Friday, August 17, 2012

3 buah hadis

Assalamualaikum..  =)

Sedikit perkongsian input yang saya dapat masa tazkirah Ramadhan sebelum tarawih tadi..

Pond of Tranquility

  • Rasulullah bertanya pada para sahabat yang ketika itu duduk mendengar baginda mengajar;
    "Siapa yang berpuasa pada hari ini? Sahabat semua dia. Kemudian berkata Abu Bakar: Aku.
     Rasulullah bertanya lagi, siapa yang mengiringi jenazah ke perkuburan? Sahabat diam lagi. Kemudian Abu Bakar menjawab: Aku.
    Rasulullah bertanya lagi; siapa yang menziarahi orang sakit hari ini? Sahabat masih diam Abu Bakar sekali lagi menjawab: Aku.
    Kemudian Rasulullah berkata, sesiapa yang terdapat dalam seharinya ketiga-tiga perkara ini, maka wajib baginya Syurga"

  • Semasa Rasulullah menaiki tangga untuk menyampaikan khutbah, baginda berhenti selepas menaiki satu anak tangga. Kemudian baginda naik satu lagi dan berhenti lagi, dan satu lagi anak tangga baginda naik, dan berhenti lagi. Setelah itu para sahabat bertanya, apa yang dilakukan baginda.
    Rasulullah menjawab, "Jibril datang kepadaku dan berkata celakalah tiga golongan ini:
    1) Celakalah bagi mereka yang mendengar 'sollallahu'alaihiwassalam' tetapi tidak menjawabnya.
    2) Celakalah bagi mereka yang mana kedua orang tuanya masih hidup tetapi tidak dapat masuk syurga.
    3) Celakalah bagi mereka yang sempat Ramadhan datang kepadanya tetapi tidak mendapat keampunan Allah"

  • Rasulullah bersabda: Setiap dari kalangan ummatku akan masuk syurga kecuali mereka yang tak mahu.
    Sahabat bertanya: Siapakah mereka yang tidak mahu itu?
    Rasulullah menjawab: Mereka yang akan masuk syurga adalah yang mengikuti aku dan patuh kepada Allah manakala mereka yang ingkar adalah golongan yang tidak mahu masuk ke syurga.


Itulah 3 buah hadis yang disampai kan oleh ustaz dari Baling tadi. Maaf hadis yang diberikan tidak lengkap, maklum sajalah penyampaian secara lisan saja.. saya pun sekadar mendengar tanpa catatan.. tapi saya ingin berkongsi point yang mana bermanfaat untuk kita renungi bersama.

Andai ada sahabat-sahabat yang mengetahui susunan lengkap, perkongsian atau pembetulan adalah amat2 dialu-alukan. ^_^

Salam akhir Ramadhan dari saya dan keluarga =)

.

2 comments:

Alfi Ramadhani said...

i have an addition ~~
selengkapnya, untuk hadith dlm point ke-2 tu, selepas Jibril menyebut doa pertama, baginda menyebut, 'Amin'.. begitu juga doa ke-2, baginda menyebut 'amin', dan kali ke-3 juga baginda menyebut, 'amin'..

wallahu a'lam ~~

sukma atiqah said...

owh.. ok, thanks piji~