Monday, April 11, 2011

Sebab tu Allah tak bagi..

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya”  (Al-A’raf:25)

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Alhamdulillah..

True story #1

"Ika, ada kawan datang tu", jerit mak ketika aku sedang menonton TV lebih kurang 5,6 tahun yang lalu.

Pada ketika itu mak sedang siram pokok bunga dan ayah di tepi pagar menggembur tanah tanaman. Hari Ahad, petang pulak tu. Biasalah.

Aku mengintai melalui cermin panjang tepi pintu rumah. Terdetik dalam hati. 'Macam familiar'
 
Lantas aku meluru ke bilik, sarung tudung dan terus keluar. Saat kaki melangkah keluar pintu, ya, aku tahu sipa empunya badan berseluar tiga suku, ber-Tshirt lengan pendek, berambut pendek dan ber-cap merah itu. Aku tersengih padanya. Dia pun sama sambil 'press' motornya.

Aku mendapatkannya, bersalaman dan berbual depan pagar rumah. Sungguh. Tak sangka. Hampir 3 tahun kami tak bertemu, dia masih begitu dan aku masih begini. Cuma, mungkin dia kelihatan lebih 'macho' di sebalik muka manis yang cute itu.

Selesai borak, aku pun berjalan nak masuk rumah. 

"Laki ke perepuan kawan tu?", tanya ayah tiba-tiba.

"Haha.. Perempuan lah yah. Takkan ika nak salam, bertepuk-tampar dengan laki pulak", jawabku tersengih.

Tentulah ayah risau. Aku kan anak perempuan.

True story #2

"Mak tunggu kat luar jelah. Meh sini plastik tu", kata mak beberapa jam yang lepas, hari ini di Wangsa Walk.

Aku pun berjalan menuju ke arah toilet yang aku yakin signage dia tertulis FEMALE (pink in color) dengan lukisan orang lidi berskirt. Tiba-tiba seseorang melintasi aku. Berseluar slack hitam, berkemeja kuning, rambut pendek dan berantai yang biasa askar pakai tu.
|pic source|

Tersentak aku. Dia jalan laju je masuk ke toilet FEMALE. 'Eh?' Tapi aku masuk jugak. Sebab aku yakin tu toilet ladies. Toilet full. So, dia pun menanti. Masa tu kami berdua je tengah tunggu. Aku jadi confuse.

Aku pun keluar semula, pergi ke arah mak. 

"Mak, tu toilet perempuan kan?"

"Aah. Tu lah, mak pun tengok dia jugak ni. Takkan salah pintu? Steady je.."

Kami memerhati dari luar. Tapi takde lah macam ngintai. Lepas tu, keluar lah seorang makcik bertudung dari satu toilet. Jelas makcik tu kelihatan terperanjat. Tapi, dia tadi cool je.

Aku pon decided masuk semula lepas mak cakap;

"Pompuan tu. Dia tak lari pon tengok makcik tu keluar toilet"

Kebetulan, masa aku melangkah depan cermin, dia keluar dari toilet. Automatically muka aku melihat dia. Memang macam lelaki. Kalau dia masuk toilet MALE pun, takde orang halau. But dia is a she.
End of story


All right, referring to the above verse taken from Kitabullah, I am not going to berhujah tentang itu sebab I believe everybody knows it well. Cuma, can you see the bold one?

So, apa itu pakaian taqwa?

Memenuhi semua syarat menutup aurat: 
         o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
         o Tidak nipis dan terlalu jarang
         o Tidak ketat dan longgar
         o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya
Sila tambah satu lagi iaitu,  tidak menyerupai pakaian keagamaan lain.

FYI, sila rujuk entry sahabat saya (tiba-tiba jadi 'saya' pulak) untuk penjelasan panjang lebar tentang isu ini dan tabarruj.

Ok, back to our discussion. Yang aku nak cerita ceriti sebenarnya, point yang telah di-bold-kan dan di-kaler-kan dengan merah menyala itu.

Allah tak melarangnya saja suka-suka macam kita pergi window shopping suka-suka tengok barang baru yang kemudian merana dalam jiwa sebab tak cukup duit nak beli. 

Ada effect lain taw selain seolah-olah tidak mensyukuri dan cuba merubah kejadian tubuh/jantina yang dikurnia Allah. Antaranya adalah berlaku kekeliruan yang mencelarukan orang ramai. Seperti cerita di atas.

Moral of the story, kasihani lah aku yang nak masuk toilet ni. Hee~ Ini sekadar perkongsian. Aku pon tak tahu nak cakap lucu atau tak. Anda juga, boleh berkongsi pendapat dan pengalaman. ^_^

*Tapi, sungguh apa lah guna nya aku sebagai sahabatnya tapi tidak mampu menegur. Maaf. Aku tak sekuat itu. Aku harap sangat, kau jenguk2 jendela kayu usang ini. Aku sayang kau, kau baik sangat pada aku tapi aku tak mampu jadi baik dengan mengembalikan kau ke jalan benar.


Ya Allah, berikan hidayah pada mereka.. Ameen~



3 comments:

MQ said...

like2..^_^
pakaian taqwa 2 luas mksud nye.. bkan smate2 pakaian..

Ummu Abiha said...

assalamualaikum.. kak sukma,, best post ni.. sme la kita =( ~ mira

atiey_ika said...

> mira : waalaikumussalam.. time kaseh.. moga kite kuat satu ari nnti =)