Friday, July 15, 2011

Fakta ke Auta | Sudu besi + Madu

Ok, lets straight to the point. hah, siap lupa bagi salam.

Assalamualaikum  =)

Ok, berkaitan dengan madu aku post hari tu ( HERE )

Ada sedikit kemusykilan dengan kenyataan yang aku berikan berkaitan menggunakan sudu besi or in English, metal spoon.

At first aku dengar, logik jugak. Then bila ade musykilah begini, ia membuatkan aku terus research. Bukan senang jugak, sebab sekarang ni semua orang respond berdasarkan kebiasaan. Kebiasaan. Bukan kebenaran atau fakta.

Nampaknya masyarakat seluruh dunia lebih kurang, bukan Melayu saja lah yang terikat dengan "petua orang dulu-dulu". There's must be reason why orang dulu-dulu cakap macam tu. *Certain jelah.

Kebiasaan perlu ditukar kalau tak betul. Tak semestinya yang biasa tu betul. Macam adat jugak lah.

Okay, terlebih sudah.. Berikut adalah link yang insyaAllah, dipercayai.


Wikipedia  ( scroll down to Preservation )



All right then, tak paksa pon, advisable jelah..  Harap berpuas hati, sebarang bantahan / perkongsian, sila komen...

So, selamat menikmati madu!  =D

* maaf atas kegagalan menyatakan sumber sebelum ini.

Thursday, July 14, 2011

'Aakif and no-name-yet sister

Assalamualaikum  =)

Untuk entry kali ini, special dedicated to Sir Azhan Hadi ( English teacher masa sekolah menengah ) and Kak Im's children from unty Sukma (wink! da jadi unty dah aku!).

ni mama n papa nye..

A little boy named 'Aakif Hadi and the new-born baby girl yang belum dinamakan lagi.

Ni  'Aakif masa newly born. ( 10/01/10 - nice kan birthday dia? )


Ni  'Aakif masa dah besar.. berapa ye umur dia sekarang? 1 tahun 10 bulan ++

Look at his smile! Ehem, jangan tackle unty ok! hikhik

Latest, sir and Kak Im dikurniakan pula seorang baby girl. Cukup sepasang. Congratulation!!

And this is she. 08/07/11 - ( baru seminggu! )

Dah pandai senyum nanti, mesti sweet  macam her mother!

Baby girl ni belum ada nama. Sir cakap nak nama yang start dengan A jugak Aku dangan Ainul Mardhiah mencadanglah dengan penuh keyakinan, Ainul Atiqah. Kan sedap tu! Siap double A lagi!

Kalau nak ada apostrophe jugak, boleh je, 'Ainul 'Atiqah..

Nanti bila dia dah besar boleh cerita kat dia, "Nama 'Ainul 'Atiqah ni sebenarnya ilham dari dua student papa yang comel.. " wink! ^^

lalalala~

Ok sir, semoga nama beliau membawa maksud yang bermakna, maksud yang baik dan menjadi doa bagi sesiapa yang memanggilnya. 

Ainul Atiqah means mata yang mulia.. Subhanallah, sedapnya nama tu!  ;)

Ok lah, chow dulu!

Oh oh, wait ! Tengok ni !


They are like twins! Where to focus on? Their eyebrows!

Hmm, terasa macam baru je lagi pergi wedding sir. Tapi dah almost 3 tahun jugak rupanya!

Ok children, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Patuh ibu bapa dan patuh agama. Ujian dunia semakin maha hebatnya, hanya dengan keimanan sajalah yang mampu membantu kalian.

Chow dulu! Wassalam . .

* sir, sila tunjukkan entry ni pada mereka berdua bila masing2 dah pandai membaca. So they know kewujudan unty Sukma !  

Wednesday, July 13, 2011

WW | Wandering looking for....

terkapai-kapai mencari idea...


.....................



Adoii.. nak buat WW pon ak xde idea! Teruk camni..

Kata orang, kalau takde idea untuk menulis adalah sebab kita kurang membaca. But right now aku sedang menghabiskan sebuah lagi novel Cathy Glass, antara author kegemaranku.

Buku dia first aku baca, The Saddest Girl in the World. Terus mengheret aku to next book entitled Cut. Sepatutnya the chrononology of the book is the other way round. Tapi, dah terbeli Saddest Girl dulu.. Proceed je lah.

Buku Cathy Glass ni menarik minat aku sebab it is all true stories of Cathy Glass's own experiences in fostering. Semua about children.. Helpless children with family problems which leads to psychological problems.

Oklah, dah tak wordless dah.. bye!

Friday, July 8, 2011

Jaga madu elok-elok !

Assalamualaikum  =)

Hari ni aku nak share cara-cara menjaga madu. Ehem! Madu honey ok, bukan madu orang. Madu orang buat apa nak jaga, da besar, bole jaga diri sendiri.

Subhanallah, menelan air liur ambe nengok!!

Aku suka makan / minum madu. Sangat sukaa. Lagi pun madu kan banyak khasiat.

Ok, cara-caranya adalah berikut ;

  • Jangan makan madu guna sudu besi. Sebab ada reaction between honey dengan besi, so nanti hilang la khasiat. Guna sudu plastik ke, sudu kayu ke sudu melamine ke..
  • Madu tak perlu disimpan dalam peti sejuk, apatah lagi dalam freezer. Simpan pada suhu bilik je.. Takut semut? Simple je, lepas guna, basuh botol tu elok-elok, and lap sampai kering.
  • Kalau nak campur madu dengan air kosong, tak perlu guna air panas.

Ok, itu jelah..

Sekian, wassalam  =)


sumber gambar ; Google Images

Wednesday, July 6, 2011

WW | WWF

Sila klik to enlarge



* I am a pencinta alam. Flora dan fauna. Aku pencinta haiwan. Even buaya pun aku cinta. 

Kecuali jenis-jenis haiwan yang aku dimakan.

Save the animal unutk anak cucu kita kenal. I am serious !

Tuesday, July 5, 2011

Sayangnyaaaa...~





Sayangnya kalamullah yang bertungkus lumus kita hafal pagi petang siang malam,
andai dilupakan begitu saja..



source | Google Images







Saturday, July 2, 2011

Beduk Diketuk : Mengocak Fikiran

Assalamualaikum..  =)

Hari ni terasa nak buat book review.

Alhamdulillah, hari ni aku baru habis baca 'Beduk Diketuk' karya Pahrol Mohd Juoi terbitan Telaga Biru. Hah, lengkap information aku bagi!


Memang tulisan beliau sentiasa matching dengan jiwa aku. First book dia yang aku beli, 'Tentang Cinta' masa aku form 3 or form 4.. Dekat 4,5 tahun sudah buku tersebut!

Tulisan dia sangat mempengaruhi aku. Sampai sekarang pun, aku masih ulang-ulang baca Tentang Cinta.  Sebagai penguat kata orang. Bila kadang-kadang terhanyut, buku tu jugak yang aku capai.-

Dah nak lunyai dah buku tu. Siap ada beberapa part yang aku highlight lagi! Hoho.. kalah buku text Chemistry aku. Kuikuikui..

Ok. Berbalik pada Beduk Diketuk. Konsep buku ni, sangat aku cari sebelum ni. Kisah benar yang diambil berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa teman dan colleague. Dihuraikan pula secara Islamic.

Kalau perasan lah, banyak jugak rasanya entry dalam Luz de Estrella ni berkonsepkan begitu. Ambil ibrah dari perbualan harian.

Aku sangat berpuas hati dengan buku ni. Tak tahu nak bagi banyak mana thumbs up tapi memang banyak lah. Cuma Tentang Cinta lagi banyak kot! Hehe..

Isu dalam buku ni kontemporari pada aku. Most of them aku setuju. MOST of them. Maknanya, ada lah beberapa part yang kurang setuju. Biasalah, lain orang lain cara kan?

Aku suka bila baca and ada isu-isu yang selama ni aku terfikir, dan kaji tapi tak ada yang menjawab soalan aku.

Antara isu yang aku selalu fikir dan renungkan ;
  • hasanah dunia dan hasanah akhirat yang dipisahkan
  • kopiah vs songkok (well, you-know-what)
  • orang baik mati cepat
  • masalah sosial remaja
  • ajaran Islam yang diambil separuh-separuh
  • filem yang mengajar kejahatan, bukan kebaikan
  • budaya / adat yang lari dari nilai Islam

Contoh kes kopiah vs songkok. Selalu jadi isu. Personally, I don't think it should be an issue. Berdasarkan pengalaman, penulis terangkan dengan sangat baik!

Another major case in this book yang diketengahkan adalah, hasanah dunia dan hasanah akhirat yang dipisahkan. Masya-Allah, sangat ramai lagi orang di luar sana tak nampak relationship between dua 'beradik' ni.

Sangat suka illustration ni!

Orang yang mudah melenting / melatah rasanya tak sesuai baca buku ini. Dalam buku ni, semuanya realiti sekarang. Bukan teori. Open your eyes, heart and mind lau nak baca jugak.

Tentang Islamophobia contohnya. Kita hanya tuding jari pada orang Barat. Tapi realiti sekarang, puncanya dari orang Islam sendiri. Muslim yang Islamophobia!

*teringat lagu Maher Zain, Awaken ( yes, its easy to blame everything on the West, when in fact all focus should be on ourselves )

Oh ye, tentang jodoh pun ada! Well, remaja ~~

Cara penyampaian, all in all aku puas hati 90% . 

So, buku beliau seterusnya adalah, 'Di mana DIA di Hatiku?' ( baru nak beli ). Padahal buku ni yang keluar dulu before Beduk Diketuk. Biasa lah, kena dengar orang komen dulu.

Tapi Beduk Diketuk ni memang beli sebab hati tertarik. Judge book by its cover kah aku??

p/s sila baca Beduk Diketuk dengan mata hati. Gambar dia pun cantik! Nik Wafdi lukis, you know him right?? Kalau tak tahu sila Google.

p/ss And and, baca setiap topik sampai habis. Orang kita ni kadang-kadang baca separuh terus conclude. Lepas tu melenting, attack orang.  Ops, tlg jgn hack blog yang takde pape ni..