Showing posts with label suke suki je~. Show all posts
Showing posts with label suke suki je~. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Second Phase

Assalamualakium ..  =)

Salam fasa ke-2 Ramadhan.

Sabda Rasulullah sollallohu'alaihi wasallam,
"Jibril mendatangiku seraya berkata, "Sesiapa yang memasuki Ramadhan, tetapi tidak mendapat keampunan, kemudian mati maka dia masuk ke Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmatNya)" Jibril berkata lagi, "Ucapkanlah amin" Maka kuucapkan amin.

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk merasai nikmat beribadah dalam syahrul 'ibadah ini. Rasa tak lainnya kita bile Ramadhan dan di luar Ramadhan. Pada bulan ini, kita akan merasa lebih rajin dan mudah untuk beribadah. Walaupun sekadar berselawat atau berzikir membasahkan bibir.

Nothing much to say.. cuma... saya dah update! hehe  ^^

Friday, June 22, 2012

Bersyukur itu perlu, tapi improve pun perlu



Contoh?

  • Result exam yang baik, tapi kena ingat, bila-bila boleh jatuh. Jadi sentiasa usaha untuk baiki dan jadi lebih baik.
  • Gaji yang mencukupi. Tapi alangkah bagusnya kalau ada lebih sedikit untuk disumbangkan dalam perjuangan  Islam. Maka, kena rajin bekerja lagi dan bahagikan gaji itu sebaiknya.
  • Hubungan kekeluargaan yang rapat. Ingat, musuh boleh menyerang pada bila-bila dan dari mana-mana sudut. Maka, binalah kepercayaan antara satu sama lain dengan sentiasa berkumpul, solat jemaah, makan bersama dan beraktiviti bersama.

Jangan rasa selesa dengan kedudukan kita sekarang. Ingat, Allah yang beri semua ini. Bersyukur tak bermakna stop semua usaha.

Jangan bila jatuh, baru nak ingat Allah. 

Sedihkan andai seseorang lupakan kita, tapi bila nak pinjam duit, baru ingat nak cari kita. Memang jangan haraplah free-free je dapat bantuan tu.

Sentiasalah cari peluang untuk kita upgrade iman dan amal~

Dunia dan akhirat perlu jalan seiring tapi akhirat menjadi priority utama.


#hidup ini kalau smooth je, check balik amal ibadat kita, sebab orang yang beriman akan sentiasa diuji untuk pastikan imannya sentiasa di-update


.

Thursday, June 21, 2012

Duit..duit~

Assalamualaikum..   =)

Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kita hidup hari ini untuk kita bertaubat dan berbakti kepada agamaNya.

Hari ini saya tergerak untuk berbicara soal duit atau kewangan yang seringkali dilihat sebagai faktor utama dalam sesuatu urusan. Betul tak?


Cari kerja, nak tengok dulu gaji tu berapa, nak makan pun usha-usha dulu berapa harganya, nak shopping apatah lagi.. Hampir semua yang kita lakukan memerlukan duit.

Pabila duit dilihat menjadi perkara paling utama dalam dunia ini, manusia lakukan pelbagai kerja dengan matlamat 'asal dapat duit'. Sehinggakan apa saja rela dilakukan asal dapat duit.

Apa saja sehingga sanggup menggadai kehormatan diri.

Apa saja sehingga darah daging sendiri sanggup dikhianati.

Apa saja sehingga haram atau halal, tidak pernah terlintas lagi.

Saudara saudari pembaca sekalian, benar, duit tu penting sangat. Malah sangat penting. Tapi sepenting mana pun duit, ia tetap tidak sepenting mempertahankan aqidah dan iman.

Duit itu rezeki dari Allah. Allah akan beri setiap hambaNya rezeki masing-masing. Bukankah telah jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW; rezeki itu antara yang telah ditetapkan oleh Allah sejak kita belum lahir lagi.

Tapi, rezeki pun tak datang bergolek. Memanglah Allah dah tetapkan tapi takde nye duduk rilek-rilek, tengok tv goyang kaki, sedebup emas permata turun dari langit. Berangan jelah kalau itu yang dibayangkan.

Usaha itu perlu!

Usaha ni lah yang ramai sekali orang salah tafsir. Kerja dengan 'along' pun dikatakan usaha juga ye tak? Kerja kilang arak pun usaha jugak kan?

Haa, usaha ni tengok lah pada guideline yang Allah gariskan. Selidik dulu, latar belakang sesebuah syarikat sebelum kita bekerja. Sekurang-kurangnya, kita tahu dari mana datangnya hasil keuntungan sesebuah perniagaan.

Ingat, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan arak itu haram. Sama ada waiter yang menghantar arak, driver lori arak apatah lagi pemilik kilang arak, semuanya haram.

Kenapa penting untuk kita perhatikan halal haram sumber rezeki kita? Kerana di situ ada keberkatan.

Contohnya, hasil perniagaan yang haram diberikan kepada anak-anak dan isteri. Hasil itu menjadi darah daging mereka yang mungkin membawa kesan di masa akan datang. Mungkin anak-anak menjadi liar, susah dididik dan walaupun duit tu banyak, terasa tak cukup-cukup atau tak pernah cukup! Mungkin juga hidup tak pernah tenang atau ibadah pun semakin berkurangan.

Jangan lupa, sumber rezeki juga menjadi penentu terhijab atau termakbulnya doa kita.

Jelas bukan, duit tu penting tapi iman mesti mendahului.

#Nak kahwin pun perlu duit, lagi pulak perlu yakin dengan halal-lity nya. Nak bina masjid yang diberkati, mestilah dengan hasil usaha yang diberkati juga. Jangan dari awal sampai sudah Allah tak redha, sia-sia jelah hidup kaya raya pun. Na'udzubillah~



.

Sunday, May 20, 2012

Exam mode: ON!



Alhamdulillah, I made this schedule dengah SATU harapan..

Semoga aku dapat mengikutinya dengan baik..

Semoga kita sama-sama dapat ikut dengan baik.. InsyaAllah~

Oh ye btw, tertinggal pulak nak tulis solat DHUHA dlm pukul 8.30 camtu.. Sape2 yang nak ikut tu, tambah sendiri ye..  ^_^

Selamat jawab exam kawan-kawan.. dan diriku sendiri


.

Sunday, March 11, 2012

My 21st

Assalamualaikum..  =)

Alhamdulillah, I am officially 21 years old. Lama kan Allah bagi hidup, bagi peluang untuk bertaubat.. huhu

Terima kasih kepada kepada room mates dan jiran bilik yg bersekongkol mengadakan surprise untuk aku malam tu.. Sangat terkejut. Dah nak menangis dah masa tu, tapi cover lah. Mana boleh birthday girl menangis depan lilin cake! hehe..


Terima kasih jugak pada beberapa orang kawan sekolah aku yang berada bersama di UIA ni, luangkan masa makan dengan aku seharian on my birthday.

Terima kasih again pada semua yang ingat birthday aku, yan wish thru fb, text message and of course phone calls. Semua aku terima dengan senang hati. Oh ye, ada yang nak tahu siapa first one wished? Jeng jeng jeng... Azreen Farihah. Sekali lagi dia merebut tempat pertama.. Couple of years, dia jugak.. hehe..

Aku nak terima kasih banyak-banyak dekat semua orang especially my family yang dah 21 tahun layan kerenah aku, demand aku, cerewet aku, degil aku sedangkan baik aku pada mereka rasanya siket sangat.

Di kala semua orang wish aku cepat bertemu jodoh, cepat kahwin, my mom still look at me as her little girl. Sebenarnya, kita memang little girl di mata parents kita kan?

Dan terakhir sekali, terima kasih ya Allah, kerana masih bagi udara untuk aku bernafas, ruang untuk aku hidup dan peluang untuk melakukan kebaikan. Alhamdulillah, semoga engkau sedar akn kedudukanmu di dunia yang sementara.
Semoga dengan berganjaknya umur ini, engkau mampu menjadi lebih kuat untuk mencapai cita-cita menjadi bidadari syurga.

Well, I have only two most wanted birthday wishes.

First, I want a bulatan gembira. Bukan tak pernah ada, tapi mungkin kurang serasi menyebabkan aku tetap rasa agak cemburu dengan ikatan mereka yang akrab dalam bulatan gembira yang lain.

Bulatan yang boleh menerima aku seadanya. Yang tidak merendahkan kekurangan aku serta tidak menyanjung kelebihan aku.  Yang pabila lama tak bertemu, rindu bertandang, pabila kerap bertemu semakin akrab.

Kerana aku percaya bulatan gembira adalah sangat penting dalam kehidupan muslim.

Second, urm.. Err, its kind of confidential. Just pray for me for the best. I'm struggling now.

Sekian, wassalam..

Friday, October 14, 2011

Go away 'tekanan'!

Assalamualaikum..  =)

How do you release your tension??

How do you let off your stress??

Cara aku? Hehe..

Running away from books to other books.

From these books...


to these books.  =)


Atau keluar jenjalan dengan kengkawan sekolah (plus shopping)


Masing-masing ada cara masing-masing. Antara cara aku yang lain adalah pergi ke tempat yang boleh menenangkan perasaan sendiri. Contoh tempat? Its up to me. 

Ok lah, salam Jumaat. Sila perbanyakkan selawat di penghulu hari.. Banyak manfaatnya kelak.

=)

*the feeling is different when you out with your uni friends and school friends, but both are special in their own way~

Sunday, September 25, 2011

Nak update, tapi takde idea. So...

Assalamualaikum..  =)

Secara jujurnya, aku takde idea nak update apa. Sumber inspirasi pun tataw nak cari kat mana. So, I decided to story apa aku buat hujung minggu pertama ('pertama' sbg weekend-er yg tak balik rumah) aku di UIA.

Ok, lets start from Friday. Aku memang dah free hari Jumaat. Takde kelas. Hari Khamis lagi dah tak sabar nak tunggu Jumaat sebab nak rehat. Dalam erti kata lain, nak tido extra siket.

Tapi tak jadi pun extra sangat, tak tahulah kenapa. Lepas baca Kahfi after Subuh tu, melelapkan diri sampai dalam pukul 8 lebih. Pastu tak leh tidur dah. Hebat kan? haha~ Maybe jugak sebab matahari yang menyinar menembusi tingkap terus menyapa wajahku yang lena..

Then, hari tu aku siapkn homework drawing. Aku rasa macam hebat je buat drawing. Terasa confuse kejap aku ni budak engin ke budak AED (architecture). Terkenang pulak cita2 aku dulu. Pernah tak aku mention cita2 aku dulu? Tak ea? Masa aku darjah 6, aku bercita-cita untuk jadi seorang arkitek. Sehinggalah aku tingkatan 4, aku masih mengidaminya. Tapi sebaik naik form 5, aku macam tak tahu nak jadi apa.


Takdir membawa aku ke dalam engineering ni. Takpe, aku masih boleh melukis untuk suka-suka kan..

Masa buat drawing ni, aku agak lembap siket. Selama ni melukis guna 'bare-hand' je, sekali ngadap homework ni dengan pembaris macam-macam bentuk kan.. Tapi seronok!

The whole day, aku ngadap drawing je. Nak siap drawing jugak! Alhamdulillah, selesai.

Budak aed mesti cakap kerja kitorang senang je, tapi feel tu mmg best lah!

Malam tu pulak, aku jadi rajin. Mood nak basuh baju. Haha.. Padahal ada 4 helai je baju dalam baldi. Lepas basuh tu, aku cari info tentang Penyata Razak for Tuesday presentation (sambil melencong ber-fb dan lepak blog orang..)

*Boleh pulak dalam kelas 20 orang yang hanya ada 5 orang sisters ni, aku je terkena tuah terpilih utk present. Ni gara-gara budak-budak bernombor 4 and 8 ah.. 

Sabtu pagi pulak, aku ada briefing biotechnology enginering. Briefing ni, memang buat aku nampak apa yang aku akan belajar, how to control my study and yang paling penting, future aku lepas study. Dalam offer letter tulis : Bachelor of Engineering (Biochemical-biotechnology). Aku confuse gak, sebab aku tamaw biochemical tu. Then, masa tu lah diterangkan.

Aku student bachelor of biochemical engineering specialize in biotechnology.

Sejurus habis briefing ni, dalam pukul 12 camtu, aku pergi Kajang dengan 6,7 orang member. Pergi open house rumah Syazwan. Sayang, takde gambar. Sampai sana, tengok2 budak dari PJ pun ada, meriah la jugak. Ni sume geng2 Baktisiswa.

 source | jurnalis-shahalam.blogspot.com
*Setelah trauma naik KTM, setahun lebih aku tak naik, akhirnya aku catat rekod semalam! Haha.. Berperang jangan cakaplah, memang harap takde rifle and pedang je nak masuk tren tu. Memang tren 1Malaysia, 1Benua.

Kitorang lepak sampai petang kat sana, lepas asar baru balik. Tu pun yang geng2 brothers tak balik lagi. Tak tahulah dorang balik pukul brape.

Malam tu, aku dah lembik. Pukul 10 lebih dah tido. Letak je kepala atas bantal, terus lelap sampai subuh.

Ahad, lepas Subuh, aku and Wani keluar dalam pukul 7 camtu nak exercise pagi.. Nak jalan je sebenarnya. Tapi, ada lah jogging jugak. Dari Asiah, kami melintas Ruqayyah dan merentas Halimatussadiah dan Maryam menuju ke Female Sports Complex. Tempat yang paling aku nak explore dalam UIA ni.

dance jom! ;)

Semua ada kat sana. Tennis, badminton, netball, volleyball, basketball, jogging track and exercise tools. Lepas main-main dekat luar tu kami jogging masuk ke indoor court pulak. Ada sorang akak tengah main squash. Aku macam minat pulak.

Tapi aku kaciwa sangat2 sebab swimming pool tutup. Maybe sebab lifeguard takde kan. So, tak dapat lah masuk. Kena datang weekdays lah. Da lama tak swimming, last sekali masa gi Pulau Perhentian.

T_T

Hala balik pulak, kami ikut track tepi 'tasik'.. Tak sure la tu tasik ke sungai ke or longkang besar yang macam sungai. Tapi kami naik ke atas yang ala-ala tasik tu memang best. Luas pemandangan and tenang (neglect the colour of the water)

**Ni yang aku nak share. Kat sini kan, selalu nampak foreigners je yang keluar jogging. Maybe sebab tu lah, dorang ni fit. Jarang nampak locals jogging. Yelah, locals jogging atas motor kot..

Sepanjang kitorang jalan ni pun, jumpa locals je jogging. So, sebab rasa tercabar menjadi warganegara Malaysia, kami pun menyahut cabaran untuk jadi ala-ala foreigners gitu.. Hehe

Then, breakfast kat Asiah and now, typing this entry.

Plan aku hari ni nak study Statics. InsyaAllah. Sebab esok ada quiz. Jenis aku ni, takleh ngadap buku sangat. Aku kena cool. Even aku tengok roomate yang sorang tu, dia sangat study taw, aku yang tension. Haha.. (tp siyez aku respect her!)

Memang ni perangai aku. *Eh, hujan r kat luar!

Ok lah, pasni nak study.

***mak kpd mak angkat aku yang dekat Perak tu baru meninggal semalam. al-fatihah buat arwah..


Saturday, September 17, 2011

Perihal Chopstick

Assalamualaikum..   =)

Pagi tadi, adik aku begitu bersungguh nak belajar makan guna chopstick. Lucu pulak tengok.. Maybe jelezz kot tengok aku, adik perempuan aku dan mak aku makan guna chopstick.

Generally, orang makan mee guna chopstick, tak pon makan sushi kan. So, ini lah cara nya mak aku nak ajar dia guna chopstick.

Tengok betul-betul dalam mangkuk ada apa. Hehe..



He's lucky enough my mom teaches him. When I was young about his age, aku pun teringin guna chopstick. But that time, my mom was quite busy with her business, so I decided to learn it by myself. Terkial-kial lah aku guna chopstick mak. Kuikuikui..

Then bila dah reti, aku beli chopstick sendiri. Chopstick tu siap ada bekas bersarung lagi. Warna pink gituuu! Sayang nye aku pada chopstick ni, asal nak guna aku basuh sendiri, then lepas guna aku basuh and aku keringkan guna tisu. Pastu letak semula dalam bekas dia bersemadi. Kadang-kadang, bekas tu pun aku bilas sekali.

Sekarang, takde dah bende alah ni. Ke mana dah agaknya dia merantau. Hilang masa pindah rumah. Tapi, takde lah guna chopstick pinky-pinky dah sekarang. Jatuh la standard. Haha.. Chopstick yang ada sekarang, dah naik taraf. Guna besi. Tahan lama siket, takde lah berkulat.

chopstick_at_home_by_mohamadfazli - deviantart

Sedikit info pasal chopstick. Ada beberapa jenis chopstick yang biasa orang gunakan. Kalau kat rumah aku ni, guna jenis Korean chopstick and Japanese ones.

Korang jugak mungkin boleh meluangkan masa baca more infos dekat Mr. Wiki. Sebagai pengetahuan tambahan.

Ok lah, wassalam!  =)

Friday, September 16, 2011

Kembalinya aku..

Assalamualaikum..  =)

Lama dah kan blog ni tak dijenguk tuannya sendiri... Maaflah.

Aku baru register di IIUM Gombak untuk  my undergraduate program. Alhamdulillah so far ok je semua. Kelas pun dah ada yang start. Sesat cari kelas? Of course! Haha..

taken from fb- Al Haqir (blog)

Nothing much nak cerita pun. Taaruf Week? Not interested to share. Sorry. Tapi tapi, lagu IIUM-Leading The Way serius best! Walaupun lagu CFS lagi enjoy, tapi lagu ni sangat2 menaikkan semangat. Part chorus dia macam sangat sesuai utk graduation ceremony.

Oh ye, kat bilik aku kan tak dapat connect internet pon. Agak mengecewakan di sini. So, mungkin aku akan jarang update lepas ni. Sedihnya. Sebab kadang-kadang tu idea mencurah-curah tapi sebab susah nak online, aku jadi..pendam jelah kan. InsyaAllah bila cuti aku post.

Sekarang ni masih adapt-in-process. Suasana tu takde lah jauh sangat beza, masih mudah diterima. Cuma ada rasa gerun siket dengan apa yang aku akan terima dalam pelajaran. Yelah, awal-awal masuk lagi dah ada senior cakap, "The TOUGHEST kuliyyah in IIUM Gombak, engineering"

So, gentar tak gentar jugak lah.. Tapi, insyaAllah, aku akan cuba.

Ok lah, next entry in row!

Bye! Wassalam~

*Selamat menyambung belajar kepada kawan-kawan seangkatan setelah 6bulan bercuti!  =)

Sunday, July 24, 2011

Korang dah cukup berjalan ???

Assalamualaikum  =)

Hari tu aku baca satu artikel dari iluvislam.com yg di-like oleh seorang rakan melalui facebook.. Di sini.

Aku tertarik nak cakap pasal point pertama tu. Tentang berjalan.

Aku seorang pejalan tegar taw! Pelik pulak bunyinya.. Aku suka berjalan. Sebab tu bila dicadangkan dalam artikel tu untuk window shopping, aku sangat-sangat setuju. Hehe..

Oh ye, tahu tak kenapa ianya digelar window shopping?

Kerana.....

Window shopping ni bukanlah sebenarnya kita membeli-belah, tetapi hanya melihat-lihat. Secara bahasa, kita melihat melalui tingkap kan? That's why window. Tak boleh letak door sebab, door adalah tempat kita masuk, kalau masuk tu bunyinya macam confirm nak membeli.

[source]

OK, pasal window and door tu aku reka je. Tapi macam make sense kan??  ^_^

 Window shopping adalah antara hobi aku, kalau nak tahu lah. Ia tidak membazirkan duit malah baik untuk kesihatan. Kalau korang rasa korang kurang bersenam, banyakkanlah window shopping.. I mean, berjalan.

All right, takde apa nak update sebenarnya. Daa~



* beberapa kawan aku dah give up berjalan dgn aku, dorang cakap letih. Haha.. adik aku pun letih berjalan dgn aku, dia pulak kata aku pandai menyelit, sekelip mata je dah hilang.. Hahaha.. I love to walk!


.

Saturday, July 2, 2011

Beduk Diketuk : Mengocak Fikiran

Assalamualaikum..  =)

Hari ni terasa nak buat book review.

Alhamdulillah, hari ni aku baru habis baca 'Beduk Diketuk' karya Pahrol Mohd Juoi terbitan Telaga Biru. Hah, lengkap information aku bagi!


Memang tulisan beliau sentiasa matching dengan jiwa aku. First book dia yang aku beli, 'Tentang Cinta' masa aku form 3 or form 4.. Dekat 4,5 tahun sudah buku tersebut!

Tulisan dia sangat mempengaruhi aku. Sampai sekarang pun, aku masih ulang-ulang baca Tentang Cinta.  Sebagai penguat kata orang. Bila kadang-kadang terhanyut, buku tu jugak yang aku capai.-

Dah nak lunyai dah buku tu. Siap ada beberapa part yang aku highlight lagi! Hoho.. kalah buku text Chemistry aku. Kuikuikui..

Ok. Berbalik pada Beduk Diketuk. Konsep buku ni, sangat aku cari sebelum ni. Kisah benar yang diambil berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa teman dan colleague. Dihuraikan pula secara Islamic.

Kalau perasan lah, banyak jugak rasanya entry dalam Luz de Estrella ni berkonsepkan begitu. Ambil ibrah dari perbualan harian.

Aku sangat berpuas hati dengan buku ni. Tak tahu nak bagi banyak mana thumbs up tapi memang banyak lah. Cuma Tentang Cinta lagi banyak kot! Hehe..

Isu dalam buku ni kontemporari pada aku. Most of them aku setuju. MOST of them. Maknanya, ada lah beberapa part yang kurang setuju. Biasalah, lain orang lain cara kan?

Aku suka bila baca and ada isu-isu yang selama ni aku terfikir, dan kaji tapi tak ada yang menjawab soalan aku.

Antara isu yang aku selalu fikir dan renungkan ;
  • hasanah dunia dan hasanah akhirat yang dipisahkan
  • kopiah vs songkok (well, you-know-what)
  • orang baik mati cepat
  • masalah sosial remaja
  • ajaran Islam yang diambil separuh-separuh
  • filem yang mengajar kejahatan, bukan kebaikan
  • budaya / adat yang lari dari nilai Islam

Contoh kes kopiah vs songkok. Selalu jadi isu. Personally, I don't think it should be an issue. Berdasarkan pengalaman, penulis terangkan dengan sangat baik!

Another major case in this book yang diketengahkan adalah, hasanah dunia dan hasanah akhirat yang dipisahkan. Masya-Allah, sangat ramai lagi orang di luar sana tak nampak relationship between dua 'beradik' ni.

Sangat suka illustration ni!

Orang yang mudah melenting / melatah rasanya tak sesuai baca buku ini. Dalam buku ni, semuanya realiti sekarang. Bukan teori. Open your eyes, heart and mind lau nak baca jugak.

Tentang Islamophobia contohnya. Kita hanya tuding jari pada orang Barat. Tapi realiti sekarang, puncanya dari orang Islam sendiri. Muslim yang Islamophobia!

*teringat lagu Maher Zain, Awaken ( yes, its easy to blame everything on the West, when in fact all focus should be on ourselves )

Oh ye, tentang jodoh pun ada! Well, remaja ~~

Cara penyampaian, all in all aku puas hati 90% . 

So, buku beliau seterusnya adalah, 'Di mana DIA di Hatiku?' ( baru nak beli ). Padahal buku ni yang keluar dulu before Beduk Diketuk. Biasa lah, kena dengar orang komen dulu.

Tapi Beduk Diketuk ni memang beli sebab hati tertarik. Judge book by its cover kah aku??

p/s sila baca Beduk Diketuk dengan mata hati. Gambar dia pun cantik! Nik Wafdi lukis, you know him right?? Kalau tak tahu sila Google.

p/ss And and, baca setiap topik sampai habis. Orang kita ni kadang-kadang baca separuh terus conclude. Lepas tu melenting, attack orang.  Ops, tlg jgn hack blog yang takde pape ni..

Saturday, June 18, 2011

Erk.. Terkena plak aku..

Qim  : Kakak cuba teka apa jadi bila Qim letak guli dalam air panas lepas tu letak guli tu dalam air sejuk ?
*sambil pegang gelas yang diisi air panas.

Aku  :  Guli tu tukar warna...

Qim  : Salah ! Air sejuk tu jadi panas siket !
*sambil berlalu selamba

Aku  : Erk ..

[Qim = darjah 2]
[Aku = 20 years... (that old???)]

##########

Assalamualaikum  =)

Perbualan kat atas tu betul2 buat aku rasa.. 'da lama sangat ke aku tak masuk kelas??' Hahaha.. Its very logic. We all learned it in school in heat transfer. Heat flows from hot to cold region.

Aku ingatkan guli ajaib ke apa. Yelah nowadays kan ada toys yang boleh bertukar warna bila letak dalam freezer. Macam batang ais krim Mat Kool zaman kita kanak-kanak duluuu..

Lepas ni jawapan aku akan lebih berilmiah lagi! Hehe..

* pernah tengok cerita Phineas and Ferb? Best taw, merepek! hikhik

Wednesday, June 8, 2011

ceritera WEBCY,, FIGHTING!!! ... dorg ni sume comey2....

* sila bace dengan slang Kelantan sbb penulis asal ore Qlate. ^^  FYI, ramai budak WEBcy, kelatanese.

cheers skali.......
WEBCY!!!!!!!??????
FIGHTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
haha...
kngan nga Webcy mmg ssh nk lupe... ish,,,xleh lupo ni....

trigat kerenah bdk2 yag comel lam webcy ( ok ke statement ni??)...kire ok la....

gelagat dorg ni,,,still fresh lg dlm ingatn,, sbb 2 trase nk wat note psal kwn2 WEBCY...

sblm crite pnjg,,mitak maap la kt sume dak webcy lau note ni mggangu ktenteraman korg,,juz nk share somthing..agar xlput dlm ingatan... wlau byk bnda yg kite rancang ,kurang mnjdi,,tp bg ore (saya, lbh slesa mbhsakn dri as ore) TA"ARUF yg kite gomo same2 ni, adalah yg TEEEEEEEEEEEERRRRBAIKKK!!!!
sbb pe?? sbb dpt kwn2 biro WELCOMING N BAI'AH can korang...

*note ni nk share kngan yg ore dpt mase keje bsama korg sume...kerenah2 u all yg sukar dlupakan,,,,Subhanallah...

smoga ukhuwah kkl slamanya...

nk cite sorg2 gak...mula2 kite stat dgn,,,,,,

KAK SUKMA: mule2 meeting WBC,,tgk kak sukma,,, hmmmmm,, cccoooomeelnyo kak ni,, p bile ye kecek,, fuh!!! buyi tegas,,, bekeng gop sposen duo,,, tkut nk bsuara... shhhh,, diam2 la...hahaha... p bile lame2... kak sukma baeeeeekkk woooo,,,, tnang je die bile wat keje... ni suke ni.... suke2... lg2 mase part kak sukma wat cheers nga aidil sal...
Hari ini..... (ktrg rmai2 jwb ape die????????) sy nak..... (nk ape????) bla..bla,,,bla,,, comey die,,, muke blushing je.. hhehehe.. sporting r kak sukma ni... btol dop?????,, p suke keje nga kak sukma... kak sukma terbaik!!!!!!!

AIDIL: hmmmmm,, nk komen gapo la sl aidil ni???? hmmmm,, mule2 tgk aidil,, igat die senior woo.. p tau2 same umo... ok le... lame2 knl aidil.. die pom tratur gop orgnyer,, tenang gop lau saat2 kritikal.. lg2 mse mlm WBC @,, kalut die jwb walkie talkie...walkie talkie ore syap je... huhuhu... p srius,, aidil ni tnag je mase mlm 2.. ciap tenagkan ana la... terbaik la aidil...
yg xleh lupo jgk,,, die suh ore mop lantai kt dlm studio... cisss.... haha (grau2 je aidil),, saloh ore gop.. sape suh men bubble...

next,, nk cite sal kwan2 plok......kite stat dgn.....

of course,,sister,,,,,laadies 1st ea....


KAK AIN: kak ain byak idea...yg suke nyer,stiap idea kitorg,kak ain akn tgur,,bkan pe tkut2 terpesong dr lndasan agama,,chewah!!!! p nasihat kak ain mmbina kowt... tabik kak ain,,,, p nk mx ampun byak2 nga kak in,,,ore byak wat saloh,,,kjadian 2 wat ore sdr,,,trima ksih kak ain,,,shhhhh,,ni rhsia kite,,,haha..kak ain TErbaikkk!!!

ANNA: my soulmate,,haha,,bleh ke oyap gni??? bleh la...mane2 pg,,kna nga ana,,,xtau la..slesa nga ana...
part pling xleh lupe,,saat minum air bndung A cafe bga ana,,,FUYYOOOO,,mybe kite je ana yg rase nikmat2...haha..t jmpe kite lepak mnum lg k...haha..trima ksh kat ana,,yg sbar dgn krenah ore...ana manager stage terbaikkkkkk!!!

MIRA RAIS: name sbijik same woo.... suke dgr mira ckap..tnag je...haha...partner Bai'ah terbaik......mmg xleh lupe r,,saat2 hdle bai'ah...maf gak nga mira ea...huhu,,,igat gak 1 kjadian slsh fham 2...p mira ok je...mira TERBAIKKKKKKKKKKK!!!haha..

DAYANG: saat pling suke nga dyag...mase mlm kite g studio sesame...ayyok..sape doh hop jd maskot 2??? pnat gelak...haha,,,men bble lg....dayang muke ayu je...ckp pon ayu....haha..comel...ayu2 pon keje jlan wooo...syg dyag!!!! terbaikkk!!!!

AKMA: strive!!!!!!!!!!! camne akma pronouce????haha,,mmg xleh lupo r...dgn smgay die,,strive!!!!hhaha,,grau2,,, p akma kreatif tau,,,nakal jgk bdk ni nie,,,ap akma wat ea nga maskot 2???? haha...p mmg mriah r akma sorg ni..suke ngusik akma ckap ganu..haha,,terbaikkk!!!

FIQAH: fiqah ni pendian je kn2?? tp,,bile die ckap,,fuyyooo,,pds wooo...haha..xde la grau je...mariah r die,akma,mira rais n dayang,,the hapi family....terbaikkkkkkk!! smgat pe????

EIQA aka ROSE: s/u gimmick,,,huhu...suke bual nga eiqa,,mudoh pehe ekpon,,same2 gelak ko anip...(anip jgn marah ea) haha,,,dek pon kecek bhso dale klate...p ore sukemieka dpt kwal emosi n go trugh walaupon ad maslah...suke2...part mase kite crite sal ank sdare eika yg ptus jari 2,,best,,,haha....terbaikkk!!

SYERA: geng kacip ayeng!!! haha,,comelll....smagt konfetti nga anip..mmg terbaikk la...
die nag ayeng xbyak kecek dlm wbc,,p ttp mceriakan suasana...hehe

AYENG: ayeng cool je orgnyer,,,syum je...terbsikk la..slesa nga ayeng!!!!!!!!!!

SYAFAF: syafaf byk idea,,bile die gelak...hooooohohoho...pham2 la...ore jd nk tergelak sbb gelak die 2..huhu...bble machine,,bble mchine...hahaterbaekkkkkkkkkk!!


LIYANA:suke bkomunikasi nga yana...liyana ckap senyum je,,,p,mmg pro r bab2 hndle cltural night...ore ase,,sape2 yg dkt nga yana,,msti akn cpt slesa...truskan yana,,fighting!! terbaik!!!!!

RIZA: xsgka yg rizz n yana ni spupu...ish2...kcik je dunia ni,,igat2,,,ptar2 xkmanenyer... rizzpon suke syum gak..myb sbb ni kot..ore rase hapi bile nga WEBCCY,,sumenyer suke syum,,syum kn sdekah,,sume suke bg sdekah,,so ALLAH tmbhkan lg nkmat kat kite,,nikmat iktan ukhuwah yg ckup habt wlau hya 2mmgu beknalan,,,,insyaALLAH>.> amin,,
riza..truskan mmriahlkan suasana,,,terBAaikkkkkkkkk..

WANI: wani yg comel.....wani yg comel....haha...btol kate kak sukma,,dont judge a book by its cover..p ore nk tkar... dont jugde a court by its lawyer,,,huhu..xde mksud pape pon,,juz prasan kreatif... hmmm...wani kcik2 die pon,,terbaikkk wooo...insyaALLAH ore akn igat kngan kite solat berjemaah kat srau zc kul 2pg lbh..wani jd imam...mmg trase sgt solat 2...imam yg mntap...terbaik wani....ad plunag nk solat jemaah lg nga wani....jom2!!! bleh kn wani??

FARAH: tgk farah,trigat kat kwn ore,,ad meh...(meh=mirip)...huhu...p farah ni cekap gak orgnyer,,MC hbt ni,,,,mmg hbt jgk hdle cultural night..haha...teruskan..fighting!!! terbaik!!

FATIN: fatin,,nmpak tnh jgk,,,terer bab2 hias pntas,,berpadu tnga dgn rizz,wani, farah, yana untuk hias stage agar ssui dgn cltural night..hmmm..good job!! tumbs up n dgoyangkan,.,.terbaikkkkkkkkkk!!


**skrag masuk plak jejaka2 hdsome WEBCY.....hmmmmm,,,sume comey2,,,,,


E-HAIR: dorg ni pggl ehair pm...haha,,insyaALLAH bkal pm TA;aruf pahni,,,amin...suke keje nga ehair,,,nk komunikasi seng,,same2 ore klate'...suem org bleh go trough nga ehair...ketua WBC ni...haha...p, ore heran,,asal tetibe dorg ni men2 gosip plak,,,hish,,bdk2 cute ni mcm2,,,p biase la...xamik ksh pommm..elek r...haha...pling klakar,,men walkie talkie pkai enset,,ehair masuk! ehair masuk!!! terbaik r ehair!!!

ZIKRI:  director terbaik!!!!!! plik,,bkpo dorg ni pggl zkri Tawau mase mle2 dlu,,,ph2 bru tau,,,oooooooooooooo....
Zikri napok gop die ni sbr orgnyer,,,,p awal2 xbrani nk ckap byak nga zikri,,,tkut bkpo pn xtau...p trase lbih ok ble mlm WBC,,die g lpskan gram kat back stage nga ore n ana,,share rase mrah...haha...
n trademark terbaik zikri,, *speechlesss,,klakar,,,die je yg bejaya wat ni...1 lg,,, semangat pe??????? haha..klakar...
terbaik r Zikri...

ANIP:  bos konfetti!!!!!!! booom!!  ore klate,,,suko dgr anip kecek,,,amik plok woh bledo (agar2) n pleting(straw) hha..lucu...part ni pling ingat...
anip pon baik gop orgnyer,,,pggl ko ore awe...huhu..plik la...p terbaik jgk la ko anip!!!!!!!!!!

ACAP: obey!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ni r hop ore pling igat sal die,,asal ore msuk studio je,,trus obey!!! haha,,bai'ah2...
acap ni suko kacau kak sukma,,, cie ko kak sukma,,, pnt lyan ktorg,, lg2 acap.. mafkan kami ye kak sukma..bkn pe,, grau2 je,, kte org,, grau btmbah kemesraan.. haha... igt gop.. smbgn acap...video editor terbaeeeeekk!!! mmg best r video gmmick kite... haha,,, acap ni pon,, mnt gop men walkie talkie...hish...kak sukma keno wi ko dio 1...haha
ape2 pon acap terbaiikkk!!

APIS: hantu tukul yag seghiaaa,,,,CCCEEEEEEEEEEEEEHHHH!!...xlrat nk gelak,tgk muke die hop seghiaa 2..haha...tahniah r wat apis...xtdow wat logo bersama brthers len,,sbb pgorbanan 2,,kite dpt wat yg terbaikkk...wlaupon die seghiaa men nga perspek,,p good job la...mnjd jgk logo 2..credits to brther2 ken yg tlonh apis jgk....terrbaiKKKKKKKKKK!!

NAZRI: usop...oooo usop!!! mmg mnjd la lkonan nazri,,,hbat woo.. part die touch up muke 2 klakar,,hahaha,,,,,,
.gud lark r u debate arab 6t..huhu...FIGHTING!!!!!
p nazri sorg ni plek r,,ore n ana ltih nk gelak...nazri ni suke gelak tibe2,,haakkkkkk!!!!!!!!!..xleh than tgk reaksi die glak tba2 2...hish,,,mcm2 prgai dorag ni...tgk nazri praktis arab,,trase jeles woo..nk blaja gak kecek arab,,seriusly,,jeles bile tgk org len yg tere kecek arab,,huhu,,bgga wooo,,pujian u bdk2 law..acap, anip,eika n zikri..bdk law mmg tere speaking..terbaiiiikkk!!

AKMAL:bai'ah leader!!! haha..bleh ganti wan amir r pahni...haha...amik watak abu pon terer...part lari 2,,haha,,comey!!!! p mule2 tgk akmal..tkut gop,,nmpok cam srius je orgnyer,,,p lame2 ,,hmmm,hampeh jgk die ni..huhu,,jgn mrah ea,,,pepe pon,,,terbaik!!!!!!!

RADIN:satu2 nyer brother dr nilai,,,, coool...cool2 pon keje jlan tau....radin ni seyap je kan..pndiamkah????????? tkut nk tgur,,tgur kang xpsl2 ckap sorg2 plok ore 6t,,malu....xdilayannyer,,,huhu..p..radin pon hebat hdle pgram...tahniah....terbaikkk gak!!

SYAKIR: mule2 tgk syakir,dgr ye cakap..hmmmm,,die ni ad bkat jd ketua jgk...igatkan srius je orgnyer,,p lame2,,,ceeh,,,,same je,,haha..xnk komen byak2 sal syakir,,nk taip byak lg sal org len,,haha..(grau2)
syakir terbaaaik..

MUIZ: sokmo ttukar,,nk sbut muaz,,,muaz mano pon xtau...haha..insyALLAh psni xtukar doh...oj muiz ea..set lam kpla,,muiz,,muiz,,muiz,,,,hihih....sume org dpt terbaik,,so,,muiz jgk teeerbaaaekk!!!!

BR.SAIFUL: tkjut mule2 1 biro nga br. peers r plak,,,mmg d aknl awal lg nga br, saiful.... aka,,, salman bai,,,,,nk pggil salman bai la psni,,,ye,,ye,,,ye,,,,...br,saiful ckap da ad gaye trainer,,,insyaALLAh,,moga2 cite2 tercapai,,,amin blako...!!! trainer yg terbaiiikkk!!

HAFIZ: kreatif..inovatif..proaktif,,n mcm2 tif2,,,lg....mrah nga syum jgk bdak hafiz ni..k truskan ye...hehe terbaikk!!

JAZMI:sengeh je kejenyer,,,,same goes to hafiz,,bdk2 cultural night ni sumenyer suke sengeh...huhu... teeeeeeeeeeeeerrrrrrr...............smbung sdiri la....

AFIQ: "assalamualaikum,,nama sy afiq"..hehehe,,mcm2 trend bdak2 ni ckap...p style ni mmg kreatif la....afiq pon pndian gak orgnyer ea,,,hmmm...sbb die pn diam,,,so ore pon kna diam2 gak,,xleh kmen lbih2..........baaaaaaaeeeelkk....!!


hush,,,,,,,,,hamm2 r serba sdikit,,coretan u mlm ni....rndu kat geng WEBCY...
WEBCY???!!!!!!
fighting!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*note ni hyalah luahan ap yg ore ase dgn korg sume,,lau trase ati,,arap dimaafkan...syag korg sumer...lau nk komennkomen kt bwh..nk kritik,kritik kat bwah..nk ape2 pon sume kt bwah,,,watlah asal xlggr syariat,,ok,,,

Nilai ukhuwah tidak akan cair dimusim panas
Tidak akan beku dimusim dingin
Tidak akan luruh dimusim hujan
Tapi akan senantiasa mekar walaupun bukan dimusim semi
Hargailah ukhuwah
Sayangilah bila bersama
Maafkanlah bila bersalah
Rindukanlah bila berjauhan
Pahami dan nasehati bila keliru


maaf skali lg...love u sumer....


+++++++███████++++++++++++++++++++++++++++
+++++███+++██████+++++++++++████████++++++
++++██+++██████████++++++████++++++███++++
+++██++█████████████++++███+++█████████+++
++██++███████████████++██++█████████████++
++█++██████████████████+++███████████████+
+██+██████████████████++█████████████████+
+██+██████████████████+██████████████████+
+█+██████████████████++███████████████████
++███████████████████████████████████████+
++███████████████████████████████████████+
++++████████████████████████████████████++
++++███████████████████████████████████+++
+++++█████████████████████████████████++++
++++++████████████████████████████████++++
++++++███████████████████████████████+++++
+++++++█████████████████████████████++++++
++++++++██████████████████████████++++++++
+++++++++████████████████████████+++++++++
+++++++++++█████████████████████++++++++++
++++++++++++███████████████████+++++++++++
++++++++++++++███████████████+++++++++++++
++++++++++++++++███████████+++++++++++++++
+++++++++++++++++████████+++++++++++++++++
+++++++++++++++++++████+++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++██++++++++++++++++++++



FIGHTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!




celoteh asal : Miera Hatta

**mungkin ada beberapa typing error spt xde space, spelling error, pandai2 lah korang bace, xphm jugak, sila tanya saya!  ^^

Bicara mereka tentang WEBcy~   *Ain   *   Ana*

# mira, kak bule baye gaya mira kalu kecek depe2 ni.. hikhik 



Tuesday, June 7, 2011

Ta'aruf Programme: ~WEBcy~

Ya Allah, berhabuk, bersawang, berdebu dah blog nih! Eh, assalamualaikum readers!

Mintak maaf lah ye, tuan rumah agak sibuk seminggu dua yang lepas. Tak berkesempatan pulak nak online.

Aku join Ta'aruf committee untuk new intake of CFS IIUM's students. Biro apakah? Haa.. WEBCY~ (fighting!) stands for Welcoming and Bai'ah Ceremony.


Antara biro lain ; Registration, Publicity and Protocol, Catering, Special Task, Preparation and Technical, Residential, Welfare and Discipline, Programme Coordination, Security and Transportation and Examination.

Terlalu banyak kenangan dan dugaan yang dilalui bersama biro aku. Macam-macam kepala, macam-macam idea, macam-macam perangai.. Tapi setiap satunya ada kesan di hati setiap orang. Aku percaya.

Tahu tak apa yang lebih mengeratkan sesebuah hubungan? Bila dia diuji. Kami diuji direct dari Allah. Err, setiap ujian datang dari Allah kan, tapi bagi aku ni direct sebab.. program asalnya buat kat padang, tapi sebab hujan, kena buat di dewan yang mana menyebabkan ramai orang kurang berpuas hati.


So, direct dari Allah tu sebab hujan. Direct dari langit, tanpa sebarang tapisan.

Webcy-ians sekalian, ujian tu yang mengukuhkan ikatan antara kita. Akak harap hubungan ni kekal. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan bantuan yang dihulurkan.

Setiap insan memainkan peranan yang berbeza walaupun peranan tersebut hanya sebesar zarah. Hilangnya satu zarah, tak mungkin objek terbentuk. Be thanked for who you are! Be thanked for the meeting Allah arranged.















Great thanks juga untuk biro lain yang banyak membantu kami. Maaf banyak menyusahkan kalian.

maafkan bila ku tak sempurna~ Akak mungkin bukan seorang ketua yang baik untuk kalian, tapi kalian adalah committee terbaik!

*starting to miss the moment we altogether in the studio menghabiskan masa.

credit pics to Afiq Hassan

Friday, May 20, 2011

Ustazah pun bolehhh.. ^_^

Assalamualaikum readers!

Senyum  =)

Hehe.. Apa kena dengan penulis ni kan? Hehe.. Takde lah, tadi ada member lama (sekolah rendah punya member) dekat facebook tanya :
" kau dah jadi ustazah ke sukma?? "
Haha.. Tu yang buat aku tersenyum. Well, Mr.Z.. Kalau kau cakap based on aku punya blog yang ala2 tazkirah ni, mungkin jugak.

But if you said that based on my appearance, I'm just trying to fulfill my obligatory to my our God. To be honest, I don't think I appear like I supposed to be yet. Still looking for the real strength.


source : owhsomuslim.com

Dah biasa dengan soalan tu sebenarnya. Dulu masa sekolah menengah, lagi ramai yang bertanya. Erm, nak kata tanya tu tak jugak. Ada jugak bunyi macam perli. Perli? Sesuai ke perkataan tu? Tataw lah.

Masa tu marah. Aku tak suka orang kata aku ni ustazah. Tak tahulah kenapa. Serious tak faham kenapa. Bila fikir balik, apa salahnya orang panggil ustazah kan?


*******
Saudara : Eh, kau belajar kat mana sekarang?
Aku : UIA
Saudara : Owh... *angguk-anguk* Amek apa? Syariah?
Aku : Hahaha.. Tak lah, engineering. *senyum*
Saudara : Uih? Biar betul? 
Aku : Laa, yelah.. Takkan ika nak tipu pulak..
Saudara : Nampak macam lembut je.. 
Aku : Hahaha.. Belajar engineering bukan kena gusti pun.. Hehe *Baru teringat pakngah ni engineer*
Saudara : Haha.. Bagus2.. Kena tough siket taw. Belajar baik-baik!
Know what? Sebab rasa tercabar dengan pandangan pakngah saudara ni lah, aku kentalkan hati untuk stay dalam engineering. There's nothing wrong for a hijab woman to involve in such field. Kan? Baru betul up-to-date.

Orang asyik pandang perempuan tak sesuai, aku bukan menegakkan penyamaan taraf antara lelaki dan perempuan. Tak payah susah2 for that, Islam ada panduan dia. Tapi untuk belajar, tak pernah ada halangan betul tak?

Manalah tahu, satu hari nanti perbualan berubah macam ni ke...
X : Assalamualaikum!
Aku : Waalaikumussalam! MasyaAllah, lamanya tak jumpa!
X : Iya lah.. Eh, kau sambung belajar ke dah kerja sekarang?
Aku : Kerja dah..
X : Ustazah??
Aku : Erm, lebih kurang lah.. tapi orang panggil Prof.
Ameen~

Tapi orang tua-tua kata, perempuan ni kalau tinggi sangat belajarnya, orang laki takut. Is it true?

Belajar je, belum kerja lagi.. At least we (ladies) takkan bergantung sepenuhnya dengan orang. Dicampak ke mana-mana pun, kita boleh independent. Itulah wanita yang tabah!

* Cikgu add maths aku dulu pernah cakap, kalau nak kahwin sekurang-kurangnya perempuan sendiri ada harta dulu. At least kereta. Takde lah nanti jadi beban pada suami.  Its up to you, you decide your future.

Aku? Hmm... Tengah kumpul, tapi sampai nak beli kereta tu, errr, memang habis belajar baru cukup kot. Tak beli kereta pun tapi sebagai simpanan sendiri, insyaAllah lah.

Go ladies go! =)

 Oh ye, ikuti kisah benar aku sebagai ustazah!

Monday, May 16, 2011

:: saya blogger muslim / muslimah , saya jaga aurat dan akhlak saya ::

Bagi menyahut seruan adik Mira yang telah tag saya untuk menjayakan rangkaian dakwah ini, dengan rasa rendah diri dan sedikit perasaan tak layak kerana diri ini juga masih under construction, saya cabar diri. Tapi dengan cara saya sendiri. Enjoy !  ^^



My lab report.

Objective : To investigate how far the truth of the saying that states when something is covered properly, it will be safe.

Hypothesis : If you cover properly then you will be secured.

Apparatus:
  1. two stick of same brand and flavour of chocolates
  2. food plastic wrapper
  3. plate or anything to put on
Procedure :-
sample A
1.  Use a stick chocolate with it cover and cover it again properly with another layer of food plastic wrapper.

sample B

2. With another same type of stick chocolate, torn a little to expose some part of the chocolate.
3. Put both of the tested chocolates on a plate (i'm using the cover of ice-cream container as you can see) for some recorded period. Ensure the location is ants' spot. (banyak semut)

sample A & sample B

4. After any changes showed, record the condition of the sample.

Expectation : Sample B will be surrounded and fulled of hundreds of ants while sample A remain unchange peacefully.

Observation & Result after 140 minutes (8.20pm - 10.40pm) :-
 I was so shocked.

sample A left. sample B missing!

'' HILANG ? ? ? ? ''

 The thing I expected did not happen but the thing that happed was worse! I swear, tak tipu langsung, nobody move the sample and no one would like to eat that bacterias-germs-opened-exposed chocolate!

NOTE : Tikus curi!!!! Larger and scarier than ants!

Error : The experiment is done by wrapping the sample, the thing should be corrected is, it should be covered not wrapped. MENUTUP bukan MEMBALUT.

Conclusion : Hypothesis accepted.

Relationship : If you cover your aurah, you, your dignity and serenity will be secured. InsyaAllah. BUT with good manners, behaviours and words, not only secured, but you will be respected by people. An extra point there.

**Cuba bayangkan "Wrap your body" and "Cover your body" which one yang lebih sedap telinga mendengar???


Short true story (pulak)

# 1
M : Suk (my zaman-sekolah nickname) tau dak, saya pernah sekali keluar dengan family tak pakai sarung kaki. Malas. Orang lain semua pakai lengkap. Tiba-tiba, kereta tu accident siket. Orang lain semua OK, takde luka pape, Saya je yang luka.
Aku : Luka kat mana?
M : Kaki. Berdarah siket. Pahtu, saya serik. Nak keluar, mesti pakai !

*Mungkin kebetulan, tapi pengajaran buat yang berfikir kan M? M, saya betul2 ingat cerita awak ni. Alhamdulillah, it inspires me a lot.
------------------
# 2
A : Seronoknya dia.. Sampai lupa pakai handsock kan?
Aku : Erk.... *rase nak menangis*

*malu sampai rasa nak terjun laut. Kerana apa? Kerana seorang lelaki yang menegur. Walaupun first time tak pakai, tapi Allah betul2 sayang. Terima kasih kerana menegur.




Remember girls! Let's cover our aurah, behave ourselves, talk good words and there we are,  a GOOD MUSLIMAH.  =)



Wednesday, May 11, 2011

Hutang, bagi haiwan makan, jodoh ??

Assalamualaikum!!  hehe..

Petang semalam kan, aku kan, kebosanan melampau taw. So, aku bukak TV, kot2 la ada siri CSI yang aku tak tengok lagi tapi semua da tengok (saya fanatik CSI). Siap ingat lagi skrip dia. Nak2 pulak kalau iklan cerita Blue Blood tu. Sekali iklan, lama beno. Da la tu, tiap2 jam pulak tu,. isk3..

Oh ya, CSI this week; Teenage criminals. Sape yang fanatik Justin Bieber, sila lah ngadap TV merenung muka comel rambut merimaskan tu. Ops, jangan marah yer.

Ha, aku kan penanam anggur tersohor abad ini. Kadang-kadang tu, bila boring sangat, aku bukak youtube tengok video-video fan yang fanatik gila2! Kelakar OK?! Try la tengok video 'wildest fan 2pm'. Sakit perut aku gelak!
**moga2 tiada muslimah jadi begitu**

Tak pun video baby! Comel dan lucu. No wonder people said, looking at babies can be a therapy.

Eeh, melencong pulak. Sorry2..

So, semalam. Lepas melompat dari satu channel ke channel lain, aku pun tertarik dengan Asrtro Oasis. Masa tu Dato' Fadzilah Kamsah hos. Tak ingat pulak nama program tu. Tapi topiknya : Hutang dengan 'Along'.

Ada lah beliau bagi tips2 elakkan dari hutang. And of course doa. Doa dalam ma'thurat tu. InsyaAllah, yang selalu baca dah ingat dah. Cuma kena amalkan je.


The more we share, the more we have (Tema Baktisiswa'11)

Kalau kita banyak sedekah, insyaAllah bertambah/murah rezeki kita. Tak kira lah seposen dua pun.

Satu lagi, kalau bagi haiwan makan. Dato' kata insyaAllah murah rezeki, rezeki tak putus dan yang paling sharp telinga aku dengar ; terbuka jodoh kita! (hehe.. laju je masing2 bab ni)

Alhamdulillah! =)  Tak sangka pulak selama ni bagi Kuroneko (kucing hitam jalanan yang diberi nama oleh adik dari bahasa Jepun bermaksud kucing hitam) makan, ada hikmah lain tersembunyi.

Kalau balik Temerloh (erk, baru sedar..da lama rupanya tak balik since 2weeks ago), aku suka bagi ikan makan. Seronok taw!

Jemputlah datang rumah kalau rasa nak bagi haiwan makan. Rumah aku dalam hutan. So, haiwan darat, haiwan udara semua ada. Yang bergayut tanpa jemu dari pokok ke pokok lagi banyak.

P/S: kalau jumpa landak sila lari ye. Bimbang anda di shotgun olehnya.
P/Ss: dulu masa baru pindah, nampak babi hutan belakang rumah. Sekarang dah takde, populasi semakin pupus gamaknye.

*hari tu bagi kawan Kuroneko makan. Tiba2 dia lari. Rupanya biawak-yang-bapak-besar datang nak curik (terdiam aku, mcm buaya!). Lepas biawak pergi dengan sopannya dia berjalan, burung pulak kutip sisa yang ada. Kesian kat kucing tu, dah lah bunting. Berapa kali bunting ntah.

# ermm.. da lame tak pergi zoo..

Sunday, May 8, 2011

My love..


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian..

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami  terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut.
 
Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : 
"Makanlah nak ibu tak lapar." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. 

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : 
"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. 

Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : 
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. 

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : 
"Minumlah nak, ibu tak haus!!" 
-PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. 

Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :
"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja dirumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. 

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :
"Jangan susah-susah, ibu ada duit." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. 

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; 
 "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. 

Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata
"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." 
-PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

(cerita ini pasted from internet(bsepah-sepah org copy), I'm not sure the original source. Sorry for no credit. Sesiapa tahu, please inform)
 ***********
by wallcoo.com

"Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak diragui keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi"
(HR Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Selamat Hari Ibu sedunia!!



Mak, happy mothers day. Thanks for becoming a loyal listener and peneman segala-galanya. I love u!