Friday, January 27, 2012

Bersyukur dilahirkan sebagai Muslim

Assalamualaikum..  =)

Bila baca terjemahan Quran, saya akan terfikir tentang macam2 perkara dan membandingkannya dengan diri sendiri, dengan kehidupan saya dan membayangkan macam2 yang sebenarnya tak tercapai dek akal pun untuk dibayangkan (contoh syurga, neraka, kiamat dll..)

Antaranya adalah persoalan yang mustahil untuk saya menjawabnya.

" Kalaulah aku berada di tempat orang terdahulu, mungkinkah aku akan dipilih Allah untuk termasuk dalam golongan yang mendapat hidayah dan menyahut seruan para rasul dulu-dulu? "

" Atau mungkin aku di kalangan orang yang mendapat murka-Nya dan ditimpakan pelbagai balasan macam dalam Quran tu? "

Naudzubillah~


Orang yang tak dapat hidayah tu semuanya lastly Allah musnahkan in total.

Renung sahaja ayat yang Allah sebutkan "...dan Kami musnahkan sampai ke akar-akarnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.." (7: 72) untuk kaum 'Ad yang diutuskan Nabi Hud kepada mereka. Cukup menggerunkan!

Manakala untuk kaum Nabi Nuh, kisah bahtera yang glamor jugaklah masa saya kecik-kecik dulu, Allah ceritakan balasannya "...Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)" (7: 64)

Seterusnya kisah unta betina Nabi Saleh yang dikirim Allah untuk kaum Samud. Kisahnya bermula dengan ayat 73 surah al-'Araf. Dan balasannya, "Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam runtuhan rumah mereka." (7: 78)

Cerita Nabi Lut pula, tentang kaumnya yang mengamalkan homoseks {"Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwat kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas" (7: 81)}. Allah balas cemane?? "Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu)..." (7: 84)

Ingat lagi kisah tentang penduduk Madyan? Sebuah negeri yang Allah kirimkan Nabi Syuaib kepada mereka. Apa habit dorang? Sehingga Allah suruh Nabi Syuaib perbetulkan keadaan? Ha, mereka menipu dalam urusan jual beli (7: 85) Finally, Allah gegarkan bumi Madyan (7: 91) sebab ingkar, degil sangat.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang Allah pilih.

Bila mengamati kisah2 ni, terasa sangat bersyukur dilahirkan dalam Islam. Kita mengenali Islam sejak lahir, dididik dengan nilai Islam untuk solat, puasa..

Bila saya baca tentang non-muslim yang mendapat hidayah and converted to Islam, all I can say is, Alhamdulillah, they're lucky for be chosen to immerse in Islam.

Liam Neeson (Qui Gon Jinn) dalam Star Wars

Seperti yang terbaru, Liam Neeson (suara Aslan dalam Narnia) mengeluarkan kenyataan beliau mungkin akan memeluk Islam setelah penggambaran movie dijalankan di Istanbul. Bentuk hidayah yang dia terima hanya kerana mendengar azan 5 kali sehari setiap hari sepanjang berada di sana. Subhanallah! Kun fa ya kun~

Semoga Allah memberinya hidayah untuk memeluk Islam dan menjadi contoh kepada artis Hollywood yang lain. Ameen

For more detail tentang statement dia ni, google je nama dia.

Bersyukurlah and be proud with the Muslim identity. Kenapa di kala orang lain tercari-cari agama mereka, kita mengeluh berada dalam Islam? Be thankful.. The truth lies in front of your eyes, its just you to look or not to look.

Wallahua'lam



*Pernah tengok 2 arabic little boys yang bercerita ketika di Masjidil Haram. Sorang baca dari Quran, sorang lagi tanya2. Seronoknya faham Quran directly!
**Kadang2 semakin kita menua, kita lupa kisah-kisah ni, sedangkan tak sepatutnya kita lupakan. Even me myself.


.

Wednesday, January 25, 2012

WW | Baby Seal



p/s please protect us from extinction.. reduce the global warming.. T_T



.

Saturday, January 21, 2012

Hati terdetik, jari menaip



I.

Sudah-sudah lah meluahkan kekecewaan di facebook akibat clash dengan kekasih, facebook bukan boleh tolong pon.. Seriously, please. Stop. Mengadu la kat Allah. Manusia ni lama-lama bosan sampai rase annoying gile bila baca status sume stok sedih2, menagih simpati je.. Tapi Allah setia mendengar taw.
Allah takkan sound anda macam saya sound sekarang. 
Allah takkan cakap "ohhh kamon, stop all these annoying status!" Saya je cakap macam tu.

II.

Hey cakap memang senang~ Memang senang pon kan.. Ye, mungkin sebab saya tak pernah melaluinya, so saya boleh cakap macam tu dengan sangat senang. Maaf. Tapi apa salahnya terus mengadu kat Allah? Bukankah kekecewaan tu Allah nak uji kita ingat kat Dia ke tak.. kan?

III.

Tak perlu buktikan kasih anda itu pada manusia yang tak menghargainya, letih je. Buktikan kasih anda pada Allah, doakan yang terbaik untuk si dia. Moga anda dan dia bertemu dengan pasangan yang baik, baik untuk agama kalian dan seluruh kehidupan kalian. Ameen~


.

Thursday, January 19, 2012

SABR | Pahala double, dosa biar satu!

Assalamualaikum..  =)

Sepotong Ayat Buat Renungan = SABR

"Barang siapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan, dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi) "
[al-An'am, 160]

Satu kebaikan digandakan pahalanya.
Satu kejahatan satu lah dosanya.

Subhanallah.. Betapa Allah sayang kita, tak mahu kita kena seksa dalam neraka. Tak digandakanNya dosa kita. Allah nak meminimumkan dosa kita, tapi kita pulak take it for granted.

Allah nak jumpa dengan kita di jannah-Nya, tapi kita pulak yang mengelak. So the blame really should be put on those who refuse the opportunity Allah has given.

Wallahua'lam



.

Thursday, January 12, 2012

Monolog Hati

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Masa sekolah dulu aku berharap aku tak jatuh cinta pada orang yang salah, aku selalu doa, aku cuma nak jatuh cinta dengan bakal suami aku sahaja. Jauh kan pikiran aku?? hikhik.. Aku berdoa agar orang pertama yang aku betul2 jatuh cinta tu adalah jugak orang terakhir sampai syurga.. awww.. sweet la konon.. 
(jarang aku nak jiwang2 camni..hee)

lama aku memohon begitu.. bertahun-tahun, hampir 5 tahun.. sehinggalah....~

.......


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Hanya monolog hati berbicara.. Ya Allah, aku jatuh cinta.. Tapi, apakah ini jodohku? Aku cuba kawal.. sedaya upaya.. tapi siapa tahu, diakah jodohku sehingga benar2 akad dilafazkan.. kan? 

Ya Allah, peliharalah hati ini..


*Klik SINI untuk puisi penuh.


.

Back!

Assalamualaikum..  =)

Alhamdulillah, tamat sudah pertarungan pen and paper and calculator untuk sem 1 2011/2012. Next sem gonna be the second semester of the session 2011/2012.


exam mood : OFF ^_^

InsyaAllah, some entries will be posted throughout my holiday.

*Actually, this holiday kind of mission-able.. Tapi.. hurmm.. Ya Allah, permudahkan lah segalanya~
**otak blank**