Friday, December 23, 2011

Open minded eh?? Eh???? *Grrrr*

Assalamualaikum..  

Haish! Marah ni! Tak puas hati.. Terasa nak meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kat sini.

Dah baca sini ??  --> Tapis Filem Sendiri

First:
keterbukaan itu bermakna kerajaan tidak akan menyekat penayangan filem termasuk mengandungi unsur lucah atau adegan ranjang, tahyul, khurafat atau menghina agama Islam kecuali ia melampau batas.

Astaghfirullahal'azim.. Open minded la konon.. Andai negara kita ni penduduknya dijamin mempunyai kefahaman Islam yang tinggi (yang ultimately tinggi, to be exact), boleh tahan lagi nak tayang perkara tahyul ke khurafat ke.. Sebab orang boleh pikir sendiri. 

Tapi adegan lucah and menghina agama aku rasa langsung tak perlu! TAK PERLU!
*Tak terkata dah kemarahan ni.

Second:
“Kita tak cakap kita tak tapis, tapi penggiat filem diberi kelonggaran. LPF, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan penguatkuasaan kementerian akan menjadi penasihat dan pemerhati kepada industri

Hey, pehlisss lah?! By the way, memang korang dah lama jadi pemerhati pon kan??

Third:
KDN bersama agensi kerajaan lain dan pemilik panggung wayang akan menyiarkan notis amaran pada skrin di panggung wayang untuk memaklumkan kepada masyarakat atau penonton sekiranya terdapat unsur lucah atau adegan ranjang dan menghina atau menyentuh sensitiviti kaum dan agama

Pada skrin dalam panggung tu?? Elok-elok la siket pikiran tu. Orang dah bayar, dah duduk kunyah popcorn takkan nak bangun blah mcm tu je?? Tu pon kalau orang nak blah la..

Adoii.. tanah tumpah darah ku. Merdeka sungguh rupanya kita. Hanya kerana nak mengembangkan industri seni tanah air, sanggup menjadi begitu tak sensitive? Perlu ke ikut cara Barat? Mana pendirian kita sebagai negara Islam (kalau masih diterima sebagai OIC members lahhh)?? Or at least, mana prinsip ketimuran kita?

Tak fikir ke anak cucu masa depan nanti? Kalau kita teruk sekarang, mereka mungkin jadi lagi lagi lagi lagi teruk. Jangan buat-buat terkejutlah kalau masalah sosial tu melampau..

Benar, mak ayah boleh cakap 'jangan tegok cerita ni, tak elok,' Tapi boleh cakap jelah. Dah dalam TV pon tunjuk the rebellion of the children overstep the parents' power is possible. Fikiran kita bayak dipengaruhi media hiburan. Aku pun mengaku.

Kalau media hiburan tu Islamik pon, orang akan ikut jugak. Tapi kalau setahun tu 100 filem ditayangkan di panggung, 1 je cerita Islamiknya, don't expect negara dah cukup adil lah.

*sigh*

Tak tahu lah nak cakap apa lagi dah. Korang lah pulak mengutarakan pandangan~

#wajib ada tangan berkuasa yang merubah semua ni. Ubah segala sistem dalam negara ni. Tolonglah, selamatkan masa depan kita~  (seems like nak tuju kat mahasiswa kan? betol! hahaha)



Thursday, December 15, 2011

U rasa U masuk syurga tak?

Saje je tanya.. Kot2 la ade terfikir.. Owh, mestilah selalu fikir kan?

Jom cek!
  1. Orang yang bertaubat
  2. Orang yang suka berwudhuk
  3. Orang yang mengabdikan diri pada Allah
  4. Orang yang bersyukur
  5. Orang yang mencari ilmu Allah (semua ilmu Allah punya kan? So doesnt matter lah u r in engineering or medic or whatever.. it is not restricted specifically to ilmu agama semata-mata tapi niat tu kenalah lillahi ta'ala)
  6. Orang yang rukuk dan sujud (solat)
  7. Orang yang buat kebaikan dan mengajak orang lain untuk buat kebaikan
  8. Orang yang menjaga undang-undang Allah (Allah suruh, buat; Allah tak bagi, jangan buat)

Huh?? Se-simple tu nak masuk syurga?? So, jumpa dekat syurga nanti eh!

InsyaAllah.. Ameen~

*Aku tak sempat nak salin siapa yang meriwayatkan hadis ni. Maaf. Ni masa pegi Camp@taqwa last week. Kalau ada sesiapa yang tahu boleh lah share. Thanks! ^^

Monday, December 5, 2011

Selamat diijab-kabul!



"Dulu, siapa yang basuh baju, masak untuk hang?"
"Ibu saya"
"Sekarang?"
"Isteri saya"

"Kalau mak masak tak sedap, hang complaint marah-marah dak?"
"Tak"
"La ni pun macam tu jugak, hormat bini macam muliakan mak hang"

"Siapa yang akan bimbing dia tentang agama sekarang?"
"Saya"
"Nak bimbing dia berpandukan apa?"
"Al-Quran dan Sunnah"

"Dulu, kalau bini hang tak sembahyang, pak dia tanggung dosa dia. Sekarang siapa tanggung?"
"Saya"

Inilah pengalaman aku pertama kali mengikuti majlis akad nikah dari awal sampai habis sampai majlis resepsinya sekali.

Khutbah nikahnya agak panjang, tapi aku rasa banyak input. Soalan dan pesanan yang disampaikan oleh tok kadi tu memang macam nak buat kursus kahwin, tapi berbaloi kalau betul2 dengar.


Aku berada di pihak lelaki. Memang pihak lelaki begitu cuak sampai rasanya kalau toreh tangan dia, tak terasa darahnya mengalir. Betul2 pudar wajahnya. Huh, hilang seketika ke-macho-annya.

Tapi, siapa larat nak kontrol hensem lagi saat2 genting dalam hidup macam tu kan?

Masa dia (pengantin lelaki) dah bersalaman dengan ayah si perempuan, aku pulak yang kecut perut! Hahaha.. Saat akad selamat dilafaz, aku jugak yang rasa lega.. Over dari adik-beradik dia pulak kan..

Tamat majlis malam tu, kami pulang. Esoknya datang lagi untuk kenduri pulak.

Minggu depan kenduri belah lelaki kat Jengka sekali dengan akad nikah K.Hidayah, adik Pak Long Hadi. Tapi aku tak dapat pergi. Huhu~

To Mak Long Azura : Welcome to this big big happy family! You'll need to remember everyone of us! ^_^