Sunday, May 6, 2012

Pemberat cinta dia~



 ....
 ......
Cintalah seseorang itu kerana dia adalah dia.

Mungkin asasnya kita cari yang beragama,
yang wajahnya menyenangkan,
yang punya harta,
dan dari keturunan yang baik.

Namun bila sudah memilih untuk mencintai,
maka letaklah satu 'pemberat' yang membuatkan dia lebih istimewa daripada yang lain, yang wujud di atas muka bumi ini.

----------------------------------------------------
Pemberat saya kepada perempuan yang saya cintai adalah:
"Sebab dia sederhana. Sederhana dia itu pula just nice."

So, lebih sederhana dari sederhana dia ni saya tak berapa berkenan.
Kurang sederhana dari sederhana dia ini pun saya tak berapa berkenan.

Sederhana perempuan yang saya cintai itu macam kadar oksigen untuk bumi ini. 21% yang just nice untuk Bumi dan kehidupannya. Lebih 1% bumi terbakar. Kurang 1% bumi dan kehidupannya tidak akan dapat hidup.(apa saya merepek ni? huhu)

So, saya kekal mengingatkan diri saya akan perkara ini, membuatkan saya kekal mencintainya. Tidak memandang kepada yang lain, walau mungkin ada yang 'lebih' segala bagai dari perempuan yang saya cintai. Sebab saya tidak perlukan 'lebih' atau 'kurang'. Saya perlukan 'just nice'. Macam itulah. ^^

Hinggalah nanti kalau Allah izin - saya minta jauh - perasaan itu hilang.
Sebab itu, selepas bertunang dengan dia, saya sentiasa berdoa untuk perasaan ini kekal, dan mohon agar kami ini disatukan.
Kerana di tangan Allah SWT jugalah perasaan ini berjalan.

-Hilal Asyraf-
6/5/2012



#lovely isn't it?  lots of love..


.

Thursday, May 3, 2012

BERSIH | Pada pandangan saya

Assalamualaikum..  =)

Isu BERSIH hangat diperkatakan. Saya juga punya pendapat sendiri tentang ini. Terlambat memberikan pandangan tak mengapa bukan?  Kerana saya pemerhati tegar.

Saya tunggu sehingga segala-galanya reda tetapi bukan bermakna saya berniat untuk menghangatkannya kembali. Sekadar pandangan orang muda dan sebagai orang muda yang bakal meneraju tampuk pimpinan akan datang, kita tidak seharusnya membangkang atau menyokong membabi buta. Kaji dan selidik dulu. Jangan bergantung kepada satu sumber, kerana obviously ia hanya membelahkan sebelah pihak sahaja.

Dan ini adalah setelah hasil kajian saya. 

Tahukah anda mengapa pernimpunan BERSIH itu diadakan? Kerana menuntut 8 hak keadilan yang sepatutnya diberikan sejak lama dulu dan terus diberikan sehingga kiamat.


sila klik untuk besarkan


Sekarang saya ingin huraikan secara ringkas satu point sahaja. SATU yang sangat berpengaruh tanpa menolak tepi tuntutan-tuntutan lain.

5) Akses media yang bebas dan adil
- Media sekarang ternyata berat sebelah. Kadang-kadang saya kasihan pada mereka yang tidak mampu mengakses media lain selain akhbar mainstream di Malaysia ini.
- Namun, secara logiknya, tidakkah orang berfikir kalau benar parti pembangkang begitu teruk perangainya seperti yang diwar-warkan, mengapa masih ada pemyokong? Kerana pada pemerhatian saya, akhbar tempatan hanya tahu menyebarkan yang buruk-buruk sahaja tentang parti bukan kerajaan.
- Saya juga pembaca akhbar mainstream, dan saya juga pembaca akhbar maya. Kerana saya orang muda yang perlu berfikir dengan waras dan mengambil kira semua pihak.

Baiklah. Kenapa perlu ada perhimpunan?

Dengan adanya perhimpunan ini, ia dapat menunjukkan yang tuntutan ini mendapat sokongan ramai dan bukan propaganda atau untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata. 

Mungkinkah penganjuran perhimpunan ini adalah rentetan permohonan mengikut procedure yang mungkin tidak dilayan??

Bagaimana pula dengan perhimpunan aman (Duduk & Bantah) yang dijanjikan tetapi berakhir dengan kekecohan malah didakwa kotor dan ganas?

Dakwaan itu saya tekankan, ianya adalah bersumberkan akhbar mainstream. Malah, pihak media hanya mengambil gambar (terutamanya) di penghujung masa perhimpunan, bukan dari awal sampai habis walaupun mereka berada di situ lebih lama dari peserta sendiri.

Dalam isu ini, pertama yang dijanjikan adalah sebuah perhimpunan aman bukanlah sekadar omongan kosong kerana pihak Bersih telah pun mengeluarkan garis panduan kepada peserta yang mengikutinya. (Boleh lihat di SINI)

Maka, andai ada segelintir yang ingkar itu, rasanya normal bukan? Sedangkan orang berkuasa boleh pecah amanah, hukum Allah pun jadi mainan, apatah lagi hukum manusia. Memang dalam hal ini, peserta lah yang bersalah. Pada saya, yang berbuat kesalahan sahajalah yang patut ditahan, bukannya semua mendapat tempiasnya.

Secara logik akal juga, kita takkan mampu mengawal kesemua peserta yang jumlahnya terlalu besar. Pasti ada saja spoiler nya. Tidak dinafikan. Maka tak perlulah di-highlight-kan pada segelintir ini. Kita kena tengok majoriti jugak.

Seterusnya tentang provokasi yang digembar-gemburkan. Jujur saya katakan, saya tidak berani untuk bersuara lebih kerana saya tidak berada di tempat kejadian. Saya hanya mengumpul maklumat dan mendapat berita dari akhbar, media maya dan rakan-rakan yang mengikuti perhimpunan tersebut. Mungkin saya lebih percayakan mereka kerana perkara berlaku di depan mata mereka.

Provokasi bukanlah satu tindakan bijak. Malah pada pendapat saya, hanya loser yang lakukannya.

Berhubung peranan dan tingkah laku pihak berkuasa polis.

Saya lihat kebanyakannya terdiri daripada orang muda-muda. Bila sebut orang muda, boiling point nya sangatlah rendah, maka tidak hairanlah sehingga jadi kes belasah sampai pijak kepala peserta (disaksikan oleh kawan saya yang menyertai Bersih 3.0). Hakikatnya, pihak polis hanyalah menjalankan tugas yang disampai kan oleh orang atasan.

 Walaubagaimana pun, bukanlah dengan semua orang kekasaran itu perlu. Apabila seseorang itu telah ditangkap (tangan ke belakang), adalah sangat tidak wajar apabila ada polis lain yang datang menyerang dengan menendang dan sebagainya. Malah, ada pula pihak polis sehingga 3,4 orang membelasah seorang mangsa yang sudah lembik terbaring. Lebih teruk lagi, memukul mereka yang tanpa senjata dengan kayu dan baton!

Mungkin bila berlembut, melawan pula ye? 

Tidak perlu kita kutuk, keji dan hina kerana hidayah itu dari Allah.

Berikut adalah apa yang saya faham dan nampaknya apa yang menjadi pegangan saya. Saya bukan neutral kerana saya ada pegangan tetapi saya waras untuk mengakui kesalahan yang dilakukan dan tidak taksub membabi buta. Saya juga ingin tekankan yang perhimpunan Bersih bukanlah memihak kepada mana-mana parti, tetapi demi kepentingan rakyat. Ianya demi demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Tidak kira bangsa, agama dan parti. Kita kan 1Malaysia.

Semoga Allah berikan yang terbaik buat negara tercinta, Malaysia. Ameen~

Di sini saya sertakan pandangan saudara Hilal Asyraf yang pada kiraan saya sangat bernas dan perkongsian pengalaman bagi mereka yang tidak menyertai, SINI.

Sekian~


#andaikata Bersih 4.0 ada, saya cadangkan sedikit penambahan pada tuntutan ke-5 itu, menjadi "Akses media yang BERSIH, bebas dan adil" supaya tiada lagi gambar kotor, porno dan lucah yang menjadi pelaris akhbar!

#maaf andai ada yang terguris. masing-masing ada pendapat masing-masing. dan pendapat-pendapat ini haruslah dihormati.


.

Tuesday, April 10, 2012

Tazkirah di saloon...

Assalamualaikum..  =)

Tadi saya pergi memanjakan diri di saloon setelah lama tak ikut mak. Sekarang pergi sendiri pulak.. Kata dah besar kan? I mean matang, bukan 'besar'. Tapi xdelah complete self-pampering. Siket2 je.


I wondered~ Apa-apa pekerjaan pun, jalan dakwah terbuka luas kan?

Kalau yang menguruskan saloon tu, sambil-sambil cuci rambut orang boleh tazkirah siket pasal aurat dan hikmah kenapa wanita perlu menutup kepala. Lepas tu boleh share tips tips penjagaan rambut yang sempurna. Macam makcik tadi tu. Seronok!

Makcik ada jugak cakap, orang Islam ni suka sangat pergi saloon orang non-muslim. Katanya lebih professional. Aku akuinya, orang cina buat kerja sungguh2.. Ada sesetengah orang Melayu ni, dapat kepala kita kat tangan dia, macam nak buat cekodok!

Di sini silap kita. Sedangkan Rasulullah pernah pesan, kalau nak buat apa-apa pekerjaan, buatlah sungguh-sungguh, walaupun pekerjaan yang biasa-biasa.

Ladies, walaupun kita bertudung, jaga rambut tu sangat penting. At least untuk kepuasan diri. Bila tengok kat cermin (dalam bilik) rasa, seronok je. Bukanlah suruh siap warna-warna pon. Just consider the basic process. Nak buat sendiri, susah.. Alat pun belum tentu ada kan?

Then, cari lah saloon yang dikendalikan oleh wanita Islam. InsyaAllah terpelihara semuanya. Kmeudian tengok juga bajetnya. Tak perlu yang mahal-mahal. Walaupun saya akui, yang mahal tu sangat best tapi ukur baju di badan sendiri jugak lah.. hehe.. Nak yang mahal ikut mak je.. Hahahaha


Tak mahu ke saloon pon takpe, cuma perlu tertib dalam urusan penjagaan diri top to toe.

So, apa salahnya memelihara apa yang telah Allah berikan pada kita kan? Allah bagi (pinjam) dalam keadaan yang sempurna, kita kenalah pulangkan dalam keadaan yang baik jugak  =)


#ada tak sesiapa berkemahiran dalam bidang saloon ni, jom collaborate ngn saya? ladies only.berangan nak bukak saloon pulak..hahaha.. but nice what? kita hanya terima muslimah customer only. hikhik


.

Sunday, March 11, 2012

My 21st

Assalamualaikum..  =)

Alhamdulillah, I am officially 21 years old. Lama kan Allah bagi hidup, bagi peluang untuk bertaubat.. huhu

Terima kasih kepada kepada room mates dan jiran bilik yg bersekongkol mengadakan surprise untuk aku malam tu.. Sangat terkejut. Dah nak menangis dah masa tu, tapi cover lah. Mana boleh birthday girl menangis depan lilin cake! hehe..


Terima kasih jugak pada beberapa orang kawan sekolah aku yang berada bersama di UIA ni, luangkan masa makan dengan aku seharian on my birthday.

Terima kasih again pada semua yang ingat birthday aku, yan wish thru fb, text message and of course phone calls. Semua aku terima dengan senang hati. Oh ye, ada yang nak tahu siapa first one wished? Jeng jeng jeng... Azreen Farihah. Sekali lagi dia merebut tempat pertama.. Couple of years, dia jugak.. hehe..

Aku nak terima kasih banyak-banyak dekat semua orang especially my family yang dah 21 tahun layan kerenah aku, demand aku, cerewet aku, degil aku sedangkan baik aku pada mereka rasanya siket sangat.

Di kala semua orang wish aku cepat bertemu jodoh, cepat kahwin, my mom still look at me as her little girl. Sebenarnya, kita memang little girl di mata parents kita kan?

Dan terakhir sekali, terima kasih ya Allah, kerana masih bagi udara untuk aku bernafas, ruang untuk aku hidup dan peluang untuk melakukan kebaikan. Alhamdulillah, semoga engkau sedar akn kedudukanmu di dunia yang sementara.
Semoga dengan berganjaknya umur ini, engkau mampu menjadi lebih kuat untuk mencapai cita-cita menjadi bidadari syurga.

Well, I have only two most wanted birthday wishes.

First, I want a bulatan gembira. Bukan tak pernah ada, tapi mungkin kurang serasi menyebabkan aku tetap rasa agak cemburu dengan ikatan mereka yang akrab dalam bulatan gembira yang lain.

Bulatan yang boleh menerima aku seadanya. Yang tidak merendahkan kekurangan aku serta tidak menyanjung kelebihan aku.  Yang pabila lama tak bertemu, rindu bertandang, pabila kerap bertemu semakin akrab.

Kerana aku percaya bulatan gembira adalah sangat penting dalam kehidupan muslim.

Second, urm.. Err, its kind of confidential. Just pray for me for the best. I'm struggling now.

Sekian, wassalam..

Monday, February 27, 2012

Cemburukan Bidadari [serius]

Assalamualaikum..   =)

Pernah baca artikel ini, Beruntunglah Dikau Wahai Lelaki Soleh?

Cuba lah baca. Saya hanya ada satu perasaan menguasai ketika membacanya.

CEMBURU

Sungguh. Walau sehingga 2,3 kali saya membacanya, saya masih cemburu.

Saya cemburu, mungkin tempat saya akan diganti dengan Sang Bidadari syurgawi yang tak terbayang indahnya. Yang bercahaya wajahnya, yang putih kulitnya, yang cantik matanya, yang pandai menuturkan kata cinta dan yang sebagainya lah!


Ahhh, sumpah aku jeles!

Maka, wahai bakal incik husband saya, tolong didik saya, jangan jemu mengajar saya kerana saya ingin cuba menandingi bidadari-bidadari itu dengan menjadi ketua mereka. Saya masih ingin bertemu anda dan anak-anak di syurga kelak. Saya masih ingin mengadap muka anda. InsyaAllah.

Kerana isteri solehah adalah ketua bidadari suaminya di syurga kelak~

Menjadi ketua bidadari di syurga tentu sekali menjadi cita-cita setiap wanita di dunia ini. Begitu juga saya.

Dear bakal incik husband, izinkan saya menjadi ketua bidadari anda... ^_^

*"Yang diciptakan khas untuk anda."- ahhhh jeles! (sesungguhnya saya manusia biasa yang punyai perasaan cemburu.)
**untuk ke arah itu, saya harus berusaha menjadi solehah dulu, so, doakan saya yang masih mencari cahaya ini. saya akan berusaha!


.