Saturday, October 8, 2011

Semangat dari Si Kecil..

Assalamualaikum..  =)

Pertama sekali aku nak cakap yang, i was extremely exhausted for the whole week. Bukannya aku terlibat dengan Convest pon, tak langsung. Penat attending classes. Physically and mentally.

Macam ni lah hidup budak U kot. Atau maybe aku je rasa sebab masih dalam adaptation process. Masih mencuba pelbagai cara dan gaya hidup supaya jumpa yang sesuai dengan ability and potential diri sendiri.

Kerap aku mengingatkan pada diri, jangan terlalu lihat pada kemampuan orang. Kelak, kufur nikmat. Tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kita. Dah lah kufur nikmat, tension plak sorang-sorang nanti. Masing-masing ada jalan hidup yang berbeza dengan tujuan yang sama, mencari redha Ilahi.

Di kala mental dan emosi tertekan, Allah berikan aku satu kekuatan dalam bentuk pandangan, akal dan penghayatan.

************

Sedang aku berjalan dengan emosi kurang stabil sebab terasa otak dah berat, aku terberenti dekat satu sudut luar bangunan. Mata tertumpu ke bumi berpasir.

Pelik.

Binatang tu keluar masuk berulang kali. Dia buat apa?


Lokasi :  E1 (engineering building 1)

Kaki melangkah semakin hampir. Mengintai ke dalam lubang yang gelap. Tak nampak. Tiba-tiba si haiwan kecil tu keluar lagi. Aku tercongok di situ memerhati.

Kagum. Gigihnya dia berusaha. Gulp! Tersedar!

 Nak gali tanah tu, bukan senang untuk haiwan sekecil ini kan? Tapi, dia tak putus asa! Banyak kali dia ulang alik, buat kerja yang sama. Masuk keluar and masuk lagi, keluar lagi, bawak pasir tu siket-siket, sampai jadi lubang yang dalam.

Aku manusia yang besar gajah ni, mudah pulak rasa 'down' dan terfikir untuk putus asa.

Malu ngan si haiwan kecil ini... >.<"

InsyaAllah, aku akan cuba untuk menjadi lebih kuat!

Rabbi yassir wa la tua'ssir~

* kalau lah aku bawak torch light, nak jugak aku suluh ke dalam tu. Nak tengok, cemane haiwan kecil ni kaut pasir tu. Boleh tolong suluhkan sekali, terang siket dia buat kerja. ^^

No comments: