Friday, December 23, 2011

Open minded eh?? Eh???? *Grrrr*

Assalamualaikum..  

Haish! Marah ni! Tak puas hati.. Terasa nak meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kat sini.

Dah baca sini ??  --> Tapis Filem Sendiri

First:
keterbukaan itu bermakna kerajaan tidak akan menyekat penayangan filem termasuk mengandungi unsur lucah atau adegan ranjang, tahyul, khurafat atau menghina agama Islam kecuali ia melampau batas.

Astaghfirullahal'azim.. Open minded la konon.. Andai negara kita ni penduduknya dijamin mempunyai kefahaman Islam yang tinggi (yang ultimately tinggi, to be exact), boleh tahan lagi nak tayang perkara tahyul ke khurafat ke.. Sebab orang boleh pikir sendiri. 

Tapi adegan lucah and menghina agama aku rasa langsung tak perlu! TAK PERLU!
*Tak terkata dah kemarahan ni.

Second:
“Kita tak cakap kita tak tapis, tapi penggiat filem diberi kelonggaran. LPF, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan penguatkuasaan kementerian akan menjadi penasihat dan pemerhati kepada industri

Hey, pehlisss lah?! By the way, memang korang dah lama jadi pemerhati pon kan??

Third:
KDN bersama agensi kerajaan lain dan pemilik panggung wayang akan menyiarkan notis amaran pada skrin di panggung wayang untuk memaklumkan kepada masyarakat atau penonton sekiranya terdapat unsur lucah atau adegan ranjang dan menghina atau menyentuh sensitiviti kaum dan agama

Pada skrin dalam panggung tu?? Elok-elok la siket pikiran tu. Orang dah bayar, dah duduk kunyah popcorn takkan nak bangun blah mcm tu je?? Tu pon kalau orang nak blah la..

Adoii.. tanah tumpah darah ku. Merdeka sungguh rupanya kita. Hanya kerana nak mengembangkan industri seni tanah air, sanggup menjadi begitu tak sensitive? Perlu ke ikut cara Barat? Mana pendirian kita sebagai negara Islam (kalau masih diterima sebagai OIC members lahhh)?? Or at least, mana prinsip ketimuran kita?

Tak fikir ke anak cucu masa depan nanti? Kalau kita teruk sekarang, mereka mungkin jadi lagi lagi lagi lagi teruk. Jangan buat-buat terkejutlah kalau masalah sosial tu melampau..

Benar, mak ayah boleh cakap 'jangan tegok cerita ni, tak elok,' Tapi boleh cakap jelah. Dah dalam TV pon tunjuk the rebellion of the children overstep the parents' power is possible. Fikiran kita bayak dipengaruhi media hiburan. Aku pun mengaku.

Kalau media hiburan tu Islamik pon, orang akan ikut jugak. Tapi kalau setahun tu 100 filem ditayangkan di panggung, 1 je cerita Islamiknya, don't expect negara dah cukup adil lah.

*sigh*

Tak tahu lah nak cakap apa lagi dah. Korang lah pulak mengutarakan pandangan~

#wajib ada tangan berkuasa yang merubah semua ni. Ubah segala sistem dalam negara ni. Tolonglah, selamatkan masa depan kita~  (seems like nak tuju kat mahasiswa kan? betol! hahaha)



5 comments:

MQ said...

maju selangkah kehadapan.. Makin berani nmpak,hehe.. by the way, congratz 2 you..;)

sukma atiqah said...

aah.. bace sekali lagi baru perasan, lantang sungguh.. haha

tq! ^^

MQ said...

mahasiswi bangkit menentang kebodohan..huhu

Miss H said...

bila jawatan diberikan kepada orang yang bukan ahlinya.. macam nilah jadinya.

sukma atiqah said...

betol, org yg tak tahu pon, ikot jelah kan~