Friday, February 25, 2011

^_^

Assalamualaikum semua!!

Waahh~ gembiranya cik penulis.. Hehe.. Well, orang dah merdeka dari exam. Begini lah mood nya! =D

Alhamdulillah, perjuanganku di medan kertas dan tinta telah tamat semalam. Cemerlang atau tidak, lets just hand in to the Almighty. He knows the best for every and each of his slave.

And now, for your information readers, i will having a very very very long holiday, by Allah's will. 7 months! Long enough! Excessive long for real.

"So, what's your plan?" -everybody's gonna ask that rite?

So far, I haven't a detail plan for this although I'm thinking about something like working.. But still not sure.

Mak mintak duduk rumah jadi personal tutor for my SPM-candidate sissy. But that will only happen while she's at home, specifically at night. Siangnya nak buat apa?? Huu~ Takkan everyday nak cuci toilet?

For this first day cuti ni, ak mengemas barang. Nak angkut semua ni bawak balik rumah. Selama ni aku rase takde lah banyak sangat barang, tapi bila dah berhimpun semua, baru perasan banyak! Tataw la nak bawak turun dari tingkat 4 ni cane.. Lempar ke bawah?? Brilliant!

Esok dah ada program. Later, I tell you. Nak cerita sekarang pun, bendanya esok.. hehe

Merepeknya aku! eh jap!

Erk, lapo aa.. Dah dua hari tak makan nasi.. Tak selera.. Huhu..

Oh ye! Aku nak share dengan korang pasal family day yang buat at Pangkor hari tu.. *bru teringat sbb nampak satay ikan bilis sebelah lappy* hee~

InsyaAllah, next entry story-telling time kita yer~


Orite, di bawah aku ada letak gambar yang look nothing much but only morbid people do these things!
Nice kan? teliti gile! Benda ni dibuat dari abu (ashes). Nape aku kata morbid? Sebab dia buat dari ABU MANUSIA! Human ashes guys!
Nama pemilik abu tersebut..
There's only three of them. The rest you all google lah if interested in.

Lihatlah, the faculty of mind yang Allah  berikan pada manusia benar2 diaplikasi dengan begitu baik. Tambahan pula kemajuan teknologi yang hebat. Abu manusia? Adehh.... so artistic!

As muslim, first: of course we don't burn the dead unless the crime cases. Second; akal ni Allah bagi supaya kita manfaatkannya agar segala rasa kesyukuran tu berbalik pada-Nya.

Do you think ini menambah iman?

Or maybe a little sebab; "Mujur Islam tak bakar mayat, kalau tak, jadi toaster lah aku. Alhamdulillah."


p/s: Sesiapa ada cadangan aktiviti untuk aku sepanjang cuti yang teramat lama ni, please pop-out.. Yang rase2 mcm sesuai la..

Thursday, February 17, 2011

Special to programming exam seater tomorrow!!

#include
int main()
{
    char letter;


    printf ("What's your mood now??? =) \n\n");
   
    printf ("A: TERAPUNG-APUNG DI AWANGAN\n");
    printf ("B: BERSEMANGAT UNTUK STUDY SEBAB NAK PASS EXAM, LAST SEM WOO!\n");
    printf ("C: PENING AIH NGADAP PROGRAMMING, TAK TAHU NAH PAHAM CEMANE!\n");
    printf ("D: AKAN KU USAHA HINGGA SAAT-SAAT TERAKHIR!\n");
    printf ("E: DI BAWAH PARAS SEDAR (kurang kesedaran lagi)\n");
    printf ("F: USAHA + DOA + TAWAKKAL\n\n");
    
    printf("Please choose your mood: ");
    scanf ("%c", &letter);


 switch (letter)
        {      case 'A': printf ("Berpijaklah di bumi yang nyata!!\n"); 

                           break;
               case 'B': printf ("Nak pass exam?? Uit! Ilmu tu dari Allah, so sila baiki niat anda lillahita'ala! NOW!\n"); 

                           break;
               case 'C': printf ("Tanamkan niat kerana Allah, insyaAllah paham nanti. paham cemane tu tataw la. hehe\n"); 

                           break;
               case 'D': printf ("Bagus! Jangan bazir masa! Stop main koya2! All the best!\n"); 

                          break;
               case 'E': printf ("MasyaAllah, sedarlah. Orang lain berlumba, kita takkan duk diam je.\n");

                          break;
               case 'F': printf ("Semoga berjaya! Don't misunderstand the concept of tawakal!\n"); 

                           break;
        }


system ("pause");
return 0;
}



 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


OK, khas untuk semua kengkawan yang akan mengambil exam programming esok!!
All the best! Kita berusaha sedaya mungkin, the rest, let Allah decide! Yakin!

p/s code aku kat atas tu ada error, tapi tak tahu lah kat mana dah nak betulkan. Yang sudi membantu, silakan.. =)  oh ye, <.s.t.d.i.o.h.> tak keluar pulak.. tak tawu nape.. 

 

Tuesday, February 15, 2011

Bersopan siket bleh??

Assalamualaikum, pertama-tamanya, salam Maulidur Rasul 1432H. Hari jadi kekasih kita ni. So, rebut lah ganjarannya dengan berlumba-lumba selawat sebanyak mungkin.

Sambil menghiburkan diri, sambil berselawat.  =)


Topik sebenar nya adalah tentang bersopan di jalan raya. Yang aku nak cerita ni is based on true story.

Hala balik dari Perlis hari tu, aku naik kereta makcik. Makcik duduk di Putrajaya. So, kami balik sekali, Kehadiran aku di dalam kereta itu adalah sebagai peneman makcik yang drive sesorang pada asalnya.

Kami decided balik hari Sabtu sebab takut Ahad ramai orang. Tapi, I guess everybody thought the same. Traffic jam jugak di highway.

Kami rancak betul bercerita masa dalam kereta. Perjalanan which usually takes about 5hours already became almost 9hours!

Mulut ni bercakap je sepanjang jalan, tak bercakap nyanyi ikut radio.. Bantai lagu apa pun, asal boleh ikut.. Miming pun jadi jugak.. hehe

Sehinggalah satu insiden membuatkan kami terdiam kejap.

Pabila dekat je dengan simpang masuk ke RnR, jalan memang sesak gile. Jalan siket je, then break. Masa tu, makcik jalan lah siket, lepas tu break. As usual.

Tiba2, kereta yang sedang berhenti tu seolah-olah dirempuh dari belakang. Ter-ke-depan kami berdua! Seriously, terkejut! Terdiam jap. Mujur tak terlanggar pulak lori kat depan.

Automatically, dua-dua toleh belakang. Pastu, toleh depan balik. Terdiam lagi. Jalan depan siket berenti lagi.

Makcik bersuara. Bimbang kemek bumper belakang. Tapi kami berkira-kira jugak nak keluar tengok ke tak. Yelah, 'all-girls on board'. Bahaya.

Sambil tu, terjeling2 jugak ke belakang. Tengok kereta yang melanggar tadi. Boleh pulak, kereta tu macam kalut bagi signal ke kiri (kami di lane kanan asalnya). Macam nak lari! Makcik cakap the driver was a man. Tapi, macam pengecut pulak nak lari mcm tu. Teruk ke dia langgar? Boleh sampai beribu ke??

Tapi malangnya, kereta tu tak lepas nak lari. Yelah, jalan tak bergerak sangat, cemane orang nak bagi chance potong jalan orang lain kan..

Finally, kami decided turun jugak nak tengok.

Aku yang turun. Makcik memerhati dari dalam sambil tengok cermin pandang belakang. 


*aku dpt kekuatan pun sbb sume kereta berhenti masa tu, lau tak, mang kami jalan je, bahaya k ladies!*

Aku pun keluar la, dengan muke ala2 bengang. Pergi tengok bumper belakang. Sensor yang dah sedia tercabut tapi diletak semula, tercabut lagi. Tapi tak kemek pun.

Aku pun, angkat kepala. Tengok je kereta yang langgar tu. Tenung jugak lah. Kot la nak keluaq mitak maaf ka apa ka, ini.. wat tak tawu je!? Bukan nya nak suruh hulur RM pun.. Takut beno!

Lau ikut hati terasa mcm nak jugak pi dekat kereta tu, ketuk cermin siket dan cakap;
"Tak nak mintak maaf ke??"

Tapi, my courage was not that high, walaupun kaki ni dah melangkah ke depan siket. Pusing balik. Before tu toleh lagi nak ambil nombor kereta tapi tak nampak. Sebab gelap kan, lampu pulak semua meghala ke aku, mang susah nak detect.

Masa bukak pintu kereta, aku tengok lagi, tenung lagi. Boleh tak, dia buat bodoh je? Macam aku pulak cari pasal.

We didn't expect for money, Just an apology! Is it that hard? Kalau takut pun, keluar kereta berdiri kat pintu pun jadik lah.. Macam lah aku nak pukul dia.. huh..

Kitorang heran jugak nape takut sangat, baru lah terpikir, maybe dia ingat driver lelaki. Tapi suruh aku je yang keluar tengok. So, takut kena pukul gak la kot.

After that, bermula lah misi kami, memerhati kereta tu. Kalau boleh tak bagi lepas dari pandangan pun! Psycho gile! hehe.. *gelak jahat*

Yang lawaknya, kereta tu tak datang dekat dah dgn kereta kami ni. Kalau dekat pulak, dekat gile, memang tak nampak terus nombor kereta tu!

Bila kami tukar lane ke kiri, dia stay kat lane kanan, at first. Tu pon, jarak kereta dia dgn kereta depan, boleh muat 4 bijik kereta lagi! Technically, kalau dia ke depan, dia akn lintas kami. So, kami boleh dapat lah nombor kereta tu kan. Dia bijak, bijak melarikan diri!

Tak lama lepas tu, dia pulak tukar lane. 2buah kereta di belakang kami. Dia ingat kami dah lost la tu, sebenarnya, my eyes were on that car all the time!

Akhirnya, bila sume kereta dah potong2, kereta tu belakang kami. Aku pun dengan jelas dapat nombor dia and dapat ngintai jugak penghuni kereta yang muka malu sangat itu.

Semua lelaki! Pelik2~

Kes kedua pulak, kalau nak bawak kereta slow, ke tepi. gunakan laluan kiri kecuali memotong.

Kes ketiga, andaikata jalan tu one lane for one direction, bagi lah peluang kalau ada kereta yang nak potong. Ke tepi siket. Ini, jalan slow tapi tamaw kalah..

Sekian pengajian memandu. Selebihnya, sila rujuk guru memandu anda.   =)

Monday, February 14, 2011

Kanak-kanak ribena~

Assalamualaikum semua!! Lama nya aku tak jenguk.. Mniggu minggu lepas, balik kampung. Skang ni pun, baru sampai rumah dari Pangkor Island, family day ND Hi-Tech.

Balik Perlis masa tu kan, aku gi satu majlis kahwin ni, tapi bukan kat Perlis, kat Kedah. Maybe mereka tak rancang tetamu yang terlalu ramai kot atau pihak lelaki yang datang tu ramai, so ada la kalut2 sket.

Tapi, pengajaran yang aku dapat, setiap sesuatu majlis yang kita plan, tak kira lah besar ke kecik ke, nak2 pulak kenduri kahwin, semua kena ada perancangan teliti yang sangat teliti.

Maybe kena ada jugak kot PC(program coordinator), PR(public relation), ST (special task) and bla bla bla..
Oh oh! Paling penting, photographer! Aku dah ade contact number photographer ni ---> Krafigura Photography *guys, korang kene bagi discount tok aku sket sbb dah tlg promote nih! huahuahua

Aku nak cerita pasal budak-budak sebenarnya. Walaupun aku bukanlah baby-sitter mereka sepenuh masa, tapi mata aku ni nampak aje dorang.

Kalau balik Perlis, adik bongsu aku, Qim lah paling seronok sebab kat sana dia ramai geng. Sepupu2 lelaki kami yang duk sana boleh kata semua lebih kurang sebaya dengan dia. So, asal sampai je sana, siang malam hilang.

Aku ni bukanlah kakak mithali sangat nak mengekor je dorang main tapi kadang2 telinga ni dengar je pape yang dorang borakkan. Lucu pun ade sebenarnya. Yelah, budak2 tu cakap utara pekat nk mampuih! Aku ni, kesian jugak adik aku tu paham ke butir bicara geng dia tu, sekali2 aku dengar dia pun cakap utara! hahaha

Ada sekali tu, ade sorang sepupu aku, mai dapuq. Panjat kerusi then cakap, nak air. Tapi, dia sebut 'ayaq' tu, ya Allah! Pekat gile, dalam betul bunyi nye! Tergelak betul aku!

Aku ni, berulang kali balik Perlis sepanjang 20 tahun pun rasanya tak pekat mana lagi. Tapi logik lah, dia lahir2 da dengar orang cakap mcm tu.. hee~

Satu tengah hari tu, budak2 ni bukak kedai kopi. Aku lalu je situ. Then terdengar la salah sorang tu cakap;
"Kita main kat luaq la"

Dengan spontan aku menyampuk, "Aih, takyah2, hangat tu" (panas)

Salah seorang dari mereka jawab; "Bukan orang cakap dgn kakak pon"

Adehhh.. -_-"  Tetiba aku rasa mcm aku ni busy body pulak.. Sebnarnya, memang tak terik pun.. Saje nak nyibuk, tak sangka pulak kena tembak macam tu sekali! huu~


korang pon pernah main benda alah ni kan3?? aku pun pernah.. hehe  ;)

inilah kubu pertahanan dari serangan musuh!





satu-satunya waktu kanak2 ribena ini senyap- tengok Spongebob! huh~



Sekian~   =)


p/s: korang pernah makan tak 'kumbuih'? Oghang utagha panggil benda nih kumbuih, aku plak tak ingat lgsung nama standard dia.. ala, buah kecik dalam kelapa tu.. isi dia seputih salji, lembut jugak la.. Aku dah lama tak mkn bnde ni, ari tu masa orang nak mesin kelapa, ada banyak bnde ni, aku pun kebas lah.. hehe

Sunday, January 30, 2011

Aku cemburu.....

Melihat suasana itu, hampir menitis air mata ini.. Kini baru kusedar, aku semakin jauh dari-Nya. Dan aku jugak jauh dari Rasulullah SAW.

Terasa seperti hati ini dah tersangkut di sana. Jasadku pulang meninggalkan separuh hatiku di sana.

Sungguh, aku jatuh hati dengan majlis itu.

This was my first time joining such event that I never know how great the feeling is being in there. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasainya sebelum terlambat.

Terfikir pulak, mawlid di stesyen TV Al-Hijrah dulu tentu lebih menarik. Lebih meriah kerana lebih terbuka. Pada masa itu, hati aku macam terdesak jugak nak pergi tapi kebetulan pada tarikh yang sama aku balik Temerloh. So, melepaslah.

Adalah baca entry sahabat2 yang berkesempatan ke sana, itu lah yang lebih menarik hati aku untuk menanti susulannya.

Apa yang aku cemburunya?

Aku jealous bila tengok mereka-mereka yang ada di situ tentu sentiasa mengikuti program-program macam ni. Mereka nampak lebih rileks dan serba tahu. Aku pulak, amat excited. Tapi sorok dalam hati jelah. Segan pulak nak tunjuk. Ni bukannya nk naik roller coaster for the first time nak tunjuk sangat excited tu kan..

Terasa betul masa tu diisi. Mungkin sebab aku dah agak lama tak join majlis-majlis ilmu agama sebegitu.

Pengisiannya ringkas je tapi padat. Bukanlah panjang berjela. Tapi point nya sampai dengan mudah. Cerita pasal Rasulullah. Semua orang dah tahu. Its just like to remind us.

Aku suka dengar cerita-cerita nabi, sirah-sirah ni. Suka sangat! Sampaikan dulu, aku pernah berangan bakal suami aku nanti kena tahu banyak cerita nabi-nabi, sirah pahlawan and semua tu lah.. Sebab nak mintak ceritakan pada aku.. *mengada-ngada pulak

Lucu kan? hehe.. Aku tahu, bukan senang nak jadi orang macam tu.. Kalau ada pun, siapalah aku~ (dlm nada lagu Amy Mastura)

Eh eh, terlajak dah! Berbalik semula kes kecemburuan aku.

Kadang-kadang aku cemburu jugak bila tengok diorang join such programs ramai-ramai. Yelah, mesti lah kita ajak kawan, member rapat kan.. Tapi, tataw lah.. Nak jelez jugak, nak wat cemane. Aku nak join jugak.

Tentang program ni, Alhamdulillah aku duk kat UIA ni. Sebab program-program macam ni memang di-expose-kan dan diiklankan merata. Tapi nanti, kalau dah masuk dunia kerjaya nanti? Macam mana nak tahu?

Oleh itu, aku berharap sangat kepada sidang pembaca yang ada maklumat tentang program-program macam ni, share lah dengan aku ye..

Aku pun inginkan ketenangan itu juga. Aku pun inginkan ukhuwah itu juga.

Convert agama #2

*sambungan dari previous entry*

Ustaz Fitri ni antara kerja dia adalah bagi nasihat dan khidmat counseling untuk mereka yang mintak tukar agama. Lebih kurang nak me-neutral-kan semula mind-set mereka. Katanya, setiap hari ada orang datang padanya minta tukar agama. Pada hari forum tu saja, ada 2 orang mintak murtad, hari sebelumnya 4 orang.

Astaghfirullah.. Moga-moga iman mereka terpelihara.

Isu seterusnya adalah satu isu yang agak sensitive. Aku pernah terfikir tentang ni tapi ilmu yang ada terlalu cetek. So, topik nya is, kenapa bila Islam orang kaitkan dengan Melayu? Apa kaitan Islam-Melayu?

Mentaliti masyarakat kita, generally, Malaysians memang macam tu. Seolah-olah tertulis Islam-Melayu, Hindu-India, Buddha-Cina. Kata Ustaz Fitri, benda ni sebenarnya bukan salah kita. Sejak undang-undang negara ditubuhkan dulu, memang dah tertulis macam tu. Tugas kita sekarang ni lah untuk merubah pandangan dan perspektif tu.

Contoh yang diberi Sifu Nasir adalah Brother Lim. Dia Chinese but Muslim. Orang kata dia masuk Melayu sebab Islam. Apa yang ada pada dia tu orang nampak Melayu? Muka pun memang purely Chinese. Di sinilah bro Lim ambil langkah bijak untuk merubah mindset masyarakat.

Beliau Islam tapi masih Chinese. Buktinya, for sure lah muka dia and another one is his name. He didn't change his name. It's still Lim Joi Soon. Apa ada pada nama? Nama Muslim tak semestinya kena dalam Arabic. As long as the name means good, that doesn't be any matter.

Kalau katalah nama arab hanya untuk Muslim, warga Mesir, Syria and in the middle-east countries yang non-muslim kena tukar nama and guna English names lah? Tak kan?

Encik moderator dan Bro Lim ada pengalaman yang sama. Mereka ke masjid tapi kena halau! Because they are so so Chinese-look (of course lah, originally Chinese)

Bro Lim pergi masjid untuk sembahyang subuh. Lepas tu pak cik guard masjid yang kononnya menjalankan tugas tu  boleh jerkah dia "Hey, lu nak pergi mana??" Bro Lim kata, kalau ikut hati memang kena tengking balik lah jaga tu. Tapi dia sabar je. Cakap je lah nak gi solat subuh.

Sifu Nasir pun kena halau dari masjid. Katanya, buat malu je lecturer UIA kene halau! hahaha.. Di sebabkan dia geram, terus dia speaking Arabic dengan pak guard tu. Baru lah jaga tu bagi masuk. Padahal satu line je dia speaking, tanya nama pulak tuh! hahaha

Jelas kan, orang memandang Islam untuk Melayu. Tidak! Islam adalah universal! Bangsa apa pun berhak menerima Islam. Jangan sempitkan pemikiran kita. Murtad agama memang wujud, tapi murtad bangsa tidak akan berlaku walau mati hidup semula pun!

Jangan jugak pandang pada pakaian. Aku rasa lah kalau these brothers pergi masjid pakai baju Melayu or jubah or bersongkok or berkopiah, mesti jaga tu tak halau kan? Lihatlah, betapa kita mengecilkan skop pemikiran kita!

Masa forum tu, Ustaz Fitri pakai kurta. Ada masalah? Tak de.. Syarat pemakaian mudah je, menutup aurat dan as long as pakaian tu tak menyerupai pakaian keagamaan lain. Kurta, punjabi suit bukan pakaian keagamaan tapi pakaian bangsa. So, no hal lah!

Tidak ketinggalan jugak isu Islam= Terrorism. Tapi, isu ni tidak lah dikupas mendalam sangat sebab masa zaman mereka converted to Islam, tak ada lagi isu terrorism ni.

Satu contoh yang Ustaz Fitri bagi yang buat aku terfikir, tidak adilnya pemerintahan dunia sekarang is; Apabila certain negara diserang, katanya terrorists yang buat. Bangunan tu runtuh, tempat tu kena bom semua terrorists, and that terrorist is referred to Muslim.

Sedangkan kalau dekat Eropah tu, Christian Catholics and Christian Protestants perang takde pulak mana2 antara dua tu dituduh terrorist! Kenapa? Sebab dua-dua Christian ke?

Sebenarnya banyak lagi yang telah dikongsi dengan kami. Sepanjang forum tu, memang meriah. Forum tu santai, fun but informative. Sangat menarik. Kalau ada yang menguap tu, memang ajaib lah because the forum was very interesting. Leka siket, terlepas lah info menarik.

Maybe jugak seronok sebab mereka2 ni banyak pengalaman. Pengalaman tu lah yang berharga. Bukan semua orang ada the same experience.

Point lain yang aku dapat, dakwah. Selagi ada non-Muslim, selagi tu lah kerja dakwah tidak boleh berhenti. As mentioned before, dakwah does not solely mean to speak or deliver speech or ceramah what so ever, but the most important is our attitude.

So that people know, "Ohh.. Islam teaches this, not to do this, must respect this... bla bla bla"

Bro Lim cakap, brothers Christians yang sampaikan dakyah2 mereka tu sangat2 komited. Semua orang dah exposed tentang ni. Even duit pun dorang hulur sebab apa? There is a thing that motivate them to do so. What is that?

Mereka tak lupa jasa dan pengorbanan Jesus yang rela to be crucified to protect the people. -fahaman mereka-

Tapi kita? Begitu banyak jasa dan pengorbanan Rasulullah, ter-motivate tak kita? (korang selawat tak lepas sebut Rasulullah? haa, dari situ boleh nampak korang appreciate him or not)

Benar, jalan dakwah bukan senang. Kekuatan mental dan rohani diperlukan berganda dari fizikal. As for now, rasanya cukup kalau kita tunjukkan attitude yang baik sebagai image and first impression towards Islam.

Biar orang kenal Islam dan orang Islam tu kerana Islamnya. Ambil ayat Cat Stevens@Yusuf Islam sebagai teladan,
"Saya rasa bertuah kerana menjumpai Islam sebelum melihat orang Islam"
Sepatutnya indahnya Islam is reflected by the Muslim, but clearly it is not happening.


*Islam is universal but not liberal*



 ++ Saidina Umar ambil masa 10 tahun untuk habiskan Baqarah. Yes, the second surah in Quran, The longest but why until 10 years? Kita pun tak sampai sebulan kan? 
"Selagi aku tidak dapat mengamalkan setiap ayat yang aku baca, aku tidak akan bergerak ke ayat seterusnya"


  #tak sempat snap any pictures sbb sronok sgt mengutip pengalaman dan ilmu mereka  =)
 


Saturday, January 29, 2011

Convert agama #1

Assalamualaikum.  =)

Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, aku nak share siket apa yang aku dengar dalam forum Religious Tolerance semalam.

This Perkim-organized program was moderated by one of IIUM lecturer, Sifu Nasir. While the panelists were Ustaz Fitri Abdullah(ex-Hindu) and Bro. Lim Joi Soon(ex-Buddhist, ex-Christian).

Soalan first bila kita jumpa mualaf of course would be how did they converted to Islam, what are the things that encourage them and such things.

Ustaz Fitri: He was taught since a child to be a very devoted Hindu. He learned about all the Hindu gods (330 miliion gods). But as he learned more, he got confuse more. Memandangkan dalam agama Hindu, tuhannya banyak tapi yang sebenarnya satu. Yang banyak tu lebih kurang deities je, bukanlah tuhan. A little bit confusing here.

Aku ada belajar subjek Religions in Malaysia. Ala-ala comparative religion jugak la. So, ada la serba sedikit ilmu tentang agama Hindu tu.

Disebabkan ustaz ni nak menyembah tuhan yang satu tu, beliau pun bertanya dengan orang2 alim Hindu. Mereka semua cakap tuhan tu satu tapi bila disoal macam mana nak sembah tuhan yang satu tu, nobody can answer it. Di situ lah timbulnya niat to seek the truth.

Reason kedua; pada usia beliau 28 tahun, lepas balik dari kerja, beliau nak tengok tv. Bukak, bukak tv tu tengah rancangan ceramah perdana (ke apa ea, yang perdana, perdana tu dulu). Kebetulan masa tu, Ustaz Haron Din tengah bercakap.
"Tak kira lah dia buat baik macam mana sekalipun, bersedekah ke, senyum ke, tolong orang susah ke, tolong anak-anak yatim ke kalau dia tak beriman, semua tu Allah tolak"
Ustaz tu agak marah la, dia rasa dia dah buat semua kebaikan but still, why he will be thrown into the hell? Dari situ lah dia tergerak mengkaji agama Islam. Sehinggalah masuk Islam. Alhamdulillah

Bro Lim: Masa kecil, dia main dengan budak-budak Islam jugak. Satu hari tu, ada seorang Buddhist gaduh dengan budak Islam.
"Kenapa engkau sembah dan sembahyang mengadap patung yang tangan orang sendiri buat?"
"Engkau pun apa bezanya, sembahyang mengadap dinding yang orang bina jugak"
"Tapi kami, takde dinding pun kami sembahyang jugak"
"Apa yang kau sembah kalau tak nampak?"
"Heh, kau boleh nampak tak udara? Kau boleh nampak tak angin? Tapi kau tahu ada kan?"-Ini lah yang masuk dalam kepala beliau.
Dia tanya lah ibunya, kenapa sembah benda yang manusia sendiri buat. Mak dia pon terkejut. Bawak dia pergi kilang patung2 Buddha tu minta tukar patung. Pada mereka andai ada yang tak kena dalam rumah tu, mungkin dia salah pilih patung Buddha tu.(lebih kurang camtu lah)

Lagilah brother ni hairan, dia tanya mak dia depan patung tu, kenapa sembah patung yang orang buat? Mak dia boleh pusing pada patung tu and cakap "Maaf tuhan, anak saya tak tahu" -in Chinese lah.

Dia terus wondered, sehinggalah sampai padanya dakyah Christian. He said that, these Christians was so kind, their attitude was so good and the character each of them was very attractive. Ini menyebabkan dia murtad Buddha and converted to Christian.

Wheen he was a Christian, one of his Muslim friend fell sick. So, he went to visit. Masa tengah lawat tu, kawan dia ni tadi ajak tonton video debat Ahmad Deedat. Tapi, kawan dia tu tak berani jugak sangat. Yelah, takut goyah iman. Tapi, dia pulak semangat nak tengok.

Dalam video tu, dia tengok Ahmad Deedat boleh jawab semua soalan dari paderi tu dalam erti kata menjawab soalan dengan betul. Sedangkan paderi tu tak boleh jawab soalan, dia akan pusing soalan tu semula. Dan ketika itu lah, dia nekad untuk mengkaji segala yang diperkatakan oleh Ahmad Deedat.

Dia beli semua buku dan video Ahmad Deedat. Sehinggalah akhirnya dia betul2 kaji Al-Quran. Dia sangat berpuas hati. Katanya, Quran lah satu-satunya sumber yang boleh menjawab segala persoalan. Alhamdulillah, sekali lagi dia murtad, dari Christian to Muslim.

Begitu lah round pertama yang awal-awal lagi aku dah rasa hebatnya mereka!

Soalan seterusnya, penerimaan keluarga dan orang keliling.

Ustaz Fitri: Mengikutnya, dulu, kalau ada orang tukar agama, dia lah antara orang pertama yang mengutuk orang tersebut. Yelah, dia diajar dengan Hindu yang kuat. And as expected, bila dia yang converted, orang akan mengutuk jugak. Katanya, kadang-kadang orang tak kata depan-depan, tapi yang kata belakang tu pun sampai jugak kat telinga dia.

Malah, dia terkena perang psychology dari relatives sendiri. Cakap dengan parents, mereka diam. Cakap dengan adik-beradik, semua diam. Macam tu lah. Even pada hari atok nya meninggal, semua orang menekan perasaan beliau kerana beliau dibesarkan oleh atoknya tetapi tak mahu balas jasa kerana tak mahu terlibat dengan rites(amalan Hindus untuk cremation).

Kerana tekanan itu, beliau nekad untuk tidak pulang ke kampung. Tetapi pabila diceritakan pada Ustaz Haron Din, ustaz yang mengislamkannya, ustaz tu kata, "Selepas beriman kepada Allah dan Rasul, taatlah pada ibu bapa"

Baru lah beliau sedar. Then, setiap minggu dia akan pulang ke kampung dengan memekakkan telinga unutk menziarahi ibu nya. Malah, beliau sentiasa beli barang keperluan dapur dan pastikan segalanya cukup untuk keperluan ibunya. Belaiu juga ambil segala kesempatan bila tahu ada mana-mana saudara yang dalam kesusahan.

Sehingga 2 tahun, barulah ibu dan adik-beradiknya boleh terima beliau semula.

Bro Lim: Lebih kurang jugak cerita dia. Disisihkan family. Tapi tetap jugak dia pulang ke rumah. Walaupun begitu, abag ipar dia suka sangat menyindir dan mengeluarkan kata-kata pedas. Kalau waktu makan pulak, abang ipar dia siap menunjuk lagi yang makan pork tu sedap lah, minum arak tu best lah tapi dia bodoh je sambil cakap "Saya tahu makan itu sedap, maka saya simpannya untuk akhirat nanti"

Soalan seterusnya tentang trend murtad terkini yang semakin meningkat dan kes permohonan murtad yang diluluskan oleh mahkamah syariah.

Manurut mereka, bila dengar je cerita tentang ada orang baru convert masuk Islam, semua orang suka, "Alhamdulillah, bertambah umat Islam" Tapi, apa lagi yang kita buat pada saudara baru tersebut?

Bila naik pulak kes murtad, semua orang marah. Salahkan didikan family lah, tak belajar agama lah, lemah iman lah tapi apa yang sebenarnya orang-orang yang marah sangat ni telah sumbangkan pada mereka?

Kes orang yang masuk Islam lepas tu murtad, pun jugak orang melenting. Sedangkan adakah orang-orang yang melenting-je-lebih ni berikan mereka apa-apa didikan Islam? Berikan contoh terbaik selaku senior Muslim?

Berdakwah tidak semestinya dengan berkata-kata. Attitude kita perkara first sekali orang tengok. Sebagai contoh, seorang yang selekeh, makan takde adab, pakaian compang camping dan tak terurus, ada orang nak dengar dia cakap? Kalau dia cakap bangunan terbakar pun orang dengar tapi tak percaya.

See? Itu fitrah dunia. Bukanlah nak kata materialistik tapi sort of jugak lah. Tak perlu kaya raya, cukup dengan ilmu yang ringkas tapi padat, penampilan yang kemas dan bersih, attitude yang disenangi, InsyaAllah sesiapa pun tadah telinga.

Ada cerita yang dibawakan oleh Ustaz Fitri, seorang wanita Hindu ada beberapa soalan tentang Islam. Dia tinggal di London. So, ustaz tu pun cakap, kalau nak tanya, senaraikan soalan tu. Maka datang lah perempuan tu tadi untuk bertanya soalan2 yang telah disenaraikan. Sebelum ustaz jawab semua soalan tu, ustaz terangkan tentang Islam yang sebenar. Terus dia kata, itu yang dia nak tahu.

Lepas tu, dia balik London. Sebulan lepas tu, dia beritahu ustaz dia dah Islam. Katanya, dia nampak Islam di London tapi dia nampak orang Islam di Malaysia. -Pada musim sejuk, dia pakai yang ala2 snow cap tapi tutup penuh kepala dan leher. Asal jalan je, mesti ada orang beri salam kat dia. Setiap hari orang beri salam padanya. Disebabkan dia duduk kat Malaysia, so dia tahulah jawabnya waalaikumussalam.

Sehinggalah dia sendiri teringin memberi salam pada orang. So, Islam lah dia. Nampak tak, apa yang dikatakan Islam dan orang Islam tu?


To be continued...(panjang sangat dah rase)