita dari akhbar, media maya dan rakan-rakan yang mengikuti perhimpunan tersebut. Mungkin saya lebih percayakan mereka kerana perkara berlaku di depan mata mereka.

Provokasi bukanlah satu tindakan bijak. Malah pada pendapat saya, hanya loser yang lakukannya.

Berhubung peranan dan tingkah laku pihak berkuasa polis.

Saya lihat kebanyakannya terdiri daripada orang muda-muda. Bila sebut orang muda, boiling point nya sangatlah rendah, maka tidak hairanlah sehingga jadi kes belasah sampai pijak kepala peserta (disaksikan oleh kawan saya yang menyertai Bersih 3.0). Hakikatnya, pihak polis hanyalah menjalankan tugas yang disampai kan oleh orang atasan.

 Walaubagaimana pun, bukanlah dengan semua orang kekasaran itu perlu. Apabila seseorang itu telah ditangkap (tangan ke belakang), adalah sangat tidak wajar apabila ada polis lain yang datang menyerang dengan menendang dan sebagainya. Malah, ada pula pihak polis sehingga 3,4 orang membelasah seorang mangsa yang sudah lembik terbaring. Lebih teruk lagi, memukul mereka yang tanpa senjata dengan kayu dan baton!

Mungkin bila berlembut, melawan pula ye? 

Tidak perlu kita kutuk, keji dan hina kerana hidayah itu dari Allah.

Berikut adalah apa yang saya faham dan nampaknya apa yang menjadi pegangan saya. Saya bukan neutral kerana saya ada pegangan tetapi saya waras untuk mengakui kesalahan yang dilakukan dan tidak taksub membabi buta. Saya juga ingin tekankan yang perhimpunan Bersih bukanlah memihak kepada mana-mana parti, tetapi demi kepentingan rakyat. Ianya demi demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Tidak kira bangsa, agama dan parti. Kita kan 1Malaysia.

Semoga Allah berikan yang terbaik buat negara tercinta, Malaysia. Ameen~

Di sini saya sertakan pandangan saudara Hilal Asyraf yang pada kiraan saya sangat bernas dan perkongsian pengalaman bagi mereka yang tidak menyertai, SINI.

Sekian~


#andaikata Bersih 4.0 ada, saya cadangkan sedikit penambahan pada tuntutan ke-5 itu, menjadi "Akses media yang BERSIH, bebas dan adil" supaya tiada lagi gambar kotor, porno dan lucah yang menjadi pelaris akhbar!

#maaf andai ada yang terguris. masing-masing ada pendapat masing-masing. dan pendapat-pendapat ini haruslah dihormati.


.

9 comments:

bukh said...

salam
dah agak dah mesti best baca walaupun cuma satu point yang diambik.hehe
memang mudah difahami n matang penjelasan.

Tentang media, memang bagi kita yang selalu melihat dari pelbagai sudut ni boleh nampak banyak pihak cuba selindung berita2 yang tak baik berkenaan diorang sendiri. tapi berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan2, apa sebenarnya yang kita boleh buat supaya lebih banyak minda2 terbuka luas untuk lebih mengetahui tentang perkara ni? bahkan sebahagian rumah2 hanya menonton siaran berita yang kita katakan sebagai cuba berselindung ni. bila ditanya pasal Bersih 3.0, yang dijawab cuma "kereta diterbalik", "pendemo ganas,tak tepati janji" dan sebagainya yang negatif untuk sebelah pihak je.

tak lupa juga kat berita2 yang mengarut dalam paper ;artis2, filem terhangat n sbgainye lah.

Malah perkara macam ni jadi kat tempat kita belajar sendiri pun, seperti yang hangat diperdebatkan dalam page2 tertentu, blog2 dan lain2.

Antara orang yang berpengaruh dalam memberi kita sesuatu sudut pandangan tu kebiasaannya adalah ibu bapa atau penjaga kita sendiri, dan melibatkan cara kita dibesarkan, termasuklah siapa kawan kita, dan apa yang kita selalu baca..taknaklah kita tengok kat budak2 yang masih belum faham,kita tengok diri kita sendiri je. persoalannya adakah kita cukup untuk mengambil tahu tentang hal2 negara n isu semasa?rasanya ramai lagi yang tak minat nak amik tau. ada yang tak jelas tentang isu bersih ni tapi boleh cakap, "jangan pergi bersih tu...tak baik".."susahkan mak ayah" n sbgainya..

Tak lupa jugak antara perkara yang boleh pengaruh dlm pemikiran tu adalah pengetahuan pasal sejarah tu sendiri. tak kiralah sejarah Rasulullah dan sahabat, tak pun sejarah negara lain ataupun negara kita ni.

ok komen ni sampai sini dulu. apalah sangat komen ni nak dibandingkan dengan tulisan pemilik blog ni =)

sukma atiqah said...

bukh =)

itulah masalahnya. wasilah utama untuk kita sampaikan sesuatu info kepada orang awam tu sangat terhad. sudahlah terhad, terikat pulak dengan pelbagai procedure, editing dan akhirnya, perkara benar tu unrevealed.

betul, mmg persekitaran kitalah yang membentuk pemikiran kita, begitu juga dgn didikan dari ibbu bapa dan keluarga. bila pemahaman orang lama ni dipengaruhi akhbar arus perdana yang merepek je lebih ni, memang susahlah kita nk perbetulkan mindset tu.

solution nye terletak pada bahu kita untuk cuba betulkan dengan cara paling baik. cara yg boleh memantulkan yang orang muda sekarang bukan sekadar mengadap buku sahaja tetapi jugak dapat menilai sesuatu dengan matang.

pasal ambil tahu isu semasa, politik dan negara ni mudah je. dulu sukma pon tak berminat nak ambil tahu semua ni sebab? KOTOR. TAK MATANG. dan sukma yakin orang luar sana yang tak minat ambil port cakap hal2 ni pon dengan sebab yang sama. sebab tu kita perlukan politik yang bersih.

bercakap soal sejarah negara kita, ada dlm statement pihak berkuasa menyatakan yang demo2 ni bukan budaya kita sejak dari nenek moyang dulu. mungkin mereka lupa, ketika negara menuntut kemerdekaan, nenek moyang mereka jugaklah yang turun berdemo dengan pelanduk dan banner yang segala macam tu.

haha, blog ni bebas utk menerima komen.. pandangan orang berbeza, apalah sgt nak banding dengan pandangan dari satu kepala je.. hehe =)

bukh said...

betul2, dulu tak minat nak tau tapi sekarang baru sedar kepntingan amik tau tu..

demo tu sendiri salah satu menyampaikan kehendak dan perasaan,supaya ramai yang sedar kita ni alert dengan keadaan semasa, malah bukh yakin ramai je yang baru tau apa tu dakwat kekal, apa tu masa berkempen, semua hasil daripada bersih 3.0 ni. kita taknak simpan2 risau nanti nasi jadi bubur.mcm mana nak jadikan nasi balik?

so sukma, ape agaknye cara yang kita boleh buat, ataupun mahasiswa secara umumnya, boleh buat untuk sampaikan ideologi 'ambil kira semua sumber' kat kawan2 yang lain. ramai kawan2 rapat dengan kita dari segi kelas yang sama, main bola sama2, makan sama, study sama n sebagainya tapi jauh skit dari segi cara mereka menilai tu.kita pun bukan lah sentiasa betul malah banyak je buat silap.tapi at least kita nak semua orang mengambil kira semua sumber yang ada. macam mana ye...

so? =)

sukma atiqah said...

mungkin kita boleh cadangkan pada dorg yang suka membaca tu, cuba bukak jugak media non-mainstream contohnya malaysiakini ke the malaysian insider ke..

satu lagi yang berpengaruh, bila kita berbual dan discussion. timbulkan perkara yang kita baca dlm sumber selain sumber biasa. dorg akan tanya, tahu dari mana.. then maybe dorang akan cuba cari jugak.

cumanya dalam conversation ni, kene pandai kawal keadaan lah, takot jadi panas sampai bertikam lidah pulak. ni yang payah siket.

ni jelah yang sukma terfikir. tapi mmg tak nafikan, kita cakap ni mmg senang.. tapi nak apply tu payah. nak-nak pulak dgn kawan-kawan sendiri.

maybe bukh ttbe terfikir cara sendiri boleh share? =)

bukh said...

betul2, banyak cadangkan dorang membaca..

ape lagi yang bukh leh terfikir, salah satunye dengan tulisan yang santai dan lebih menarik, contohnya blog macam ni. mungkin ramai tak minat bace sebab dorang slalu bayangkan tulisan pasal isu semasa ni akan jadi panjang2 n boring, so dah kurang minat kat situ.

sebabnye bukh sendiri pun suka tulisan yang menarik walaupun serius =)

cuma kadang nak terangkan kat orang yang memang dah tetap pendirian tu sangat lah susah, mungkin dorang dah cukup yakin dengan berpandukan satu sumber je.

kadang2 kita sendiri yang kuat melatah.nak sangat ikut pendapat kita sampai lupakan adab budi bicara tu. rasanya kita perlu titikberatkan cara kita approach dorang gak, sebab kat situ slalu kita buat silap.

antara yang lain, akhlak kita tu sendiri...kita tak sempurna, tapi kita kena faham untuk orang dengar pendapat kita, kita perlu tunjuk akhlak yang baik.

tapi memang betullah, cakap senang nak buat tak senang..

papepun, bukh fikir kita kena ada peranan jugak untuk tolong dorang..

so teruskanlah menulis hehe

sukma atiqah said...

kadang-kadang nak menulis tak senang jugak kan, terutama tentang isu-isu mcm ni..

tapi insyaAllah sukma teruskan =)

bukh said...

betul2..
teruskan =)

I-DEAL said...

akak punye pasal saya setuju je post nih...haha

sukma atiqah said...

Akak punye pasal eh aidil? akk suruh terjun bgunan pon awak ikot jelah kan? sbb akk punya pasal..

hahaha