Friday, August 17, 2012

3 buah hadis

Assalamualaikum..  =)

Sedikit perkongsian input yang saya dapat masa tazkirah Ramadhan sebelum tarawih tadi..

Pond of Tranquility

  • Rasulullah bertanya pada para sahabat yang ketika itu duduk mendengar baginda mengajar;
    "Siapa yang berpuasa pada hari ini? Sahabat semua dia. Kemudian berkata Abu Bakar: Aku.
     Rasulullah bertanya lagi, siapa yang mengiringi jenazah ke perkuburan? Sahabat diam lagi. Kemudian Abu Bakar menjawab: Aku.
    Rasulullah bertanya lagi; siapa yang menziarahi orang sakit hari ini? Sahabat masih diam Abu Bakar sekali lagi menjawab: Aku.
    Kemudian Rasulullah berkata, sesiapa yang terdapat dalam seharinya ketiga-tiga perkara ini, maka wajib baginya Syurga"

  • Semasa Rasulullah menaiki tangga untuk menyampaikan khutbah, baginda berhenti selepas menaiki satu anak tangga. Kemudian baginda naik satu lagi dan berhenti lagi, dan satu lagi anak tangga baginda naik, dan berhenti lagi. Setelah itu para sahabat bertanya, apa yang dilakukan baginda.
    Rasulullah menjawab, "Jibril datang kepadaku dan berkata celakalah tiga golongan ini:
    1) Celakalah bagi mereka yang mendengar 'sollallahu'alaihiwassalam' tetapi tidak menjawabnya.
    2) Celakalah bagi mereka yang mana kedua orang tuanya masih hidup tetapi tidak dapat masuk syurga.
    3) Celakalah bagi mereka yang sempat Ramadhan datang kepadanya tetapi tidak mendapat keampunan Allah"

  • Rasulullah bersabda: Setiap dari kalangan ummatku akan masuk syurga kecuali mereka yang tak mahu.
    Sahabat bertanya: Siapakah mereka yang tidak mahu itu?
    Rasulullah menjawab: Mereka yang akan masuk syurga adalah yang mengikuti aku dan patuh kepada Allah manakala mereka yang ingkar adalah golongan yang tidak mahu masuk ke syurga.


Itulah 3 buah hadis yang disampai kan oleh ustaz dari Baling tadi. Maaf hadis yang diberikan tidak lengkap, maklum sajalah penyampaian secara lisan saja.. saya pun sekadar mendengar tanpa catatan.. tapi saya ingin berkongsi point yang mana bermanfaat untuk kita renungi bersama.

Andai ada sahabat-sahabat yang mengetahui susunan lengkap, perkongsian atau pembetulan adalah amat2 dialu-alukan. ^_^

Salam akhir Ramadhan dari saya dan keluarga =)

.

Monday, August 13, 2012

Ramadhan.... Jangan pergi~


Echoes of Sorrow [source]


Ramadhan kian melabuhkan tirainya..
Dan aku seolah-olah masih di takuk lama
Berharap ia tidak pergi meninggalkanku
Kerana
Terasa seperti tiada apa yang aku lakukan sepanjang Rmadhan ini
Sekadar berperang dengan nafsu makan semata


Ramadhan.. Jangan pergi..
Banyak lagi yang ingin ku lakukan sepanjang bersamamu
Oh Tuhan, di mana kekuatanku?


Aku inginkan keberkatan bulan ini berpanjangan
Agar aku punyai masa 'to pull myself back'
Kerana
Aku seolah-olah bukan diriku
Ketenangan diragut
Ketenteraman diceroboh


What is wrong with me?
T_T

Thursday, August 2, 2012

TIPS | Mengaji al-Quran #1



"Suara tak sedap takpe, asal bacaannya betul"

*bacaan: tajwid, makhraj huruf, panjang pendek dll

.

Wednesday, August 1, 2012

Second Phase

Assalamualakium ..  =)

Salam fasa ke-2 Ramadhan.

Sabda Rasulullah sollallohu'alaihi wasallam,
"Jibril mendatangiku seraya berkata, "Sesiapa yang memasuki Ramadhan, tetapi tidak mendapat keampunan, kemudian mati maka dia masuk ke Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmatNya)" Jibril berkata lagi, "Ucapkanlah amin" Maka kuucapkan amin.

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk merasai nikmat beribadah dalam syahrul 'ibadah ini. Rasa tak lainnya kita bile Ramadhan dan di luar Ramadhan. Pada bulan ini, kita akan merasa lebih rajin dan mudah untuk beribadah. Walaupun sekadar berselawat atau berzikir membasahkan bibir.

Nothing much to say.. cuma... saya dah update! hehe  ^^