Friday, June 22, 2012

Bersyukur itu perlu, tapi improve pun perlu



Contoh?

  • Result exam yang baik, tapi kena ingat, bila-bila boleh jatuh. Jadi sentiasa usaha untuk baiki dan jadi lebih baik.
  • Gaji yang mencukupi. Tapi alangkah bagusnya kalau ada lebih sedikit untuk disumbangkan dalam perjuangan  Islam. Maka, kena rajin bekerja lagi dan bahagikan gaji itu sebaiknya.
  • Hubungan kekeluargaan yang rapat. Ingat, musuh boleh menyerang pada bila-bila dan dari mana-mana sudut. Maka, binalah kepercayaan antara satu sama lain dengan sentiasa berkumpul, solat jemaah, makan bersama dan beraktiviti bersama.

Jangan rasa selesa dengan kedudukan kita sekarang. Ingat, Allah yang beri semua ini. Bersyukur tak bermakna stop semua usaha.

Jangan bila jatuh, baru nak ingat Allah. 

Sedihkan andai seseorang lupakan kita, tapi bila nak pinjam duit, baru ingat nak cari kita. Memang jangan haraplah free-free je dapat bantuan tu.

Sentiasalah cari peluang untuk kita upgrade iman dan amal~

Dunia dan akhirat perlu jalan seiring tapi akhirat menjadi priority utama.


#hidup ini kalau smooth je, check balik amal ibadat kita, sebab orang yang beriman akan sentiasa diuji untuk pastikan imannya sentiasa di-update


.

Thursday, June 21, 2012

Duit..duit~

Assalamualaikum..   =)

Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kita hidup hari ini untuk kita bertaubat dan berbakti kepada agamaNya.

Hari ini saya tergerak untuk berbicara soal duit atau kewangan yang seringkali dilihat sebagai faktor utama dalam sesuatu urusan. Betul tak?


Cari kerja, nak tengok dulu gaji tu berapa, nak makan pun usha-usha dulu berapa harganya, nak shopping apatah lagi.. Hampir semua yang kita lakukan memerlukan duit.

Pabila duit dilihat menjadi perkara paling utama dalam dunia ini, manusia lakukan pelbagai kerja dengan matlamat 'asal dapat duit'. Sehinggakan apa saja rela dilakukan asal dapat duit.

Apa saja sehingga sanggup menggadai kehormatan diri.

Apa saja sehingga darah daging sendiri sanggup dikhianati.

Apa saja sehingga haram atau halal, tidak pernah terlintas lagi.

Saudara saudari pembaca sekalian, benar, duit tu penting sangat. Malah sangat penting. Tapi sepenting mana pun duit, ia tetap tidak sepenting mempertahankan aqidah dan iman.

Duit itu rezeki dari Allah. Allah akan beri setiap hambaNya rezeki masing-masing. Bukankah telah jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW; rezeki itu antara yang telah ditetapkan oleh Allah sejak kita belum lahir lagi.

Tapi, rezeki pun tak datang bergolek. Memanglah Allah dah tetapkan tapi takde nye duduk rilek-rilek, tengok tv goyang kaki, sedebup emas permata turun dari langit. Berangan jelah kalau itu yang dibayangkan.

Usaha itu perlu!

Usaha ni lah yang ramai sekali orang salah tafsir. Kerja dengan 'along' pun dikatakan usaha juga ye tak? Kerja kilang arak pun usaha jugak kan?

Haa, usaha ni tengok lah pada guideline yang Allah gariskan. Selidik dulu, latar belakang sesebuah syarikat sebelum kita bekerja. Sekurang-kurangnya, kita tahu dari mana datangnya hasil keuntungan sesebuah perniagaan.

Ingat, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan arak itu haram. Sama ada waiter yang menghantar arak, driver lori arak apatah lagi pemilik kilang arak, semuanya haram.

Kenapa penting untuk kita perhatikan halal haram sumber rezeki kita? Kerana di situ ada keberkatan.

Contohnya, hasil perniagaan yang haram diberikan kepada anak-anak dan isteri. Hasil itu menjadi darah daging mereka yang mungkin membawa kesan di masa akan datang. Mungkin anak-anak menjadi liar, susah dididik dan walaupun duit tu banyak, terasa tak cukup-cukup atau tak pernah cukup! Mungkin juga hidup tak pernah tenang atau ibadah pun semakin berkurangan.

Jangan lupa, sumber rezeki juga menjadi penentu terhijab atau termakbulnya doa kita.

Jelas bukan, duit tu penting tapi iman mesti mendahului.

#Nak kahwin pun perlu duit, lagi pulak perlu yakin dengan halal-lity nya. Nak bina masjid yang diberkati, mestilah dengan hasil usaha yang diberkati juga. Jangan dari awal sampai sudah Allah tak redha, sia-sia jelah hidup kaya raya pun. Na'udzubillah~



.

Saturday, June 16, 2012

Nearing


best friends by Joyce Norwood


Earlier
Was in a total-blur
50:50 condition
What's this
What's that

Middle
Subhanallah Astaghfirullah
There's a lot more I have to know
There's a lot more I need to learn
There's a lot more I have to do
Before I go forever
And I don't even know
When will be the Time

End
Alhamdulillah
Starting to see it clearer
Keep trying to adapt it
Still in loading
But will never giving up
InsyaAllah

Dear friends, help me in the guidance of Him to Him~



#luka yang sakit namun membahagiakan


,