Friday, August 19, 2011

" Ayam ke Telur dulu? "- my version

Assalamualaikum..  =)

Google

Pernah diajukan soalan tu?

Hmm.. Aku disoal semasa bengkel menjawab soalan UPSR di UIA Gombak 8 tahun yang lalu. Itulah kali pertama jejak kaki dalam UIA yang terus buat aku jatuh cinta and berazam nak sambung belajar dekat UIA kalau hajat menyambung di UK tak kesampaian.

Alhamdulillah, di UIA aku kini.  =)

Ok, back to the topic.

Sekarang soalan versi aku pulak.

FASHION atau DEMAND dulu?

Minggu lepas, aku keluar mencari baju raya. Nak raya kan? Takkan nak cari masa 10 malam terakhir kan? Malam tu mesti semua orang busy beribadah. Or jalan sesak sebab terlalu ramai menyerbu harga runtuh.

Apa yang boleh aku katakan di sini, pencarian aku belum berakhir. MasyaAllah, susahnya nak cari baju aku! Dan adik aku.
Bukan kami yang yang demand. Tapi sebab kami pakai jenis baju yang longgar-longgar. Plus, aku pakai baju yang labuh. 

So, pakaian yang banyak jual sekarang ni semua yang jenis kecik-kecik, ketat-ketat.. Memang lah banyak kedai pakaian perempuan, tapi yang banyak tu, jual jenis serupa je. Oh ye, masa nak dekat raya ni lah banyak pemandangan orang jual baju kurung dan baju melayu kan?
Tapi, the problem is ; baju kurung pon, jenis mengerlip bagai. Kain jarang-jarang.. And seriously jenis kain dia bukan jenis pilihan aku. Nipis sangat. Kain macam tu kan mudah 'terik (benang tertarik).

Then, pasal jubah pulak. Aku sangat suka jubah! Tapiii.. Wow! Jubah semua voguey the vast gitu! Mengerlip jangan cakaplah, dengan labuci semua kan. Aku suka tengok fesyen muslimah yang berkembang macam tu tapi pakaian sebegitu, tidak dipakai secara harian. It is specially for certain occasion macam dinner ke, ABPBH ke.. Sesuailah.

Blouse pulak. Ok ok je semua. Takdelah yang menjolok mata keterlaluan. Cuma, takde yang sesuai dengan aku. Bila acu ke badan aku, nampak kecik pulak. Btw, perasan tak sekarang ni dah banyak orang jual blouse labuh? Best kan? Senang nak beli tapi, lengan pulak pendek. 

Memang la boleh mix & match kan dengan cardigan tapi tak sesuai dengan aku. The other thing is, kalau yang long sleeve pulak, pattern ke-makcikmakcik-an sangat. Saye yang gadis muda belia ni, hilang minat nak memilih. (ok, aku demand di situ)

Next, tudung. Ini adalah masalah utama akhir zaman. Sebagai pemakai tudung berbidang 60, aku merasa sangat-sangat kecewa. Susah sangat nak cari! Nak -nak pulak kat KL yang kononnya ada-segalanya ni. Yang banyak nya, selendang yang comel-comel tu. Geram je aku tengok. Tapi kalau aku beli pon, bukan aku pakai. 

Teruji iman jugak masa tu.Terfikir, dulu senang je aku nak cari tudung. Sekarang ni betul2 menduga.

Serius sedih, nak mengis pun ada. Kenapalah susah sangat, nak buat tudung bidang 60 tu rasanya lagi senang dari nak buat selendang yang kena jahit segala jenis batu, permata, butang, buruf2 kat selendang tu kan?

Google

Masa dah tak larat berjalan kan, tumpang duduk kat kedai sorang makcik tu. Terkeluar lah soalan dari mulut aku yang tak berapa reti nak cover ni.. 
"Kenapalah susah sangat ye makcik nak cari tudung yang macam saya pakai ni..?"
Makcik tu pun jawab , "Dah tak ramai dik pakai tudung macam tu, sekarang semua orang pakai fesyen ni (selendang).."
Aku pun senyum jelah. The fact is, bukan takde langsung, tapi pilihan tu, terhad and limited sangat amat. Warna pulak, ade tu yang kusam je. Tak selera. (ok, aku demand lagi)

Aku rasa, bukan setakat tudung bidang 60 je yang dah menyepi, tapi jugak tudung bawal biasa pon, dah agak jarang dijual kan? tak segalak dulu.

Di sini lah timbul persoalan di benakku yang keletihan, 
semua orang pakai macam ni yang menyebabkan kilang produce fesyen macam ni atau kilang yang produce fesyen ni menyebabkan people have no choice so they wear that way?

Satu lagi, seluar. Ini pun sama. Even seluar slack pun susah nak cari yang longgar-longgar. Orang pakat pakai yang ketat belaka. Kalau jeans tu, mesti nak kecik bawah. Seriously, you don't look cool with that seluar-kecik-bawah. And ladies, leggings are not pants! They are undergarments. Full stop.

Akhirnya, aku beli tudung kat Temerloh. Jauh tak aku travel? Hehe.. Silap-silap nanti kalau dah ada kereta sampai Kelantan aku cari. Kat sana lagi banyak kan? Teringin sangat nak pergi Kelantan, shopping tudung.
Kecek Klate aku, lulus dah.. haa~ bereh r!

Bila balik rumah ayah tanya. 
Ayah : Jumpa tak?
Aku : Tak
Ayah : Hmm.. demand sangat ni..
Aku : Mana ada (tamaw ngaku).. masalahnya sekarang yah, fesyen sekarang susah nak jumpa yang menepati syarak.
Ayah senyum je. Lelaki senang la cari baju kan? Tetiba lelaki plak kena.. haha.. So, no wonder la perempuan rajin berjalan.. Lalala~ 

Terpikir pulak, macam manalah anak-anak aku nanti nak shopping kalau zaman mak dia ni pun dah payah~

Aku rasa lah kan, kalau ada satu kedai yang jual jubah, baju kurung, tudung-tudung besar yang mengikut syarak, aku pasti kedai tu takkan rugi. Sebab ; 
A : Eh, beli kat mana tudung ni? Susah nak cari tudung macam ni sekarang..
B : Ala, kat kedai tuu.. Kat situ semua ada. Handsock, sarung kaki, jubah, abaaya, blouse labuh.. macam-macam ada!
A : ye ke? kene pegi nih!

See? Disebabkan kedai itu satu dalam seribu, maka si customer akan promote kat kawan-kawan dia. kawan-kawan dia akan promote kat kawan dia and so on. I know lah. I am one of them.  

Aku ke yang demand? Tak kaannnn...

Kena kuatkan hati, ini jalan yang aku pilih demi sentiasa mengingatkan aku kepada Allah dan segala perintahNya. Pencarian belum berakhir.

# Ada satu blouse labuh aku berkenan dekat  KLCC. Tapi terpaksa pejam mata. RM1500. Made in Turkey. Ni rase nak gi turki borong baju!



Wednesday, August 17, 2011

WW | The Future Islamic Feminism





Siapa-siapa nak pergi, please beritahu aku, especially yg dari UIA Gombak.. Nak ikottt! NAK IKOT SGT! Boleh pergi together-gether.. 

# I am so influenced by my reading, Princess and Daughters of Arabia by Jean Sasson!

*tokoh yg amat-amat-amat-amat aku nak jumpa face to face, eye to eye ; Dr. MAZA


Tuesday, August 16, 2011

Its for the one yang hilang~

Assalamualaikum..   =)

Terasa lama tidak mencoretkan monolog hati di sini.. Ayat kelasss kn?? hehe

Video yang aku post in previous entry tu lagu Count on  Me by Bruno Mars. Lagu yang seriously for friendship. Yeah dear friends, you can count on me. Aku emo siket semalam taw sbb malam sebelum malam semalam, aku mimpi sorang hamba Allah ni sampai nangis2 tapi dlm mimpi jelah.. Aku rapat gak ngan dia. Rapat secara tiba-tiba. Ade chemistry la kate orang sains~

But, tiba-tiba jugak dia menghilang. Senyap. Never return my calls, never reply my text. Tak tahu lah kalau aku ade ter-laser ke.. Minta maaf sangat. Tapi orang tu pun melaser jugak dgn aku. Hahaha (tp aku ok je.. terbuat muke tu biasa la.. muke aku.. mmg tak reti cover.) 

Ok, baru mintak maaf. Ok, sorry. Again. Serius aku tak tahu. Please tell me so I know.

So, lagu tu antaranye adalah untuk beliau.

Asshauk. Rindu nak gado~

Kalau anda betul-betul 'taknak kawan awak dah' then tell me, I wont find and worry for u. But now, as a friend and sister, I am still thinking why. Where ever you are, I pray for Allah to take care of you.



If you are my friend, then you will know, what kind of person I am. I'm not that good to be your idol, but insyaAllah I have some time to listen.




# maaf, entry ini agak berkepentingan-diri-sendiri. I juz hope dia baca. Pasal friendship, I do take it seriously, because friends are forever.

Monday, August 15, 2011

Friday, August 12, 2011

Tengok lah ape jadi ngan fb ni..!!

tolong klik supaya dpt dilihat dgn mata kasar
APAKAH INI?

sape boleh tolong?  ni kene block ke ape ni?

*baru ku sedar, ak tak tenang tanpa bukak fb..



Monday, August 8, 2011

6 simple rules masuk masjid

Umayyad Mosque (Great Mosque of Damascus), Syria

  • Datang masjid, pakai selipa biasa-biasa je. Lawa sangat nanti konpem kene kebas, kejepunan sangat nanti orang ingat selipa masjid pulak. Silap2, orang pakai bawak masuk toilet.. 
  • Masuk masjid langkah kanan, sambil membaca "Allahumma-ftah abwaba rahmatik" bukan bagi salam. Rasanya tak elok bagi salam yang wajib dijawab sedangkan orang yg berada di dalam mungkin tengah solat. 
  • Kalau korang tengah mengaji, ada makcik baru nak solat kat tepi, sila slow down your voice, takut mengganggu solat makcik tu. 
  • [special to sisters] kalau telekung anda dari fabrik yang ringan, dan mudah berkibaran, eloklah elakkan dari solat sebelah nenek-nenek yang solat duduk, sebab nanti angin akan meniupnya dan menampar2 lembut wajah nenek tersebut.. kesian kat beliau, anda pon akan rasa bersalah. ^^ 
  • Andai bacaan imam berkelajuan 5km sejam dan seorang yang sangat jelas penuaannya, don't mumble. He is better sebab masih gagah jadi imam. Sedangkan kita masa tua nanti, takut masjid pun tak datang. Na'udzubillah! 
  • Sementara tunggu waktu masuk tu, tapi tak mahu mengaji tapi bosan duduk diam, beramah la siket dengan orang sebelah tu.


* Aku : duduk kat mana?
  Hamba Allah : dekat-dekat sini je.
  Aku : sekolah lagi ea?
 Hamba Allah : Aah, form 6. Umur berapa?
 Aku : 20 ( dalam hati : 20 dah aku =_=" )

Sunday, August 7, 2011

Kongsi Feeling

Assalamualaikum..  =)

Taw tak dalam draft aku, dah ade lebih kurang 3, 4 entry yg ter-postpone. Bukan tamaw post entry tu, tapi sume aku tulis tak habis. Aku pun tataw kenapa. Pointnya ada, tapi, aku kehilangan kata-kata untuk meluahkannya. Mungkin hanya dorongan perasaan.. Perhaps.

Nak sampaikan point tu terasa susah sejak akhir-akhir ni. Takut nanti tulis punya tulis, panjang meleret-leret mcm drama indonesia tapi, pembaca masih tak jelas dengan point aku.

Perasaan, sesuatu yang kadang-kadang tak terucap dek kata, tak tertulis dek pena.

pure_cute__by_grape_smuggler

Aku kadang-kadang terfikir unutk jadikan blog ni bercampur siket dengan urusan personal, contohnya dalam melepaskan perasaan. Tapi, aku rasa macam tak patutn. Wadah ini sepatutnya aku gunakan untuk perkongsian ilmu bukan perkongsian perasaan yang aku sendiri sesekali rasa annoying. Apatah orang lain yang membaca. Kan?

Benarlah kata Hilal Asyraf, kalau semua benda, segala rasa kita luahkan di laman social spt Fb, apa lagi yang kita nak luahkan tatkala sendirian bersama Rabbul 'Izzati?

Aku mengakuinya. Kalau semua yang aku rasa; geram, marah, iri, sedih, gembira, terharu; 100% aku share dekat blog ni, di mana keistimewaan tempat tertinggi Allah dalam hati aku?

Tak salah pun nak kongsi dengan orang tersayang, tapi jangan sampai lupakan Allah yang memberikan segala rasa itu.

So, in conclusion, aku akan sedaya upaya untuk menggunakan blog ini sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman, pendapat dan pandangan.

Andai ada yang tertulis mengikut perasaan pun, insyaAllah aku akan cuba balikkan kepada point yang berilmiah.

Sekian  ^_^