Friday, October 14, 2011

Go away 'tekanan'!

Assalamualaikum..  =)

How do you release your tension??

How do you let off your stress??

Cara aku? Hehe..

Running away from books to other books.

From these books...


to these books.  =)


Atau keluar jenjalan dengan kengkawan sekolah (plus shopping)


Masing-masing ada cara masing-masing. Antara cara aku yang lain adalah pergi ke tempat yang boleh menenangkan perasaan sendiri. Contoh tempat? Its up to me. 

Ok lah, salam Jumaat. Sila perbanyakkan selawat di penghulu hari.. Banyak manfaatnya kelak.

=)

*the feeling is different when you out with your uni friends and school friends, but both are special in their own way~

Sunday, October 9, 2011

Termenangis.. T_T

Assalamualaikum..  =)

Aku sepatutnya tengah study tapi, aku nak cerita ni.

Masa balik ke UIA tadi, sesak teruk dekat simpang sebelah highway ke Pahang tu. Dekat sejam duduk dalam kereta, baru lepas masuk pagar UIA.

Sesak la kan, sekarang tengah konvo. Hampir semua kereta atas jalan tu, ada baju konvo UIA kat dalamnya. Seronok aku tengok. Macam aku pulak yang konvo.

Masuk je pagar UIA tu kan terus mengadap tangga besar Rectory building. Masa tu lah, aku tengok beberapa orang sisters and brothers berdiri di puncak tangga tu sambil pakai jubah biru konvo UIA, pegang bunga and pakai topi petak. Bergambar penuh gaya.

Tiba-tiba aku mengangis.

Serius.

Aku betul-betul menangis.

I don't have a concrete reason to tell why I cried. I just cried.

Mungkin membayangkan diri sendiri berada di tempat mereka. Tapi nak sampai ke tahap tu, I have 4 years more to go! InsyaAllah.

Perkara tu seolah-olah kembalikan semangat aku sikit demi sikit. Aku kena kuat untuk sampai ke tahap tu. Aku tak boleh tension. Aku tak boleh give up.

Tolong berikan aku semangat kalau tiba-tiba nampak aku macam down. I need it and will appreciate it so much. 

Thanks.  =)

Saturday, October 8, 2011

Semangat dari Si Kecil..

Assalamualaikum..  =)

Pertama sekali aku nak cakap yang, i was extremely exhausted for the whole week. Bukannya aku terlibat dengan Convest pon, tak langsung. Penat attending classes. Physically and mentally.

Macam ni lah hidup budak U kot. Atau maybe aku je rasa sebab masih dalam adaptation process. Masih mencuba pelbagai cara dan gaya hidup supaya jumpa yang sesuai dengan ability and potential diri sendiri.

Kerap aku mengingatkan pada diri, jangan terlalu lihat pada kemampuan orang. Kelak, kufur nikmat. Tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kita. Dah lah kufur nikmat, tension plak sorang-sorang nanti. Masing-masing ada jalan hidup yang berbeza dengan tujuan yang sama, mencari redha Ilahi.

Di kala mental dan emosi tertekan, Allah berikan aku satu kekuatan dalam bentuk pandangan, akal dan penghayatan.

************

Sedang aku berjalan dengan emosi kurang stabil sebab terasa otak dah berat, aku terberenti dekat satu sudut luar bangunan. Mata tertumpu ke bumi berpasir.

Pelik.

Binatang tu keluar masuk berulang kali. Dia buat apa?


Lokasi :  E1 (engineering building 1)

Kaki melangkah semakin hampir. Mengintai ke dalam lubang yang gelap. Tak nampak. Tiba-tiba si haiwan kecil tu keluar lagi. Aku tercongok di situ memerhati.

Kagum. Gigihnya dia berusaha. Gulp! Tersedar!

 Nak gali tanah tu, bukan senang untuk haiwan sekecil ini kan? Tapi, dia tak putus asa! Banyak kali dia ulang alik, buat kerja yang sama. Masuk keluar and masuk lagi, keluar lagi, bawak pasir tu siket-siket, sampai jadi lubang yang dalam.

Aku manusia yang besar gajah ni, mudah pulak rasa 'down' dan terfikir untuk putus asa.

Malu ngan si haiwan kecil ini... >.<"

InsyaAllah, aku akan cuba untuk menjadi lebih kuat!

Rabbi yassir wa la tua'ssir~

* kalau lah aku bawak torch light, nak jugak aku suluh ke dalam tu. Nak tengok, cemane haiwan kecil ni kaut pasir tu. Boleh tolong suluhkan sekali, terang siket dia buat kerja. ^^

Saturday, October 1, 2011

Talk Ustaz Azhar Idrus | Manusia melimpah ruah!

Assalamualaikum..  =)

Last night was a good night for me. Amazing. Subhanallah. Alhamdulillah. I'm  not sure if there are any words better to describe my feeling and the whole situation.

Maybe lah ini my first time, medengar dan melihat beliau secara live even pada screen je. Tapi kira live recording kan tu? Nak banding dengan tengok kat Youtube.

This talk was organized by Ma'aruf Club of IIUM Gombak. Satu program yang aku dah buat reminder dlm phone a week before.


As stated dalam poster, program start pukul 9.00 malam. Tapi, aku and roommates dah kuar sejak pukul 8 lagi. Kononya, awal la sangat. Tapi bila sampai centre, berteraburan manusia! Kami dah agak lambat sebenarnya. Semua orang nak bertentang mata dengan Ustaz Azhar.

Before keluar bilik tu, dapat mesej yang mengatakan venue ditukar ke Experimental Hall. Aku macam; "Ish biar betul??" Hall tu sangat kecik untuk program yang aku expect satu UIA turun. Ya, aku dah pergi hall tu untuk satu talk program sebelumnya. Ianya memang tak besar mana.

Dah sampai sana barulah tahu, krisis dalaman yang berlaku sehingga menyebabkan venue ditukar di saat akhir.

Kamon lah, dah nak berkawal sangat kan? mane lagi senang? Jaga segerombolan manusia yang berkumpul dalam satu kawasan atau bergerombol-gerombolan manusia yang berterabur di merata-rata???  >.<"

Next, aku hidangkan dengan santapan mata yang menyejukkan hati. Dan aku selitkan beberapa ilmu yang aku dapat semalam. InsyaAllah. Rejoice!

All in all, a great thanks and gratitude to Ma'aruf Club for organizing such such a beneficial majlis ilmu.

Rasulullah pernah bersabda;
"Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu"
 (HR Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

Dalam experimental hall


cuba cari aku.. .... ada tak? yang tepi tu!  haha.. tipu! aku tak lepas masuk pun!

4 element penting: 
  • Iman
  • Ilmu
  • Amal
  • Ikhlas


Haa, ni kat luar hall tu.. sini lah aku duduk.
Spot me! Siyez, kali ni xtipu.. aku ada dalam ni.. hehe
 Allah ciptakan syurga untuk orang Islam dan neraka untuk bukan Islam. Kenapa orang islam ada jugak masuk neraka?? Sebabnya, Allah nak cuci dulu dosa-dosa dia tu dalam neraka, baru hantar ke syurga. 

Last-last masuk syurga jugak kan?

Takyah lah nak taubat sangat. Yelah, paling kejap pon kene cuci dalam neraka tu dalam 60 000 tahun jerrrr...

Kat luar bangunan

Cantik kan? Aku suka gambar ni..
Sunat lepaskan rambut yang panjang masa solat. Agar rambut kita tu turut sama bersujud. Kerana itulah fungsi sujud- semua anggota bersujud.
Bagi muslimat mungkin akan rasa rimas sedikit. Yelah, dahlah dalam telekung kan? Panas siket. Tapi kejap je.  Tak salah kan. 

Lelaki pon sama. Tak salah pun lelaki nak berambut panjang tapi sekadar bahu tu ok dah. Atau pun sekadar, orang boleh cam yang dia tu lelaki. Jangan sampai orang kata, ingatkan perempuan?! Haa, ni tak boleh dah!

Ini sunnah. Tak salah pun kalau taknak buat. Tapi orang yang mengamalkan sunnah Rasulullah tu tandanya orang tu mencintai baginda. =)

Tahu tak, dorang ni duduk right beside meja ustaz atas pentas. Nampak kan bucu meja tu?


Ustaz Azhar ketika di-interview oleh stesyen TV dari German

Terharuuuu~

Masa basuh kaki ketika berwudhuk, sapulah tumit tu dengan tangan. Jangan sekadar melalukan air je. Rasulullah kata "Celakalah dua tumit itu..." kalau kita main jirus macam tu je.

Its kaki by the way. We never knew whatever on it. Mungkin kotoran yang melekat. So, bila disapu, bersih betul lah kaki tu.





Tahu tak kenapa talk ustaz, orang ramai suka sangat?? Maybe sebab dia lawak and sempoi tapi sebenarnya, kita diberi peluang bertanya tentang apa saja soalan walaupun tiada kaitan dengan tajuk yang diberikan. 


"Keadaan terkawal, roger! Eh roger! Ceramah ni best gile!"

Kepada yang berjaya hadir, moga kehadiran kita bukan sekadar mendengar dan bergelak tawa (mana pernah talk ustaz yang tak gelak kan?), tetapi kita dapat amalkan segala ilmu yang dikaut malam tu. InsyaAllah~


Credit pics to : Maarufclub Uiam (fb)