Assalamualaikum.. =)
Isu BERSIH hangat diperkatakan. Saya juga punya pendapat sendiri tentang ini. Terlambat memberikan pandangan tak mengapa bukan? Kerana saya pemerhati tegar.
Saya tunggu sehingga segala-galanya reda tetapi bukan bermakna saya berniat untuk menghangatkannya kembali. Sekadar pandangan orang muda dan sebagai orang muda yang bakal meneraju tampuk pimpinan akan datang, kita tidak seharusnya membangkang atau menyokong membabi buta. Kaji dan selidik dulu. Jangan bergantung kepada satu sumber, kerana obviously ia hanya membelahkan sebelah pihak sahaja.
Dan ini adalah setelah hasil kajian saya.
Tahukah anda mengapa pernimpunan BERSIH itu diadakan? Kerana menuntut 8 hak keadilan yang sepatutnya diberikan sejak lama dulu dan terus diberikan sehingga kiamat.
|
sila klik untuk besarkan |
Sekarang saya ingin huraikan secara ringkas satu point sahaja. SATU yang sangat berpengaruh tanpa menolak tepi tuntutan-tuntutan lain.
5) Akses media yang bebas dan adil
- Media sekarang ternyata berat sebelah. Kadang-kadang saya kasihan pada mereka yang tidak mampu mengakses media lain selain akhbar mainstream di Malaysia ini.
- Namun, secara logiknya, tidakkah orang berfikir kalau benar parti pembangkang begitu teruk perangainya seperti yang diwar-warkan, mengapa masih ada pemyokong? Kerana pada pemerhatian saya, akhbar tempatan hanya tahu menyebarkan yang buruk-buruk sahaja tentang parti bukan kerajaan.
- Saya juga pembaca akhbar mainstream, dan saya juga pembaca akhbar maya. Kerana saya orang muda yang perlu berfikir dengan waras dan mengambil kira semua pihak.
Baiklah. Kenapa perlu ada perhimpunan?
Dengan adanya perhimpunan ini, ia dapat menunjukkan yang tuntutan ini mendapat sokongan ramai dan bukan propaganda atau untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.
Mungkinkah penganjuran perhimpunan ini adalah rentetan permohonan mengikut procedure yang mungkin tidak dilayan??
Bagaimana pula dengan perhimpunan aman (Duduk & Bantah) yang dijanjikan tetapi berakhir dengan kekecohan malah didakwa kotor dan ganas?
Dakwaan itu saya tekankan, ianya adalah bersumberkan akhbar mainstream. Malah, pihak media hanya mengambil gambar (terutamanya) di penghujung masa perhimpunan, bukan dari awal sampai habis walaupun mereka berada di situ lebih lama dari peserta sendiri.
Dalam isu ini, pertama yang dijanjikan adalah sebuah perhimpunan aman bukanlah sekadar omongan kosong kerana pihak Bersih telah pun mengeluarkan garis panduan kepada peserta yang mengikutinya. (Boleh lihat di
SINI)
Maka, andai ada segelintir yang ingkar itu, rasanya normal bukan? Sedangkan orang berkuasa boleh pecah amanah, hukum Allah pun jadi mainan, apatah lagi hukum manusia. Memang dalam hal ini, peserta lah yang bersalah. Pada saya, yang berbuat kesalahan sahajalah yang patut ditahan, bukannya semua mendapat tempiasnya.
Secara logik akal juga, kita takkan mampu mengawal kesemua peserta yang jumlahnya terlalu besar. Pasti ada saja
spoiler nya. Tidak dinafikan. Maka tak perlulah di-highlight-kan pada segelintir ini. Kita kena tengok majoriti jugak.
Seterusnya tentang provokasi yang digembar-gemburkan. Jujur saya katakan, saya tidak berani untuk bersuara lebih kerana saya tidak berada di tempat kejadian. Saya hanya mengumpul maklumat dan mendapat berita dari akhbar, media maya dan rakan-rakan yang mengikuti perhimpunan tersebut. Mungkin saya lebih percayakan mereka kerana perkara berlaku di depan mata mereka.
Provokasi bukanlah satu tindakan bijak. Malah pada pendapat saya, hanya
loser yang lakukannya.
Berhubung peranan dan tingkah laku pihak berkuasa polis.
Saya lihat kebanyakannya terdiri daripada orang muda-muda. Bila sebut orang muda,
boiling point nya sangatlah rendah, maka tidak hairanlah sehingga jadi kes belasah sampai pijak kepala peserta (disaksikan oleh kawan saya yang menyertai Bersih 3.0). Hakikatnya, pihak polis hanyalah menjalankan tugas yang disampai kan oleh orang atasan.
Walaubagaimana pun, bukanlah dengan semua orang kekasaran itu perlu. Apabila seseorang itu telah ditangkap (tangan ke belakang), adalah sangat tidak wajar apabila ada polis lain yang datang menyerang dengan menendang dan sebagainya. Malah, ada pula pihak polis sehingga 3,4 orang membelasah seorang mangsa yang sudah lembik terbaring. Lebih teruk lagi, memukul mereka yang tanpa senjata dengan kayu dan baton!
Mungkin bila berlembut, melawan pula ye?
Tidak perlu kita kutuk, keji dan hina kerana hidayah itu dari Allah.
Berikut adalah apa yang saya faham dan nampaknya apa yang menjadi pegangan saya. Saya bukan neutral kerana saya ada pegangan tetapi saya waras untuk mengakui kesalahan yang dilakukan dan tidak taksub membabi buta. Saya juga ingin tekankan yang perhimpunan Bersih bukanlah memihak kepada mana-mana parti, tetapi demi kepentingan rakyat. Ianya demi demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Tidak kira bangsa, agama dan parti. Kita kan 1Malaysia.
Semoga Allah berikan yang terbaik buat negara tercinta, Malaysia. Ameen~
Di sini saya sertakan pandangan saudara
Hilal Asyraf yang pada kiraan saya sangat bernas dan perkongsian pengalaman bagi mereka yang tidak menyertai,
SINI.
Sekian~
#andaikata Bersih 4.0 ada, saya cadangkan sedikit penambahan pada tuntutan ke-5 itu, menjadi "Akses media yang BERSIH, bebas dan adil" supaya tiada lagi gambar kotor, porno dan lucah yang menjadi pelaris akhbar!
#maaf andai ada yang terguris. masing-masing ada pendapat masing-masing. dan pendapat-pendapat ini haruslah dihormati.
.