Tuesday, May 15, 2012

(15/5) NAKBAH PALESTIN

Assalamualikum~

Tahukah anda tarikh apakah hari ini? 15 MEI

Di bumi suci Palestin, tarikh ini digelar sebagai  يوم النكبة  iaitu hari Nakbah.

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana dalam bahasa Arab. Manakala, hari Nakbah adalah merujuk kepada hari di mana Israel diisytiharkan sebagai sebuah negara. Pada 14 Mei 1948, bendera Union Jack di Palestin diturunkan dan dikibarkan bendera The Star of David (bendera Israel). keesokannya pula, David Ben Gurion, perdana menteri Israel mengisytiharkan negara haram tersebut.

Klik untuk pembesaran

64 tahun yang lalu, setelah mendapat pengisytiharan, kaum Yahudi semakin lupa diri. Mereka mengusir 60% rakyat Palestin (hampir 800000 orang) ke luar negara dan 30000 yang lain diusir ke daerah lain. Malah, daripada 580 buah perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, 478 buah dihancur dan dimusnahkan rejim Zionis.

Caranya? Pembunuhan beramai-ramai! Antara kejadian yang paling kejam adalah, tragedi Deir Yassin (9/4/1948). Seramai 254 orang dibunuh dengan kejam, rumah-rumah mereka diruntuhkan dan ditembak beramai-ramai oleh tentera yang lupa daratan. Lebih menyedihkan, jumlah itu termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak!

 Mereka mungkin lupa.. Ah tak mungkin lupa, mereka sengaja melupakan yang penempatan Israel sebenarnya hanyalah sebuah kawasan kecil yang Rasulullah berikan atas dasar simpati untuk kaum Yahudi. Ia tidak layak dinamakan sebuah negara. Sombong dan angkuhnya mereka hingga tiada langsung keperimanusiaan dalam diri mereka.

Benarlah firman Allah;

"Org2 Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yg telah terpesong itu). Katakanlah (kpd mrk): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yg benar". Dan demi sesungguhnya jika kau menurut kehendak hawa nafsu mrk sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah kau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yg dapat mengawal dan memberi pertolongan kpd mu."
(al-Baqarah,120)

Merka takkan mengalah.

Apakah pula Hunger Strike atau mogok lapar?

Tahanan-tahanan Palestine yang berada di dalam penjara Israel mengadakan mogok lapar sebagai protes pengisytiharan tersebut. Berikut adalah antara individu-individu yang terlibat mengadakan mogok tersebut:
Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi ... 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan ... 27 hari

Bilangan hari itu bukanlah jumlah hari mereka dipenjarakan, tetapi jumlah hari mereka mogok lapar!

Tahukah anda rentetan kelaparan berhari-hari itu, ada yang sehingga turun 30kg berat badan, bleeding di beberapa anggota tubuh badan malah ada juga luruh gigi-gigi mereka...


Oleh kerana kita di sini tidak mampu membantu mereka dengan kudrat yang ada, nak berlapar pon tak mampu, maka kita lancarkan protes media. Akaun facebook saya dilanda gelombang warna brown (koko). Ianyalah adalah salah satu usaha untuk kita mewujudkan awareness bagi yang tidak tahu.



Jujurnya, saya juga tidak maklum tentang ini. Tetapi apabila buka fb, yang saya lihat hanyalah warna brown maka saya tertanya-tanya dan terus mencari apakah sebabnya. Sekarang saya dah tahu. Dan saya berkongsi. Inilah ringkasan daripada beberapa bacaan saya.


Benar, kita tukar profile picture tak membantu mereka langsung, tak dapat pun bunuh semua rejim Zionis si kejam itu tapi at least orang sekeliling tahu penderitaan yang berlaku di sana di sebalik senyuman dan gelak tawa di sini. Oleh itu, hulurkanlah doa. DOA sajalah yang kita mampu tolong mereka.


Tukar DP hari ini kemudian tukar balik esok, tak mengapa. Asalkan doa kita tidak terhenti begitu saja.




# i wonder, is this incident being mentioned in any Malaysian medias? newapaper, local TV or anything other than the web?







.

No comments: